Quantcast
Channel: Dr Ridhuan Tee Abdullah – Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Viewing all 121 articles
Browse latest View live

Naifnya kita memahami UEC..

$
0
0

MENDAHULUI kerajaan pusat, kerajaan Negeri Sembilan turut mengikuti jejak Kerajaan Negeri Melaka mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), menurut berita Bernama 13 Julai 2018. Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, sekarang ini ramai anak-anak Melayu belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara dan jika dinafikan UEC maka akhirnya anak-anak Melayu juga yang akan rugi.

Persoalan saya, faham atau tidak apa itu UEC? Apa kaitan antara SJKC dengan UEC? Berapa ramaikah pelajar Melayu yang mengambil UEC? Jawapan mudah, boleh dikatakan dikatakan hampir tiada. Jika ada pun bilangan teramat sedikit. UEC tidak ada kaitan dengan SJKC.

SJKC adalah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, operasinya sama seperti Sekolah Kebangsaan, cuma berbeza medium Bahasa. Mereka akan menduduki peperiksaan yang sama iaitu UPSR. Bezanya SJKC mempunyai 7 subjek, tambahan 2 subjek Cina. Manakala, SK ada 5 sahaja, tanpa kertas Bahasa Cina. Terdapat hampir 18 peratus sahaja pelajar Melayu di seluruh negara yang ada sekitar 1300 SJKC.

Perbezaan antara SJKC dengan SK adalah  hanya dalam subjek BM. Walaupun peperiksaan UPSR bagi subjek BM jatuh pada hari dan masa yang sama di SJKC dan SK, tetapi standard BM dua sekolah ini berbeza. Kertas BM di SJKC jauh lebih mudah berbanding dengan kertas BM di SK. Mana ada sistem sebegini dalam dunia ini

KPM telah tunduk kepada desakan Persatuan Cina Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), agar standard BM SJKC hendaklah dipermudahkan berbanding dengan BM di SK. Alasannya jika subjek BM diselaraskan sama seperti BM di SK, ini akan menjejaskan prestasi pelajar Cina di SJKC kerana mereka terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada subjek BM. Ini sudah tentu akan menjejaskan pembelajaran Bahasa Cina.

Pendek kata, persatuan Cina tersebut tidak mahu pelajar SJKC disusahkan dengan BM sehingga menyebabkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Cina terbantut. Dalam kata lain, pelajar Cina tidak akan menjadi secina-cinanya jika terpaksa memberikan tumpuan kepada BM. Mereka akan menjadi Cina pisang, bukan Cina tulen.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, warga Cina daripada China menggeleng kepala melihat bagaimana hebatnya proses pencinaan di Malaysia, berbanding dengan mereka yang memang asal usul Cina daripada China, pun tidak secina seperti Cina di Malaysia. Persatuan Cina tidak mahu melihat apa jua perkara yang boleh menghalang penguasaan Bahasa Cina kecina-cinanya.

Untuk lebih memahamkan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka, saya perturunkan  kategori sekolah Cina di Malaysia supaya berlapik ketika bercakap

Jenis Sekolah Cina di Malaysia

  Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC)
Medium (Bahasa) Cina Cina Melayu
Silibus Dong Zong Kerajaan (KPM) Kerajaan (KPM)
Peperiksaaan UEC, disediakan oleh Dong Zong Kerajaan (KPM) Kerajaan (KPM)
Kategori Swasta Kerajaan (KPM) Kerajaan (KPM)
Yuran Persendirian + komuniti Bantuan Penuh/sebahagian jika tanah persendirian Bantuan penuh/sebahagian jika tanah persendirian
Jumlah 60+1 buah Lebih 1300 buah 78+3 buah

UEC adalah sijil Sekolah Swasta (SMPC) yang dikelolakan Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong). Sijil ini langsung tidak ada kaitan dengan guru-guru KPM dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Pendek kata, sijil UEC dikelolakan sepenuhnya jawatankuasa mereka sendiri.

Lanjutan daripada kontroversi yang berpanjangan, Persatuan Cina ini minggu lalu tampil mengeluarkan kenyataan, susulan manifesto PH yang mahu mengiktiraf UEC.

Dong Jiao Zong menegaskan bahawa mereka menghormati kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Katanya, BM bukan sahaja merupakan mata pelajaran wajib bagi semua pelajar UEC, bahkan semua SMPC turut menubuhkan Kelab Bahasa Melayu untuk menggalakkan pembelajaran dan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar. Selain itu, mereka juga bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menganjurkan pertandingan forum pelajar yang khas untuk penyertaan pelajar-pelajar UEC sejak tahun 90-an dengan tujuan memupuk rasa cinta akan bahasa Melayu. Pelajar-pelajar UEC juga mengambil bahagian dalam pertandingan koir dan pertandingan esei anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Saya cadangkan untuk membuktikan inisiatif yang telah dibuat oleh mereka, apa kata kita anjurkan pertandingan debat atau nyanyian dalam BM dalam kalangan semua sekolah di Malaysia. Kita lihat, boleh atau tidak pelajar UEC menang pertandingan. Saya amat yakin mereka akan kalah sebelum bertanding. Majoriti pelajar mereka amat pelat dalam BM. Jika adapun yang mendapat “A” BM, ia lebih kepada menghafal. Bila tiba komunikasi, boleh dikatakan kosong. Jika tidak percaya, kita boleh uji guru-guru UEC (SMPC) dan pemimpin-pemimpin Dong Jiao Zong itu bersekali, juga SJKC.

Saya amat yakin, sebutan seperti negara, akan menjadi negala, lori=loli, hidup-hilup, minyak=miyak, burung=bulung. Seperti yang saya coretkan sebelum ini, haiya…bulung-bulung telebang di angkase. Masih teringat jiran Cina saya menegur saya  bertanyakan ketika hari mengundi PRU14 baru-baru ini, sama ada saya sudah mengundi atau belum. Katanya: “talak pigi tulis”. Itulah standard BM sebahagian bukan Melayu di negara kita setelah lebih 60 tahun merdeka

Kenapa pengiktirafan UEC tergantung selama lebih 60 tahun ketika di bawah BN? Jawabnya sudah diketahui umum, persatuan Cina ini tidak mahu tunduk kepada syarat KPM iaitu pelajar UEC mesti mengambil BM peringkat SPM bersekali dan mendapat kredit bagi melayakkan mereka memasuki sektor kerajaan.

Untuk makluman, pelajar UEC ada mengambil BM, tetapi BM mengikut standard UEC, bukan datang daripada KPM. BM UEC jauh lebih mudah berbanding BM SPM. Malang sungguh negara ini, rakyatnya tidak mahu bersusah sedikit pun untuk menguasai bahasa negara. Tetapi mereka sanggup bersusah payah dan berhabis duit untuk memastikan mereka menjadi secina-cinanya.

Kasihan Melayu pelajar SPM, mereka perlu belajar setengah mati belajar BM, bahasa sendiri, untuk dapat kredit, tiba-tiba pelajar UEC tidak perlu ambil BM standard SPM, tetapi mengikut standard guru-guru Cina mereka.

Sebab itu, ingin saya ingatkan bukan soal 60 tahun atau berapa tahun UEC tidak diiktiraf di bawah BN, ini soal pembinaan negara bangsa. Bandingkan apakah Cina Malaysia setanding dengan Cina Indonesia (Indonesia Tionghua) yang menguasai sepenuhnya Bahasa Indonesia. Jangan pergi jauh, tanyalah Ahok, bekas Gabenor Jakarta yang sedang dipenjarakan hari ini.

Selain itu, syarat mudah KPM untuk sijil ini diiktiraf supaya silibus subjek sejarah hendaklah juga mengikut sibilus SPM. Tetapi persatuan ini berdegil. Mereka menggunakan silibus BM dan Sejarah mengikut citarasa mereka sendiri, tanpa mahu memenuhi piawaian KPM.

Mata pelajaran sejarah UEC mengandungi 57.36 peratus sejarah Malaysia dan 42.64 peratus sejarah dunia. Sedangkan subjek sejarah SPM yang hampir seratus peratus adalah sejarah Malaysia dan sedikit berkaitan Islam. Persatuan ini tidak mahu mengikut kehendak KPM kerana ada unsur Islam di situ dan mereka gantikan dengan sejarah dunia, termasuk sejarah asal usul negara nenek moyang mereka, negara China.

Memang tidak dinafikan, jika saya menjadi pemimpin PH, sewajarnya saya akan memenuhi janji manifesto untuk mengiktiraf UEC sebab ia adalah janji. Persoalannya, kenapa kita berjanji sesuatu yang boleh menggadaikan maruah agama bangsa dan negara dalam proses pembinaan negara.

Tidak ada negara di dunia ini yang sistem pendidikan pelik sebegini. Terbukti lebih Cina daripada Cina di negara China. Membina negara Cina dalam negara Malaysia. Membina negara dalam negara.

Dalam mempertahankan tindakannya, Persatuan Cina ini menolak dakwaan sukatan UEC diambil dari Taiwan. Sukatan pelajaran UEC katanya mematuhi dan selaras dengan sukatan pelajaran kebangsaan, setiap mata pelajaran UEC ditulis mengikut standard kurikulum dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga merujuk kepada standard pendidikan peringkat menengah antarabangsa.

Persoalannya, kenapa tidak dipatuhi kehendak KPM yang menjaga sistem pendidikan di Malaysia. Kenapa berkeras sehingga ke hari ini? Kenapa UEC mesti dikelolakan oleh Jawatankuasa Kerja Sekolah-sekolah Menengah Cina (MICSS) dan wakil-wakil dari Dong Jiao Zong bukannya Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tidak dinafikan, memang asal-usul UEC berkiblatkan silibus Taiwan. Namun, setelah menjalani perubahan demi perubahan dalam proses pengiktirafan, silibus sudah mula berubah. Itupun kiblatnya masih lagi ke negara tersebut.

Orang Cina menganggap negara China sebagai “fatherland” dan Malaysia sebagai “motherland”. UEC menjadikan Taiwan kiblat UEC kerana sebahagian besar pimpinan Dong Jiao Zong adalah Cina Hokkien. Mereka tidak memilih Fujian, China, kerana Pendidikan di sana ada kaitan dengan komunis Mao Ze Dong. Taiwan pula masih kekal dengan Pendidikan Cina ala Sun Yat Sen, Kuo Min Tang (KMT) yang amat disanjung ultra kiasu di Malaysia. Sebab itu, kerajaan Pulau Pinang, menubuhkan Pusat penyelidikan dan Muzium Sun Yat Sen. Inilah pembinaan negara dalam negara yang selalu saya perkatakan.

UEC mengambil pendekatan Taiwan disebabkan oleh geo politik Taiwan yang disokong sepenuhnya Amerika Syarikat untuk menentang China.  Sebab itu, Amerika Syarikat tidak ada masalah langsung untuk mengiktiraf pendidikan Taiwan termasuk ‘adik’  Taiwan di Malaysia iaitu UEC. Semua orang tahu bahawa Amerika menggunakan Taiwan selepas China dikuasai sepenuhnya oleh komunis.

Untuk mekluman, sejarah Pendidikan Cina di Malaysia bermula apabila berlaku migrasi Cina ke Tanah Melayu dibawa oleh British. Ketika itu, semua buku teks, silibus, dan guru-guru memang daripada negara China (Taiwan). Apabila Penyata Razak 1956 dimuktamadkan, semua sekolah tidak boleh lagi berkiblatkan negara asal-usul. Medium semua sekolah menengah mesti dalam BM seperti yang dapat dilihat pada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC). Kecuali sekolah rendah Cina (SJKC), yang menggunakan medium Bahasa Cina sepenuhnya bermula 1963.

Oleh kerana tidak dapat menggunakan medium Cina di peringkat menengah, pemimpin Cina yang keras kepala seperti Dong Zong dan Jiao Zong yang sejak dahulu mahu menubuhkan Universiti Merdeka, bertindak keluar daripada arus perdana menggunakan Bahasa ibunda diperingkat menengah walaupun tidak mendapat bantuan kerajaan sepenuhnya seperti sekolah Cina yang lain, kecuali secara one-off.

Namun, Sekolah Persendirian ini mendapat bantuan yang hebat daripada jutawan dan komuniti Cina. Sebab itu, ia mampu bertahan sehingga ke hari ini. Sudah tentu kemudahannya jauh lebih baik daripada sekolah kerajaan. Untuk makluman juga, sebenarnya UEC adalah contoh kecil. Kita sudah lama mengiktiraf penubuhan Universiti Merdeka yang mengunakan Bahasa Cina sepenuhnya seperti Kolej Universiti New Era di Kajang (dahulunya Kolej New Era).

Kolej ini beroperasi sepenuhnya dengan penuh Kecinaan di Kajang dan beberapa tempat lain di bawah kelolaan Dong Jiao Zong. Kenapa kita bising perkara ini. Ia telah berlaku sejak zaman BN lagi. Sebab itu, jangan terlalu menyalahkan PH, kerana semua ini telah bersarang sejak zaman BN kerana takutkan undi Cina lari kepada PH. Baca ucapan Najib Razak menjelang PRU14, ketika melancarkan manifesto BN pada 7 April 2018.

Warganegara yang memiliki sijil peperiksaan luar negara yang setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan kelayakan memasuki IPT dalam negara boleh dipertimbangkan untuk memasuki pengajian mana-mana IPT dengan syarat mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus mata pelajaran Sejarah – ini termasuklah isu tentang Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC) ketika melancarkan manifesto parti BN (Norlaile Abdul Rahman, 2018).

Sebenarnya UEC telah pun diiktiraf secara tidak langsung. Sila rujuk laman MQA/KPT dan syarat-syarat kemasukan ke Universiti Awam. Tidak payahlah kita menjerit lagi.

Pelajar UEC pada masa sama boleh mengambil SPM jika mereka mahu. Persoalannya, tidak semua mengambil SPM. Rata-rata hanya mengambil UEC, inilah golongan persatuan Cina ini mahukan kerajaan mengiktiraf. Tahun lepas hampir 9000 pelajarnya mengambil SPM selain daripada UEC.

Praktis ini menyamai apa yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuantan. Perkara ini tidak disukai oleh Dong Zong dan pernah menimbulkan kontroversi sesama mereka. Sebab itu saya sarankan, jika persatuan Cina mahukan UEC diiktiraf, pelajar mereka mesti mengambil kedua peperiksaan ini bersekali. Bersusah sedikit untuk negara. Pastikan mereka mendapat kredit dalam SPM. Jika mereka gagal dan tidak mendapat kredit, sijil ini tidak wajar diiktiraf.

Persatuan Cina ini dikatakan ‘sangat bimbang’ dengan bilangan SJKC yang didakwa semakin menurun daripada 1346 buah pada 1970 kepada 1298 pada 2016. Begitu juga sekolah Tamil (SJKT) ada  657 buah pada 1970, kepada 524 buah tahun 2016.

Berbanding SK yang menunjukkan peningkatan yang drastik, daripada 4277 pada 1970 kepada 5877 pada tahun 2016. Kenapa persatuan Cina ini perlu hairan dengan peningkatan Sekolah aliran kebangsaan seperti SK. Wajarkah SK bertambah sebab ini sekolah arus perdana kebangsaan, mendaulatkan BM.

Peliknya, Persatuan Cina tidak pula beritahu kenapa SJKC ada yang ditutup. Ada SJKC yang terpaksa ditutup kerana tiada murid Cina lagi. Bayangkan di Hulu Langat, Kawasan tanah rizab Melayu, ada sebuah sekolah Cina bernama SJKC Choon Hwa, Batu 18, hanya ada 23 murid. Satu murid Cina, selebihnya murid Melayu. Itupun masih beroperasi hari ini dan tidak dibenarkan tutup kerana bantahan Persatuan Cina ini. Apa lagi sebenanrya yang persatuan Cina ini mahu?

Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi berapa ramai pelajar Cina di SJKC, SMJKC, dan pelajar UEC yang gagal BM. Keputusan ini sengaja didiamkan kerana mereka tidak mahu publisiti buruk merundungi mereka. Hebat atau tidak strategi mereka. Masih buta? Adakah persatuan cina mahukan bilangan sama rata dan sama rasa? Perkara yang menguntung mereka akan didiamkan. Perkara yang merugikan dihebohkan seolah-olah hampir kiamat dibuatnya.

Saya fikir sudah sampai masanya Tan Sri Muhyiddin Yasin, bekas TPM dan Menteri Pendidikan, kini adalah Menteri dalam Negeri, bersuara. Kenapa dan mengapa UEC tidak diiktiraf semasa beliau memegang amanah tersebut. Saya amat yakin Tan Sri ada jawapannya tersendiri.

Sebenarnya persatuan Cina ini mahu membina lebih banyak lagi sekolah persendirian (UEC) tetapi tidak mendapat kebenaran, meskipun permintaan daripada orang Cina tersangat tinggi, berbanding dengan sekolah antarabangsa yang dibenarkan beroperasi ibarat cendawan selepas hujan.

Sekolah Persendirian ini hanya mampu menampung hampir 90 ribu pelajar Cina setakat ini. Manakala hampir 110 ribu di SMJKC. Persatuan ini turut bimbang dengan penurunan pelajar-pelajar Cina di SJKC sejak kebelakangan ini disebabkan oleh kadar kelahiran yang rendah yang dipraktikkan oleh majoriti orang Cina. Untuk makluman, sehingga kini terdapat lebih 2 juta pelajar di SK, lebih 500 ribu dan SJKC dan lebih 81 ribu di SJKT.

Setakat ini UEC telah diiktiraf oleh kerajaan Sarawak untuk memasuki perkhidmatan kerajaan negeri. Polisi ini masih tidak terpakai untuk memasuki Universiti Malaysia Sarawak kerana ia di bawah KPM. Berbeza pula dengan Universiti Selangor (UNISEL), mereka telah menerima pelajar UEC. Kerajaan Pulau Pinang telah mengambil pelajar UEC untuk memasuki perkhidmatan anak syarikat kerajaan. Langkah kerajaan Melaka dan Negeri Sembilan sudah tentu akan merancakkan lagi politik caca-merba pendidikan kita. Di sini kata boleh, di sana kata tidak. Kita mengamalkan sistem persekutuan, negeri-negeri di bawah persekutuan, persoalannya sejauhmanakah sistem ini berjalan dan dipatuhi?

Akhirnya, saya turut merayu kepada kerajaan hari ini supaya turut memantau lambakan Sekolah Antarabangsa yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium hari ini. Silibus subjek sejarah turut tidak terkawal. Inilah juga yang menjadi hujah kuat mereka yang pro UEC, kenapa kerajaan melakukan sikap ‘double standard’ terhadap mereka, sedangkan sekolah antarabangsa dibiarkan beroperasi bebas dan pada masa sama mengenepikan BM dan menggunakan silibus sejarah mereka sendiri. Semua sekolah ini berada di bumi mana? Di Malaysia atau bukan? Renung-renungkan.  

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Naifnya kita memahami UEC.. appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Lindungi Dr Zakir Naik daripada ancaman LTTE

$
0
0

SAYA amat mengharapkan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Pakatan Harapan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamed dapat melindungi pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik daripada perancangan jahat ultra kiasu yang pro Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Saudara pembaca kolum saya dalam ismaweb.net, mungkin tidak lupa akan artikel saya bertarikh 21 Mei 2018 lalu, bertajuk “Islam lebih bahaya daripada LTTE, Komunis dan Evangelis”.

Tidak ramai yang mengetahui apa itu kumpulan pengganas LTTE dan gerakan bawah tanah yang sangat berbahaya yang sudah merebak ke negara kita. Pihak keselamatan mesti memantaunya secara serius seperti saranan Mufti Perlis, DR Maza.
Pengikutnya semakin ramai di negara lain, meskipun ia telah diharamkan di Sri Lanka. Sebab itu, kita jangan terlalu bersangka baik.

Selama ini, bagi tidak menampakkan LTTE ini aktif di Malaysia, mereka menyasarkan Zakir Naik kerana pendakwah Islam itu adalah ancaman kepada pergerakan mereka ini. Pernah saya berkata:

“Ramai lagi dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP yang berfahaman komunis dan sosialis yang pro LTTE India dan pro Komunis China serta Kristian Evangelis yang jauh lebih bahaya, kenapa perkara ini tidak pernah menjadi kerisauan? Saya boleh tuding satu persatu, tetapi saya lihat dahulu (Ridhuan Tee, Ismaweb 21.5.18).

Apabila disebut pengganas, musuh-musuh Islam termasuk pemimpin ultra kiasu LTTE Pulau Pinang sering menuding jari kepada al-Qaeda, Taliban, Boko Haram dan IS, serta tidak terkecuali Dr Zakir Naik.

Saya pernah membuat kajian mengenai kumpulan pelampau LTTE ini ketika menjadi pelajar jurusan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kini, diimbaukan kembali betapa jahatnya LTTE ini yang ditubuhkan pada 5 Mei 1976, di bawah kepemimpinan Velupillai Prabhakaran.

LTTE adalah antara kumpulan pengganas paling ditakuti. Gerakannya tersusun dan berdisiplin. Ini diakui oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Dalam laporannya bertarikh 10 Januari 2008, FBI menyasarkan, LTTE adalah pergerakan pengganas paling bahaya di dunia, melangkaui IS, ISIS, Daesh dan Taliban yang selalu disamakan dengan pengganas dalam kalangan orang Islam. FBI juga mengeluarkan peringatan bahawa LTTE perlu diawasi kerana menjadi ilham kepada rangkaian pengganas seluruh dunia.

LTTE memulakan kempen bersenjatanya di Sri Lanka untuk menuntut wilayah Tamil berasingan pada 1983. LTTE melancarkan perang saudara. LTTE turut terlibat siri pembunuhan berprofil tinggi, termasuk pembunuhan Presiden Sri Lanka, Ranasinghe Premadasa pada 1993 dan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi, pada 1991.

Pembunuhan Rajiv dilakukan oleh penyerang berani mati. Akhbar The Indian Press melaporkan pembunuhan dilakukan atas arahan Prabhakaran. Rajiv menjadi sasaran kerana menggagalkan usaha dan perjuangan Tamil (LTTE).

Terbukti, apabila Mahkamah India (1998), melalui hakim V Navaneetham memutuskan pemimpin LTTE itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembunuhan Rajiv.

Sri Lanka dahulunya dikenali sebagai Ceylon ketika berada di bawah jajahan British. Negara ini merdeka pada tahun 1948, selepas India pada pada 1945. Nama Ceylon menjadi Sri Lanka pada 1972.

Kontoversi bermula apabila Perdana Menteri ketika itu, Bandaranaike menjadikan bahasa Singhasa sebagai bahasa rasmi. Majoriti Sinhala berada di selatan, manakala kaum Tamil Eelam di utara dan timur. Keturunan Tamil ini berasal dari benua kecil India di bahagian tenggara atau Tamil Nadu.

Keganasan bermula pada Julai 1983 apabila berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh LTTE yang berjuang menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Sri Lanka atas alasan mereka ditindas dan dinafikan hak.

Modus operandi mereka menyasarkan pembunuhan pemimpin berprofil tinggi. Pada tahun 1975 sebelum pembunuhan Rajiv, tindakan pertama mereka dengan pembunuhan datuk bandar Jaffna di utara Sri Lanka, Alfred Duraiappah. Pada 1977 Ahli Parlimen Tamil, M Canagaratnam, dibunuh sendiri oleh Vellupillai Prabhakaran, pemimpin tertinggi LTTE.

Pendek kata, Sri Lanka tidak pernah aman dengan konflik etnik, perang saudara dan siri keganasan yang dicetuskan oleh LTTE. Bagaimanapun, LTTE menerima pukulan hebat dengan terbunuhnya Prabhakaran pada 18 Mei 2009. Bukti-bukti menunjukkan anggaran 70,000 penduduk maut dalam konflik antara LTTE dengan kerajaan Sri Lanka.

Meskipun pemimpin LTTE berjaya dihapuskan, itu tidak bermakna gerakan tersebut sudah mati. Sebenarnya gerakan ini masih mekar dalam kalangan pengikut fanatik mereka yang berada di seluruh dunia. Mereka menunggu masa untuk melancarkan keganasan ke negara lain yang menjadi sasaran. Kumpulan berselindung atas nama hak asasi dan kepakaran akademik.

Saya amat berharap, pihak polis dapat melakukan siasatan terhadap beberapa laporan yang dibuat. Mereka yang ada dikaitkan mesti disiasat hingga ke akar umbi, terutama dalam parti ultra kiasu. Ultra kiasu ini jugalah yang melabelkan saya sebagai ‘bigot’ dalam kenyataannya bertarikh 7 Ogos 2017, kerana menyangkakan saya yang menulis bahawa parti dianggotainya sebagai anti-Islam. Sedangkan tidak.

Dengan ini saya amat bersetuju dengan saranan Mufti Perlis, yang menyeru pihak berkuasa menyiasat ultra kiasu ini yang dikaitkan dengan LTTE. Hanya pengganas sebenar menuduh orang lain sebagai pengganas.

Alasan beliau setelah berita ini menjadi viral amat tidak munasabah. Beliau berkata Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE bukanlah sebahagian daripada kumpulan pemberontak, yang menjadi dalang di sebalik perang saudara yang berlangsung puluhan tahun di Sri Lanka yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh.

Beliau berkata jawatankuasa itu ditubuhkan oleh kerajaan Sri Lanka selepas perjanjian damai dicapai antara Colombo dan LTTE.

Beliau dijemput untuk menjadi sebahagian jawatankuasa itu, yang terdiri daripada anggota LTTE dan bukan LTTE termasuk ahli akademik dan aktivis dari seluruh dunia, dikenali sebagai Sekretariat untuk Menyelaras Proses Damai (SCOPP).

Siapa yang tidak kenal sosialis ultra kiasu tersebut? Saya telah mengenali beliau sekian lama semenjak bergelar pelajar. Beliau menafikan sama sekali mengenai bukti sekeping foto menunjukkan beliau menyembah lambang AK-47 yang menjadi ritual puak pemberontak LTTE.

Ironinya, kenapa terlibat dalam sembahan ekstrem tersebut? Seseorang yang rasional berpegang kuat kepada amalan Hindu, tidak sama sekali akan melakukan sesuatu perkara yang tidak diingininya.

Sama ada beliau pernah menjadi sebahagian daripada LTTE, dan tidak, menyokong sebarang organisasi pengganas atau pejuang bersenjata, biarlah polis menentukan melalui siasatan yang akan dijalankan.

Saya amat mengharapkan pihak keselamatan tidak hanya melihat kumpulan pengganas dan pelampau ini dalam kalangan orang Islam sahaja. Saya yakin kumpulan Islam yang dilabelkan itu adalah ciptaan musuh-musuh Islam untuk menutup kegiatan keganasan mereka.

Pengganas sebenar sedang berada dalam saf kepemimpin negara yang ada. Maka, lakukanlah penyiasatan secara telus. Kadangkala terfikir juga, apa ke jadahnya membawa sami yang sebegitu pelik rupa ke Parlimen semata-mata untuk menyaksi majlis angkat sumpah. Apakah ketika itu kita masih membiarkan dan menyatakan, biarkanlah. Tidak ada apa-apa.

Sepanjang kajian terhadap agama Islam yang saya anuti buat selama-lamanya ini, Islam tidak akan menjadi pengganas atau mengganas, jika tidak ditekan dan ditindas sedemikian rupa. Ini kerana Islam adalah agama, yang adil dan penuh hikmah.

Hari ini munculnya kumpulan pengganas Islam kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Mereka ditindas, dianiaya, dizalimi dan dibunuh saban hari seperti di Palestin. Dunia tidak pernah berlaku adil kepada umat Islam.

Apakah pada ketika itu umat Islam hanya melihat sahaja kekejaman yang dilakukan tanpa sebarang tindak balas? Saya berpegang kepada prinsip bahawa Islam tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi Islam tidak akan menyerang tanpa tentangan.

Benar, Islam tidak disebarkan melalui kekerasan, tetapi melalui hikmah. Tetapi jika Islam terancam, ketika itu, apakah kita harus berdiam diri?

Apakah yang akan bakal mendatang nanti, jika kita masih dalam sindrom penafian, kealpaan yang tidak boleh dilupai. Meskipun pelbagai peringatan telah diberikan. Apakan daya yang menerima impaknya nanti adalah rakyat marhaen. Justeru, langkah pencegahan amat penting sebelum berlakunya apa yang tidak diingini nanti.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Islam lebih bahaya dari LTTE, Komunis dan Evangelis?

The post Lindungi Dr Zakir Naik daripada ancaman LTTE appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Ultra kiasu tak layak memimpin Kementerian Pendidikan

$
0
0

TERSANGAT sedih mendengar apabila pemimpin ultra kiasu yang bertanggungjawab dalam menentukan masa depan pendidikan negara berkata minggu lalu bahawa, syarat lulus mata pelajaran sejarah tidak akan dimasukkan dalam pengiktirafan UEC selaras dengan manifesto PH yang mewajibkan hanya mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mendapat kredit (kepujian). Mana lebih penting antara manifesto PH dengan pembinaan negara bangsa? Naif sungguh apabila ada pemimpin lebih mementingkan manifesto daripada masa depan negara.

Lebih naif lagi jika keluar dalam kalangan mereka dilantik menjaga Kementerian Pendidikan. Subjek sejarah yang amat besar ertinya kepada rakyat Malaysia, mahu dilupakan begitu sahaja hanya kerana mahukan pengiktirafan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang lebih bersifat minoriti. Jika sejarah negara sudah dilupakan, apa lagi yang tinggal? Cuba tanya ultra kiasu terdiri, sejarah diri dia dan sejarah parti dia, penting atau tidak? Bila dilahirkan, di mana, masa bila dan macam-macam lagi.

Berulang kali PM telah katakan, manifestonya bukan kitab suci. Tidak semestinya dipatuhi. Ketika dirangka dahulu, tidak terjangkau atau tidak terfikir akan rasionalnya, kerana emosi menguasai. Justeru, jangan terlalu obses. Banyak isu yang lebih besar lagi yang perlu difikirkan. Kenapa menteri dan timbalan menteri serta pemimpin NGO Cina, dalam kepala otak mereka hanya ada Cina, Cina dan Cina.

Mereka selalu berkata, kita semua ini adalah Malaysian. Maka, berfikirlah secara Malaysian. Jika tidak, jangan salahkan orang Melayu jika mereka terlebih obses pasal, Melayu, Melayu dan Melayu termasuk ketuanan Melayu. Sejarah membuktikan Melayu adalah tuan (penduduk asal) bumi bertuah ini. Justeru, saya tidak hairan, orang Melayu terlebih Melayu. Yang menjadi kebimbangan apabila orang Cina terlebih Cina dalam sebuah negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.

Apakah kita sengaja lupa bahawa negara ini asalnya  bernama Tanah Melayu, terletak di Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Sejarah asal usul Melayu sudah termaktub dalam sejarah dunia sebagaimana sejarah Tanah Besar China dan India. Justeru, jangan diungkit lagi. Kejahilan ini berlaku disebabkan oleh buta sejarah. Sebab itu, suka atau tidak, mahu tidak mahu, subjek sejarah mesti diwajibkan dan wajib lulus (kredit) dalam semua sekolah beroperasi di negara ini, agar yang buta tidak terus buta. Jika tidak mahu patuh, sila cari sekolah di negara lain, yang mengecualikan subjek sejarah ini.

Berbalik kepada desakan ultra kiasu mahukan SPMC mahu setanding dengan sekolah arus perdana dan dikecualikan subjek sejarah, sejarawan negara Khoo Kay Kim berkata, subjek tersebut perlu ada dalam setiap peperiksaan ataupun sijil bagi memastikan rakyat tidak lupa sejarah penting yang pernah berlaku di negara ini. Pakar sejarah tersebut turut mengirim soalan sejarah untuk dijawab oleh timbalan Menteri ultra kiasu tersebut yang saya yakin beliau tidak akan dapat menjawabnya. Soalan berkaitan kenapa gelaran Raja Selangor tidak digunakan sebaliknya Sultan Selangor. Melopong. Ultra kiasu tidak tahu semua ini. Mereka hanya hadam sejarah partinya sahaja yang bersifat ultra kiasu.

Sejak dulu lagi menjadi kebimbangan kepada saya apabila ultra kiasu memerintah. Mereka tidak mahu atau tidak pentingkan sejarah. Lebih malang lagi, jika mereka terdiri dalam kalangan ahli Parlimen dan berjawatan Menteri atau timbalan. Ingin juga saya kirimkan soalan seperti Khoo Kay Kim, ultra kiasu itu tahu atau tidak sejarah parlimen dan sejarah di pilihan raya di Malaysia? Saya yakin, ultra kiasu ini tidak dapat menjawabnya kerana mereka hanya obses sejarah China sahaja.

Saya fikir, mereka tidak layak bergelar Ahli Parlimen atau bergelar menteri jika mengatakan bahawa sejarah itu tidak penting, dan tidak perlu diwajibkan kepada sekolah, terutama SPMC. Setelah saya membuat sedikit kajian mengenai silibus sibjek sejarah di SPMC, ternyata dan terbukti, bahawa subjek sejarah di SPMC begitu menekankan sejarah negara China daripada negara Malaysia sendiri, tempat lahirnya nenek moyang mereka. Jika begitulah keadaan, saya cadangkan mereka ini baliklah ke negara China, untuk belajar sejarah China dan sejarah kenapa dan mengapa sistem beraja China pupus dan digantikan dengan sistem komunis. Lepas itu, bila dah hadam, baliklah semula di negara bertuah ini, untuk mengetahui betapa bertuahnya kita hidup di negara tercinta ini.

Menteri Pendidikan benar apabila berkata pada 26 Julai lalu, bahawa KPM tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) kerana SMPC tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional. Saya sangat sanjung tinggi jawapan ini. Selaras dengan Perlembagaan.

Malangnya, beberapa jam selepas itu, ultra kiasu bersatu hati, mengecam dan menyeroyok Menteri Pendidikan atas kenyataannya itu. Mereka turut menyarankan kepada PM agar menukar Menteri Pendidikan kerana sudah melencong daripada Manifesto PH yang mengiktiraf UEC (SPMC). 

Tidak lama selepas itu, Menteri Pendidikan serta merta menarik balik kenyataan dan terus berkata KPM akan membiayai SMPC seperti sekolah arus perdana yang lain. Ingin saya tegaskan, tidak ada dalam mana-mana peruntukan dan undang-undang negara ini mengatakan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk membiayai sekolah persendirian (swasta).

Dalam kenyataan sama, ultra kiasu yang merupakan ADUN Bercham, berkata ramai ibu bapa daripada kaum Melayu dan India menghantar anak-anak mereka ke SMPC, manakala UEC diiktiraf secara meluas di peringkat antarabangsa. Saya cabar ultra kiasu ini, tunjukkan statistik kepada saya berapa ramai orang Melayu di SPMC? Seperti yang saya sebut minggu lalu, bilangan orang Melayu di SPMC teramat kecil. Mungkin dalam lingkungan 10 orang. SPMC tidak boleh disamakan sama sekali dengan SJKC. Hampir mustahil untuk pelajar Melayu di SJKC melanjutkan pelajaran ke SMPC. Jika adapun, mereka lebih memilih SMJKC. Tidak usahlah menipu wahai ultra kiasu.

Tanpa bantuan kerajaan selama ini, SPMC tetap gah dan mewah. Jutawan-jutawan Cina pakat-pakat membantu sekolah ini, sama seperti mereka membantu SJKC meskipun SJKC dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya. Pergilah melihat prasana di SJKC dan SMJKC, bandingkan dengan sekolah aliran arus perdana.

Saya beri satu contoh yang sangat jelas betapa ketinggalannya sekolah aliran kebangsaan dengan  sekolah Cina. Misalnya, SJKC Pei Yu, sekolah bantuan penuh kerajaan. SJKC ini terletak sekitar kawasan Bertam, berhampiran Hotel Sri Malaysia, Kepala Batas.

Berdekatan SJKC Pei Yu, paling kurang terdapat tujuh buah sekolah iaitu, SK Hashim Awang, SMK Dato Haji Abdul Kadir, SJKT Palaniandy, SMK Dato Hj Ahmad Badawi, SK Sheikh Abdullah Fahim, SMK Bertam Perdana, dan SMK Bertam Indah. Kesemua sekolah ini tidak ada dewan yang begitu canggih dengan segala kelengkapan seperti dewan SJKC Pei Yu. SJKC ini mendapat peruntukan khas membina dewan tertutup serba canggih bernilai lebih RM3 juta. SJKC ini jauh lebih gah daripada sekolah bantuan penuh kerajaan di sekelilingnya, meskipun kawasan tersebut di bawah bekas PM sebelum ini, Pak Lah. Hanya kerana ada nama SJKC, menjadikan ia sangat istimewa.

Sekolah lain bersebelahan yang  ingin menggunakan dewan tersebut akan dikenakan sewa. Begitulah hebatnya ultra kiasu bersatu hati dalam pembangunan pendidikan anak bangsanya. Bayangkan jika kerajaan terus menyalurkan dana dan memberikan bantuan sepenuhnya. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina ini akan menjadi sekolah mewah, penuh segala kelengkapan, meninggalkan sekolah aliran kebangsaan, termasuk sekolah berasrama penuh.  Jangan ada yang membandingkan dengan sekolah agama. Pasti akan mengalir air mata.

Umum mengetahui bahawa ekonomi negara ini dikuasai oleh orang Cina. Kekayaan yang dimiliki turut memperkayakan NGO-NGO mereka. Jika tidak masakan NGO-NGO mereka boleh membina dan memiliki bangunan sendiri. Jika tidak pergilah menejeling akaun-akaun persatuan PIBG SJKC, SMJKC, SMPC, Hua Zong, Dong Zong, Dong Jiao Zong dan lain-lain.  

Jangan pergi jauh, cuba lihat bangunan Persatuan Cina, Hua Zong, Serdang, tepi lebuh raya Utara Selatan, 20 tingkat. Di situ juga menempatkan Kolej Persendirian Cina. Ini tidak termasuk Sekolah Persendirian Cina di bangunan Minlon terletak berdekatan. Sebelum PRU14, bekas PM, Najib Razak telah meluluskan hampir dua ekar tanah kepada SMPC Choong Hwa, Sentul bagi tujuan membina Kompleks Sukan sekolah tersebut. Tidak lama lagi kompleks sukan tersebut akan berdiri megah. Dari manakah mereka mendapat sumber kewangan yang begitu banyak untuk membina kompleks sukan tersebut? Sila baca artikel saya sebelum ini di sini.

Saya cadangkan Menteri Pendidikan, memberikan saya dana untuk membuat penyelidikan khusus mengenai sekolah Cina di Malaysia, terutama SPMC dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Saya juga memohon dana untuk membuat kajian ke atas lima buah Sekolah Wawasan yang telah dibina di Pekan Baru, Parit Buntar, Taman Aman, Alor Setar, Tasik Permai, Pulau Pinang, USJ 15, Subang Jaya dan Pundut, Sri Manjung. Kenapa dan mengapa idea sekolah yang sangat baik konsep yang dibina ketika zaman PM Tun Mahathir, tidak menarik perhatian orang Cina. Kenapa orang Cina mahu menjadi secina-cinanya, langsung tidak boleh dicairkan walaupun sedikit.

Ingatlah kata-kata Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Saleem Shad Faruqi, Perlembagaan hanya membenarkan hak belajar bahasa ibunda, bukannya hak belajar dalam bahasa ibunda. Masih tidak faham? Rakyat Malaysia berhak menyaman kerajaan jika kerajaan bertindak di luar batasan undang-undang, termasuk menyalurkan wang rakyat untuk membantu Sekolah Persendirian yang tidak termaktub dalam Perlembagaan dan Akta Pendidikan. Saya tidak hanya merujuk kepada kerajaan hari ini, malahan kepada kerajaan sebelum ini yang sewenang-wenangnya menggunakan wang rakyat di luar rangka perlembagaan dan undang-undang.  

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Bagilah lagi apa yang Cina mahu

The post Ultra kiasu tak layak memimpin Kementerian Pendidikan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Siapa pendatang sebenarnya?

$
0
0

SAYA membaca dengan teliti terjemahan ucapan pemimpin India ultra kiasu, antaranya berbunyi:

“Ramai orang, apabila ditanya tentang sejarah kita (mereka kata) sejarah (kita) bermula 120 hingga 130 tahun lalu. “Tak betul. Kita datang ke sini (ialah) 2,500 tahun lalu. Buktinya ada di Lembah Bujang. Ada kuil di sana…. tertanam. “Mereka yang pendatang, bukan kita pendatang. Mereka dan kita adalah sama.”

Siapakah yang dirujukkan sebagai ‘mereka’ jika bukan orang Melayu? Tidak mungkin sama sekali merujuk kepada orang Cina atau Bumiputera Sabah Sarawak. Sudah terang lagi bersuluh, mereka yang dimaksudkan adalah orang Melayu.

Jika orang Melayu pendatang? Bagaimana dengan bangsa lain? Sudah tentu lagi jelas pendatang sebab wajah dan rupa fizikal mereka jauh berbeza dalam kalangan bangsa asal yang tinggal di alam kepulauan Melayu.

Lihat rupa Melayu di Kepulauan Melayu, bandingkan dengan rupa India dan Cina. Jauh sekali berbeza. Satu berkulit gelap, satu lagi berkulit putih. Melayu di tengah-tengah tidak gelap dan tidak putih. Inilah rata-rata orang yang tinggal di Kepulauan Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan yang berdekatan. Justeru, siapa sebenar pendatang? Siapa pula yang mendatang sesama mereka?

Saya tidak pernah dengar lagi rantau Nusantara ini dikenali sebagai kepulauan Hindu, kepulauan India, atau kepulauan apa. Jika ada pun nama Laut China Selatan, bukan Laut India Selatan. Yang saya tahu, seantero dunia mengenali kepulauan ini sebagai kepulauan Melayu atau Malay Archipelago.

Sebab itu, saya sangat pelik apabila ada ekstremis LTTE boleh mengatakan bahawa ‘ini tanah kita bersama dari segi asal-usul’. Saya tidak menafikan jika dilihat dari sudut agama, kerana agama Hindu lebih lama bertapak di kepulauan ini, tetapi bukan bangsa.

Sejarah setiap bangsa ada tanahnya sendiri, bangsa Cina membentuk negara China. Bangsa India membentuk negara India. Begitu juga dengan negara-negara Arab dan negara-negara lain di dunia. Raut wajah mereka membentuk bangsa dan negara mereka.

Tiba-tiba rantau yang sudah dikenali dunia sebagai Nusantara atau kepulauan Melayu, ultra kiasu tidak mahu mengiktiraf sebagai kawasan kepunyaan bangsa Melayu. Malah, sanggup merujuk Melayu sebagai pendatang. Cubalah tukar DNAnya.

Lebih jahil lagi ada yang berkata Sarawak atau Sabah tidak termasuk dalam rumpun kepulauan Melayu. Memang asal usul Melayu majoritinya beragama Hindu, tetapi apabila Islam datang, rajanya memeluk Islam, diikuti seluruhnya rakyat jelata, maka senyaplah legasi agama Hindu yang bertapak di Alam Melayu.

Jika lihat dari segi pengaruh dan tinggalan arkeologi, ajaran Buddha lebih mendapat sambutan di kepulauan Melayu, bukan Hindu. Dalam sejarah kami diajar pengaruh Buddha-Hindu, bukan Hindu-Buddha. Contohnya di Thailand dan negara berjiran, boleh dikatakan semuanya berfahaman Buddha. Begitu juga di Indonesia.

Saya tidak mahu terlibat dalam polimik asal usul Melayu sebagaimana yang diceritakan oleh pakar sejarah Melayu seperti Profesor Nik Hasan Shuhaimi dan antropologi, Profesor Wan Hashim Wan Teh. Sebab kedua-duanya orang Melayu. Ultra kiasu tidak teruja.

Lebih molek jika saya merujuk kepada sarjana berkulit putih, yang lebih meyakinkan ultra kiasu seperti Dr Steven Oppenheimer (1999), pakar Paleontologi dalam bukunya bertajuk, Eden in the East, The Drowned Continent of Southeast Asia. Beliau yang juga tenaga pengajar di Universiti Oxford turut mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu daripada kabilah Negrito, Asli Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke benua Melayu Sunda.

Secara umumnya terdapat beberapa teori mengenai asal usul Melayu. Pertama, asal usul orang Melayu adalah berdasarkan teori penghijrahan beramai-ramai orang Melayu daripada Yunan, selatan China dan keluar melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan, yang dikenali sebagai “Teori Keluar Dari Yunnan” (1890).

Kedua, Melayu lahir akibat kahwin campur antara Cina, India dan Arab. Orang Melayu dikatakan bekerja sebagai kelasi kapal dan buruh kepada pedagang antarabangsa yang terdiri daripada orang Arab, China dan India lebih kurang 2,000 tahun lalu, dikenali sebagai teori “Keluar Dari New Guinea” (1965).

Interaksi dan perkahwinan campur dengan bangsa India, China dan Arab, menghasilkan sebuah bangsa baharu yang dikenali sebagai bangsa Melayu. Teori ini agak keterlaluan kerana mengandungi unsur penghinaan.

Ketiga, berdasarkan teori lingustik oleh Peter Bellwood dan disokong bukti arkeologi oleh pakar arkeologi, Eusibio Dizon, menerusi buku, The Austronesian (1997), dikenali sebagai “Teori Keluar dari Taiwan” dan juga “Teori Keretapi Ekpress ke Polynesia”.

Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu-Polynesian atau Astronesian atau rumpun Melayu berasal daripada Taiwan. Orang Melayu, telah keluar daripada Taiwan sejak 6,000 tahun dahulu, dan kemudiannya merantau ke serata dunia. Mereka dikatakan merantau dari Pulau Madagascar di Timur sehingga ke Pulau Easter di Barat. Seterusnya merentas Jepun di utara sehingga ke New Zealand di selatan.

Lanjutan daripada itu, Oppenheimer, Wilhelm G Solheim dan Arysio Nunes dos Santos (1999) menggunakan bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik. Mereka bersetuju orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda. Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15,000 tahun Sebelum Masihi.

Menurut mereka lagi, Asia Tenggara kuno disatukan oleh Pentas Sunda yang menghubungkan Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan Filipina. Asia Tenggara ketika itu bercantum sebagai satu benua dengan tanah besar Asia dan Pentas Sahul iaitu pentas benua Australia-New Guinea.

Kawasan perairannya yang cetek dan mudah dilalui telah menghubungkan beberapa laluan penghijrahan bebas untuk manusia dan haiwan di tanah besar Asia, yang dikenali sebagai Gugusan Kepulauan Melayu Nusantara. Keluasan gugusan ini atau Benua Sunda adalah dua kali lebih besar daripada Benua India. Kawasan laut Champa, Teluk Siam dan Laut Jawa, pada ketika itu kering kontang dan menjadi dataran pelantar bagi menghubungkan beberapa bahagian benua tersebut.

Menurut Oppenheimer lagi, Benua Sunda inilah bermulanya tamadun manusia yang menyuburkan budaya-budaya hebat di China, India, Mesopotamia, Mesir dan Kepulauan Crete (Greek) lebih kurang 6,000 tahun lampau.

Ini bermakna, bangsa Melayu itu bukan bangsa baharu yang selalu dikaitkan bermula selepas penjajahan Barat. Secara tidak langsung bukti ini menolak dakwaan Anthony Reid yang mengatakan bangsa Melayu hanya berpusat di Selat Melaka. Sekali gus menolak “Teori Keluar Dari Taiwan” dan “Teori Dari New Guinea”.

Dalam erti kata lain, Jawa adalah Melayu, Siam adalah Melayu, Moro adalah Melayu, Minang adalah Melayu, Dusun adalah Melayu, Iban adalah Melayu, Filipina adalah Melayu dan Dayak adalah juga Melayu. Suku kaum kepada etnik bangsa Melayu adalah sebaka dan serumpun.

Bermakna, Melayu Asli (orang asal) bukanlah berasal dari Yunnan atau Taiwan. Sebaliknya orang Taiwan dan Yunnan itu sebahagian besarnya adalah berasal dari Asia Tenggara.

Nyata sekali bahawa kelima-lima teori ini (enam termasuk oleh sejarahwan Melayu) tidak ada langsung kaitan dengan India. Paling kuat pun dengan Cina. Justeru, apakah justifikasi ultra kiasu India tersebut mengatakan bahawa orang Melayu dan India adalah sama iaitu pendatang.

Paling menarik membaca buku John Russell Denyes bertajuk Malaysia, terbitan tahun 1919, yang terdapat di perpustakaan, University of Illinois. Muka pertama tertulis “Malaysia is off the southeast corner of Asia, 1500 miles south of China, 1500 miles east of India. It includes the Malay Peninsula and the islands of Sumatra, Java, Borneo, Celebes, Timor, the Moluccas, New Guinea, and a thousand smaller islands. The country gets its name from the Malay people who live there.”

Pendapat beliau mengenai India: “the Indians who come to Malaysia are mostly Tamils from Madras Presidency and Ceylon. Bishop Oldham describes them as “noisy, exceedingly talkative, faithful, devout, obedient to order, capable of patiently bearing much hardship”.

Justeru, atas landasan apakah dan rujukan apakah ultra kiasu mengatakan Melayu itu pendatang? Semua teori di atas saya boleh terima. Tetapi saya sama sekali menolak bahawa Melayu, Cina dan India sama-sama pendatang. Jika ditakdirkan semua itu pendatang, siapakah yang mula-mula membentuk kerajaan di alam Melayu. Orang Indiakah?

Hairan sungguh saya apabila seorang yang bergelar peguam tidak dapat menerima hakikat ini.

Ini belum dibuktikan lagi dengan bangsa apakah yang begitu lantang menentang penjajahan British di Tanah Melayu. Cinakah? Indiakah? Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul menjelang kemerdekaan, sebelum itu wajah siapa? Wajah Parti Komunis Malaya? Wajah MPAJA? Wajah siapa lagi?

Tidak lain dan tidak bukan wajah Melayu, seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Abdul Rahman Limbung dan lain-lain lagi. Ini tidak termasuk Melayu yang berhaluan kiri, seperti Ahmad Boestaman, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Pendeta Zaaba, Ibrahim Yaakub dan ramai lagi.

Tidak perlulah dibincangkan lagi peranan Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain lagi. Wajah-wajah hanya muncul menjelang kemerdekaan, apabila British mensyaratkan bahawa kemerdekaan hanya diberikan jika semua kaum dapat disatukan melalui persetujuan pemimpin mereka yang dikenali sebagai kontrak sosial. Maka muncullah nama-nama seperti Tan Cheng Lock, Tun Sambanthan dan lain-lain.

Sebab itu saya mohon ultra kiasu menghentikan provokasi sebegini kerana ia tidak baik untuk pembangunan negara bangsa. Provokasi ini hanya akan meninggalkan luka yang amat mendalam. Ingatlah! Dengan Islam, Melayu itu lembut orangnya, bersopan santun dan berbudi bahasa. Melayu bersedia menerima orang lain meskipun warna berbeza. Justeru, jangan keterlaluan, celupar dan kurang ajar, dibimbangi kelembutan dan kesantunan itu hilang

Akhirnya, saya ingin simpulkan bahawa sejarah manusia bukan bermula daripada keturunan beruk menjadi manusia. Sebaliknya manusia berasal dari Nabi Adam. Nabi Adam diturunkan ke bumi sekitar 4000 hingga 5000 SM.

Apa yang berlaku ialah penyongsangan fakta untuk membenarkan idea Darwinisme iaitu manusia daripada beruk. Ini dibuktikan bahawa DNA manusia hari ini berbeza dengan manusia beruk seperti Cro Magnon, Neoderhenthal, Perak Man, Peking Man dan sebagainya. Perbezaan DNA adalah 85 peratus iaitu kromoson manusia Adam tidak sama dengan manusia asal beruk.

Lalu, saya pun mengharap supaya ultra kiasu menerima bahawa asal manusia daripada Adam, bukan beruk seperti teori Darwin. Itupun jika masih mahu menjadi ‘beruk’ silakan mengatakan bahawa Melayu, Cina dan India sama-sama pendatang di Malaysia.

Menurut Hamka, manusia daripada Nabi Adam seperti yang dinyatakan dalam al-Quran. Tetapi manusia yang dijumpai seakan-akan beruk itu adalah penciptaan genetik awal dan belum sempurna. Maka tidak layak dipanggil manusia kerana lebih mirip haiwan daripada manusia Adam. Jadi, saya noktahkan di sini bahawa Melayu asal dari bani Nabi Ibrahim.

Justeru, saya menyeru Melayu agar dapat menjaga kemuliaan keturunan ini dengan berakhlak mulia. Hindari perkara yang boleh menjatuhkan maruah seperti melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, bersubahat dengan musuh dalam perkara mungkar, dan sebagainya.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Siapa pendatang sebenarnya? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Parlimen bukan sarkas

$
0
0

SEJAK kebelakangan ini, Parlimen kita sudah jadi lebih teruk daripada pasar. Seolah-olah melihat sarkas dan badut. Memalukan. Inikah standard perbahasan wakil rakyat kita.

Bahasa ‘unparliamentary’ digunakan tanpa segan silu. ‘Unparliamentary’ atau dalam bahasa Tamil disebut ‘makkal manrattil payanpatuttat takuti arra’, bermaksud, kata-kata yang dihamburkan bertentangan dengan peraturan dan prosedur Parlimen atau lebih tepat menggunakan bahasa kesat, lucah dan kurang ajar, seperti p…..k, f..k, pelacur dan lain-lain lagi.

Saya semakin menjadi tidak faham, kenapa kedudukan Parlimen yang mulia dipenuhi segelintir wakil rakyat yang tidak bertamadun? Lebih pelik lagi, bagaimana rakyat boleh memilih mereka sebagai wakil rakyat. Lagaknya seperti samseng. Malah, sanggup mengajak orang bertumbuk di luar. Ada keberanian atau sekadar mengacah?

Fikir dahulu sebelum bertindak atau bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Memang tidak dinafikan ada unsur provokasi yang ditimbulkan oleh segelintir Ahli Parlimen. Biarkan mereka. Berstrategilah untuk berhadapan dengan mereka. Kebaikan pasti dapat mengalahkan kejahatan. Bukan dengan bertindak ‘unparliamentary’.

Saya sempat meneliti perbahasan wakil rakyat di Parlimen negara-negara maju, ternyata perbahasan mereka begitu matang. Bahasa ‘unparliamentary’ memang dilarang sama sekali. Mereka sangat faham. Kenapa kita tidak boleh lakukan, sedangkan semua itu dalam kawalan kita. Kitakan beragama.

Sebab itu, Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat dan timbalannya, mesti dapat mengawal perbahasan dan bertindak di mana perlu. Secara ringkas, saya senaraikan tanggungjawab speaker secara umum:

Pertama, mengawasi persidangan supaya berjalan dengan lancar. Kedua, mengatur perbahasan supaya tidak menyimpang daripada isu-isu yang dibincangkann. Ketiga, membuat keputusan mengenai aturan urusan mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan. Keempat, memeriksa sama ada petisyen, rang dan pindaan undang-undang boleh diterima atau tidak.

Speaker juga mempunyai kuasa untuk menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Speaker juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati.

Speaker turut berkuasa mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menentukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Speaker cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.

Jika speaker tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya. Begitu ruang lingkup dan besarnya kuasa speaker.

Di negara maju, Ahli Parlimen tidak boleh menyebut perkataan seperti tidak beradab, lucah dan kesat. Antara yang jelas tidak boleh disebut adalah ass, blackguard, coward, git, guttersnipe, hooligan, hypocrite, idiot, ignoramus, pipsqueak, rat, slimy, sod, squirt, stoolpigeon, swine, tart, traitor, wart dan sebagainya. Termasuk nama binatang tertentu yang boleh dikaitkan dengan manusia. Disiplin ini begitu dipatuhi.

Kenapa orang Barat boleh, kita di sini yang terkenal dengan budaya ketimuran (beragama Islam) tidak boleh? Apa kurangnya kita? Apa lebihnya Barat? Kita sengaja merosakkan diri sendiri.

Begitu juga etika berpakaian. Mereka yang ingin masuk ke Parlimen mesti mengikut garis panduan dan tatacara Parlimen. Tidak membawa masuk sami ke dewan tanpa kebenaran dan mengikut pakaian yang ditetapkan. Apatah lagi memakai baju-T berbelang-belang. Pendek kata, Parlimen sangat dihormati dan dimuliakan.

Justeru, kita mohon supaya speaker bertindak tegas. Tidak cukup sekadar berkata, “tarik balik Yang Berhormat”, sedangkan bahasa ‘unparliamentary’ mengambil masa begitu lama untuk ditarik balik. Jika mereka tidak tarik balik, termasuk yang melakukan provokasi, halau sahaja keluar dewan. Mereka tidak layak duduk dalam dewan yang mulia itu.

Walaupun, bahasa ‘unparliamentary’ itu kemudian ditarik balik, tetapi ia sudah tersebar di kalangan orang ramai. Contohnya, jika menyebut ‘kepala bapak engkau’ dan kemudian perkataan itu ditarik balik. Penarikan balik itu tidak memberi kesan kerana perkataan itu telah diucapkan dan orang tidak memandang kepada kenyataan menarik balik itu.

Sebaliknya, yang penting ialah berfikir sebelum berkata-kata.

Pernahkah kita terfikir kenapa di dalam Parlimen tidak boleh bertepuk tangan? Sedangkan tepuk tangan itu adalah amalan biasa, tanda penghormatan dan tidak ada yang bersalahan pun. Tetapi tidak dibenarkan, kerana di Parlimen kita bercakap soal adab dewan.

Parlimen mesti berbeza dengan dewan-dewan yang lain. Bayangkan jika tepuk tangan dibenarkan di Parlimen, seolah-olah Parlimen boleh menjadi konsert.

Pernah berlaku beberapa kali dalam Parlimen di Barat perbuatan bertepuk tangan secara spontan selepas Ahli Parlimen berucap. Ia dibenarkan kerana di luar kawalan. Itupun dicatatkan dalam hansard Parlimen sebagai ‘gangguan”.

Speaker perlu memperbetulkan keadaan ini semula. Bertindak tegas. Jika tidak, tidak ada guna ada speaker.

‘The rules are laid out in the Parliamentary etiquette bible Erskine May, which says: “Members must not disturb a Member who is speaking by hissing, chanting, clapping, booing, exclamations or other interruption.” (Brian Wheeler, 2015)

Rupanya, ada sebab kenapa Islam tidak menggalakkan bertepuk tangan. Begitulah mulianya Parlimen kepada wakil rakyat negara lain. Kepada kita yang beragama Islam, Parlimen bukanlah al-Quran. Tetapi kedudukan Parlimen sebagai institusi politik negara mesti dijaga dan dimuliakan.

Rakyat sedang dan ingin melihat wakil rakyat yang mereka pilih membahaskan isu-isu serius, isu-isu negara, isu-isu rakyat dan sebagainya, bukan melihat sarkas dan badut beraksi mengeluarkan kata-kata yang tidak bertamadun.

Lebih hodoh lagi apabila bahasa yang digunakan bercampur-campur. Ada wakil rakyat yang tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan baik. Tanpa segan silu menggunakan bahasa Inggeris. Mohon speaker supaya mengingatkan semua wakil rakyat menggunakan bahasa kebangsaan. Jika tidak mereka tidak layak menjadi Ahli Parlimen. Ini Malaysia, bukan negara orang putih.

Sudah sampai masanya syarat minima kelayakan menjadi wakil rakyat dikenakan. Paling kurang ada sijil dan mendapat kredit dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu SPM bukan bahasa Melayu UEC.

Mohon speaker bertindak tegas. Jika keluar lagi perkataan lucah seperti f..k, p…..k, dan tidak ditarik balik dengan segera, maka halau mereka keluar dewan.

Justeru, kita mohon agar perbahasan di Parlimen dapat dikawal secara profesional. Jika tidak, Parlimen akan menjadi sarkas dan menjadi bahan ketawa dunia. Bukan itu sahaja, malah memalukan, apabila ditonton oleh anak-anak kita. Inikah standard Parlimen kita?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Parlimen bukan sarkas appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

‘Judi hak orang bukan Islam’ satu ungkapan salah

$
0
0

SAYA ucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mujahid Yusof Rawa, kerana berani berkata benar meskipun pahit mengenai haramnya judi, termasuk di Genting Highland. Ini barulah amanah dengan jawatan dan saya boleh berlembut hati menyebut parti Amanah.

Sekalung tahniah juga kepada wakil PAS, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) yang menimbulkan persoalan ini untuk dijawab di Parlimen. Antara cadangan beliau supaya setiap kementerian membentuk satu jawatankuasa bagi membolehkan semua wakil agama mengadakan perbincangan mengenai judi dan memperkenalkan hukuman oleh semua agama secara selari bagi kesalahan judi.

Cuma, saya ini menambah, bukan sekadar isu judi, tetapi perkara lain yang diharamkan oleh semua agama, bukan sahaja Islam, seperti arak, zina, seks bebas, pergaulan tanpa batas, pusat hiburan melampau, seks songsang, LGBT dan banyak lagi. Saya nak tengok berapa ramai Ahli Parlimen yang betul-betul sayangkan agama, termasuk bukan Islam, terutama mereka yang mahu berebut-rebut menggunakan kalimah Allah.

Albert Einstein pernah berkata, ‘God does not play dice with the universe. If God isn’t a gambler, are his followers?’ Kata-kata ini membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan adalah hak orang bukan Islam.

Persoalannya, dari sumber manakah fakta itu diperoleh? Atau kenyataan itu sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharusnya membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum adalah hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka yang lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya. Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju, berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi.

Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi.

Mari kita melihat hujah-hujah agama selain Islam. Judi dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33.

Pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman’s Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII.54.

Pndangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ethics_s.htm).

Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi, dimanakah hujah untuk menghalalkannya?

Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php. Saya merasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar.

Persoalannya, tatkala agama lain bersependapat dengan kita, kenapa kita pula bertindak melawan arus mahu menghalalkan judi, termasuk judi bola? Pada hemat saya, yang haram tidak boleh disahkan, kerana implikasi haram akan menerbitkan keputusan yang haram juga.

Logiknya mudah, bila halal + halal, jawapan halal tidak ragu-ragu lagi. Namun, jika haram + halal, jawapannya masih lagi haram. Jika tidak haram pun, ia akan menimbulkan sangsi dan was-was. Apatah lagi jika haram + haram, sudah tentu menjadi lebih haram.

Justeru, oleh kerana tidak ada satu pun agama yang membenarkan judi, eloklah kita fikirkan semula bagaimanakah kesannya, jika ianya dibenarkan atau dilesenkan.

Berasaskan pengalaman saya ketika tidak Islam dan pernah berjudi secara haram, judi langsung tidak mendatangkan kebaikan, malahan akan menimbulkan ketagihan walaupun judi itu tidak boleh dimakan, rasa tidak puas hati akan menimbulkan ketagihan. Apatah jika menjadi sumber rezeki, seterusnya menjadi darah daging.

Saya tidak pernah lihat ada tauke judi yang bankrap atau jatuh miskin disebabkan oleh perniagaan haram ini. Yang jelas, rata-rata masyarakat atau rakyat menjadi mangsa.

Jika dilihat dari sudut mana sekalipun tidak ada satu pun kebaikan hasil perjudian. Menang sekali setelah ratusan kali dan ribuan kali kalah. Judi telah mengakibatkan penderitaan dan reputasi seseorang. Soal mereka masih melakukannya, sehingga menjadi amalan hidup, itu adalah soal individu.

Adalah tidak wajar dikaitkan dengan peradaban dan agama mereka sehingga kita sanggup mengatakan bahawa ia adalah hak mereka, tidak boleh diganggu-gugat.

Sebelum memeluk Islam, saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bahana judi. Ada yang terpaksa melacurkan isteri kerana kalah berjudi kerana tidak dapat melangsaikan hutang judi. Tidak kurang pula yang membunuh diri. Ada juga yang sanggup menggadaikan harta benda dan tanah pusaka.

Justeru, apakah altenatif kepada penjudi-penjudi ini. Pada saya, cukuplah dengan apa yang telah ada. Tidak perlulah ditambah lagi. Jika dapat dikurangkan dan dihapuskan lagi baik kerana tidak ada agama yang menyetujuinya.

Jangan mengundang bala, takut-takut nanti dimurkai Tuhan. Tatkala itu, mereka yang mengharamkan judi atau tidak pernah berjudi pun akan terpalit sama kerana bala Tuhan tidak mengenal tempat atau orang tertentu sahaja.

Tsunami yang melanda Lombok tidak hanya kena pada mereka yang engkar dengan Tuhan, tetapi membabitkan ramai orang baik yang tidak berdosa, termasuk rumah ibadat seperti surau dan masjid. Janganlah kita anggap, jika bala turun ia hanya akan kena pada mereka yang melakukan maksiat sahaja.

Saya yakin kepimpinan negara kita akan melihat perkara ini dengan serius. Biarlah mereka yang berjudi haram ditangkap polis. Sekurang-kurangnya kita dapat memberikan mereka pengajaran daripada terus berjudi seumur hidup.

Kajian yang dibuat ke atas bandar-bandar utama di Amerika Syarikat seperti Washington, Minnesota, Mississippi, California, Colorado, Connecticut, Las Vegas, Wisconsin dan sebagainya, menunjukkan bahawa apabila pusat judi dibuka, kadar jenayah dalam pelbagai bidang meningkat serta-merta sehingga 500 peratus.

Menurut John Curran, kadar jenayah ragut, rogol, rompak, serangan dan bunuh meningkat mendadak apabila kasino dibuka. Statistik Federal Bureau of Investigation (FBI) mempamerkan, kadar jenayah daripada 1,000 orang penduduk meningkat daripada 134.3 pada tahun 1978 kepada tahap menakutkan iaitu 450.3 pada tahun 1988.

Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Keith Copher, Ketua Penguatkuasaan, Lembaga Pengawasan Judi, Nevada, yang mendedahkan antara 450 hingga 500 pekerja ditangkap setahun kerana terbabit dalam aktiviti perjudian haram dalam satu daerah.

Menurut Schaff, Counselor for the Department of Corrections in Wisconsin “In the most desperate phase of compulsive gambling, they will do anything to gamble,” “They start stealing money from their spouses, family . . . they’ll get money anyhow, anywhere. They’ll do forgeries, embezzlements, thefts. It’s mostly white-collar crime.”

Tidak ketinggalan, judi turut menjejaskan kadar percukaian negara. Menurut Tom Grey, President of National Coalition Against Legalized Gambling, “We have studies that show for every dollar you bring in gambling revenue, you’ll lose $1.90 in costs to the taxpayer,” he said. It’s as simple as ABC, “the addiction, the bankruptcy, the crime and corruption that you already have will just multiply with this expansion.” … “If you’re not fighting it, it’s like cancer and will metastasize and take you over,”. Sila rujuk http://www.citizenlink.org/FOSI/gambling/cog/A000002180.cfm

Semua bukti ini menunjukkan bahawa judi langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada negara, apatah lagi kepada individu yang terbabit.

Justeru, tunaikan hak semua agama dan hak rakyat untuk mendapatkan kebaikan dan hidup aman damai. Saya yakin ia bertepatan dengan manifesto Pakatan Harapan. Saya juga yakin masyarakat Islam akan memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pentadbiran yang ada pada hari ini jika kita bertegas.

Segerakanlah penubuhan jawatan kuasa membabitkan semua agama untuk membincangkan isu yang telah menjadi barah ini. Baharulah dikatakan Amanah bukan PAN lagi.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post ‘Judi hak orang bukan Islam’ satu ungkapan salah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sejak bila pula parti politik Malaysia ada kerajaan?

$
0
0

SEJAK bila Pakatan Harapan (PH) ada kerajaan atau Barisan Nasional (BN) ada kerajaan? Kerajaan adalah kerajaan. Tidak ada istilah kerajaan baharu, kerajaan lama, kerajaan PH, kerajaan BN.

Ada ke nama kerajaan baharu, kerajaan lama? Kerajaan PH atau kerajaan BN, kerajaan PAS atau apa lagi? Yang hanya adalah Kerajaan Malaysia, kerajaan negeri-negeri dan kerajaan tempatan. Kerajaan wujud terlebih dahulu sebelum yang lain, seperti parti politik.

Definisi ‘government’ atau kerajaan adalah sekumpulan manusia (Kabinet) yang bertanggungjawab menguruskan negara secara rasmi. Dalam maksud, kerajaan itu bukan parti politik. Parti politik adalah salah satu unsur, termasuk mengurus dan mentadbir kerajaan

Justeru, gunakanlah dengan betul. Jika tidak ditertawakan orang. Kerajaan sudah wujud apabila tertegaknya sebuah negara, seperti Kerajaan Melayu Melaka dahulu.

Saya kadang-kadang naik malu apabila ramai wakil rakyat dan pembaca berita menyebut kerajaan baru dan kerajaan PH. Kerajaan adalah kerajaan, PH atau BN bukan kerajaan, PH adalah ‘ruling party’ atau ‘governing party’ kepada kerajaan atau parti yang memegang tampok pemerintahan kerajaan.

Kerajaan Malaysia sudah sedia ada. Parti politik datang dan pergi untuk menguruskannya. Sebutlah dengan betul KERAJAAN MALAYSIA. Rakyat tahu ‘ruling party’ atau ‘governing party’ Kerajaan Malaysia adalah PH.

Apabila mewakili negara ke luar negara nanti, bukankah kita mewakili Kerajaan Malaysia, bukan kerajaan PH. Tetapi jika disebut juga kerajaan PH, maka terserlah sangat kebodohannya. Begitu penggunaan ketika BN dahulu apabila meletakkan papan tanda ‘INI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL’, memang terserlah kebodohannya. Sejak bila BN ada kerajaan. Tulislah dengan betul.

Saya menawarkan diri untuk memberikan kursus asas sains politik kepada wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat, sebab bidang saya bidang sains politik, politik dan kerajaan serta pengajian strategi. Saya bukanlah ustaz atau orang agama, seperti yang disebut-sebut.

Mohon bacalah buku yang ditulis oleh Milner bertajuk ‘Kerajaan: Malay Political Culture on the Eve of Colonial Rule’ (1982). Saya fikir sudah sampai masa wakil rakyat banyakkan membaca dan mendatangi kelas asas sains politik agar layak digelar wakil rakyat. Jika tidak, mereka akan bercakap merapu tatkala Dewan Rakyat bersidang.

Bercakap merapu di Parlimen sehingga keluar bahasa kurang ajar dan isyarat lucah seperti kepala bapak, p*****k, f**k dan sebagainya. Kadang kala, peguam pun bodoh juga bila menggunakan isyarat lucah.

Dahulu, kita terperangkap dengan kontroversi agama. Ada Islam Hadhari, ada yang tidak Islam. Islam adalah Islam. Tidak timbul ada Islam Hadhari atau Islam versi baharu atau Islam Badawi atau Islam versi lama. Seperti yang Tun Dr Mahathir akta, Islam adalah Islam. Di sini saya bersetuju dengan Tun Dr Mahathir apabila berkata ketika mempengerusikan mesyuarat Perkim.

Jika mahu juga gunakan baharu dan pengunaan PH. Maka sebut dengan betul Kerajaan Malaysia baharu. Sebut terlebih dahulu Kerajaan Malaysia. Kerajaan Malaysia PH. Baharulah cun dan betul. Kadang kala saya lihat dalam soal ini, negara Indonesia lebih terkehadapan. Mereka tahu menggunakan istilah dan penggunaan bahasa yang betul.

Misalnya, apabila memberikan gelaran nama rakyatnya. Indonesia menggunalah istilah orang Indonesia. Orang Indonesia Tionghua, orang Indonesia Acheh, orang Indonesia Jawa dan lain-lain. Nama negara didahulukan berbanding yang lain.

Kita di Malaysia tidak. Apabila ditanya, kamu orang apa? Maka jawabnya: “saya orang Cina, Melayu, India, Iban dan lain-lain”. Tidakkah boleh disebut saya orang Malaysia Cina, saya orang Malaysia India, begitulah seterusnya.

Lebih malang lagi, ada dalam kalangan kita yang pergi keluar negara, malu untuk mengaku sebagai ‘orang Malaysia’. Apabila ditanya oleh orang luar, mereka menjawab, ‘I am Chinese’, ‘I am Indian’, ‘I am Malay’ bukannya ‘I am Malaysian’. Sebab itulah semangat patriotik kita berbanding orang Indonesia jauh ketinggalan.

Saya amat yakin semangat patriotik orang Indonesia sangat tinggi meskipun mereka berada di rantau orang. Sebab itu mereka tetap kekal jati diri dan semangat keindonesiaannya. Ke mana kita pergi dan lihat, budayda dan bahasa Indonesia mereka begitu pekat dan mereka tidak segan silu mengatakan mereka orang Indonesia meskipun bekerja sebagai buruh.

Berbanding dengan kita rakyat Malaysia, minta maaf cakap. Kita rasa malu untuk berbahasa Melayu atau mengaku orang Malaysia. Kita rasa ‘inferiority complex’ atau perasaan rasa diri kecil atau tidak bagus.

Lebih menjengkelkan lagi, loghat bahasa atau bunyi bahasa kita berubah apabila bercakap dengan bangsa lain. Bila bertemu Cina atau India, bahasa Melayu kita menjadi bunyi Cina atau bunyi India. Buktinya, akan kedengaran suara, ‘tokey, ini balang belapa halega?’, bahasa betulnya, berapakah harga barang ini?

Begitu juga apabila kita bertemu dengan orang Indonesia, bahasa kita masuk ke dalam bahasa mereka, akan kedengaran kata-kata; ‘mau ke mana dong’, ‘sila mampir dulu’. Jika masuk dalam bahasa Indonesia tidak mengapa lagi sebab serumpun. Tetapi apabila bercakap dengan bangsa asing, bahasa sendiri menjadi asing. Apa sudah jadi?

Sebab itu, tajuk minggu ini walaupun kecil, sebab ada merasakan tidak penting kerana hanya berbahas soal istilah, tetapi inilah asas-asas kenegaraan atau asas-asas menanamkan semangat patriotik. Bayangkan jika kita selalu menggunakan istilah, saya orang Melayu, saya orang Cina, saya orang India, saya Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bila masakah istilah Malaysia akan keluar? Kita hanya bercakap soal bangsa, bukan lebih besar daripada itu iaitu soal negara. Kita hanya bercakap soal parti, parti PH atau BN, bukan lebih besar daripada itu iaitu soal negara. Negara Malaysia. Ini belum saya bahaskan lagi soal agama yang menjadi lebih fundamental.

Kita semua faham, diakhirat nanti, bangsa atau identiti bernegara, tidak ada apa-apa makna. Allah akan menilai apa sumbangan kita kepada agama. Sebab itu, apabila berkata, turutan menyebut, sumbangan kepada agama, negara dan bangsa, bukannya, bangsa, negara dan agama.

Di akhirat nanti, Allah tidak melihat kita dengan rupa paras, bangsa atau apa? Tetapi Allah hanya menilai dengan iman dan takwa iaitu sumbangan kita kepada agama.

Justeru, saya mohon, panjang lebar saya membahaskan istilah, maka gunakanlah istilah ini dengan betul supaya tidak ditertawakan orang.

Cukup-cukuplah bercakap soal parti, cakaplah yang lebih besar dan betul. Kerajaan Malaysia, orang Malaysia, bukannya kerajaan PH, BN, orang Cina, India dan Bumiputera. Kita adalah rakyat Malaysia, orang Malaysia, yang hanya dibezakan dengan bangsa.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Sejak bila pula parti politik Malaysia ada kerajaan? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Melayu, Bumiputera lebih banyak terkorban, berkorban pertahan negara

$
0
0

SAYA tidak pernah dengar lagi, desakan dan tuntutan Bumiputera Sabah dan Sarawak agar kerajaan mendirikan sekolah berasaskan kaum di sana, seperti sekolah jenis kebangsaan (SJK) Kadazan, Murut, Dayak, Iban, Melanau dan sekolah-sekolah berasaskan kaum yang masih banyak lain di sana.

Bumiputera Sabah dan Sarawak hanya mahukan sekolah aliran kebangsaan. Ini kerana sekolah inilah yang menyatukan mereka selama ini. Saya mohon, agar pemimpin ultra kiasu supaya membuat kajian kenapa perpaduan kaum Sabah dan Sarawak begitu mantap berbanding di Semenanjung.

Puncanya tidak lain, bahasa dan sekolah menyatukan mereka. Jika ada orang, termasuk Ahli Parlimen Cina Sabah dan Sarawak yang tidak fasih berbahasa Melayu, semuanya disebabkan oleh produk yang dikeluarkan oleh SJK Cina (SJKC) dan Sekolah Persendirian Cina di sana.

Sebab itu saya cukup tabik kepada sikap toleransi Melayu dan Bmiputera Sabah, kerana sanggup membenarkan SJKC dan Sekolah Persendirian Cina beroperasi, didirikan dan dibina secina-cinanya di tanah tumpah darah mereka sendiri. Sedangkan, sekalipun Bumiputera di sana tidak pernah menuntut sekolah berasaskan kaum mereka.

Dalam kata lain, bahasa Bumiputera Sabah Sarawak tidak terdarjat, bahasa asing menjadi berdarjat.

Mana kita dapat jumpa toleransi sebegini di dunia ini kecuali di Malaysia. Terima kasih Bumiputera Sabah dan Sarawak. Saya amat menghargai toleransi saudara semua.

Justeru, bersyukurlah. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Tidak ada negara di dunia ini yang sanggup berkorban, membenarkan bahasa asing berkembang secara akademik, sedang bahasa mereka sendiri seolah-olah merempat di bumi sendiri.

Sebab itu saya mohon Bumiputera Sabah dan Sarawak supaya sentiasa berhati-hati dengan ultra kiasu. Mereka tidak boleh diharap untuk memimpin negara. Saya tidak boleh bayangkan jika mereka ini mendapat kuasa penuh suatu hari ini nanti.

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang telah dan akan disambut nanti, sudah sampai masanya perkara ini difikirkan demi masa depan Malaysia yang gemilang.

Ingin saya bertanya, adakah ultra kiasu turut memperjuangkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak ketika negeri-negeri ini dijajah sepertimana keadaan yang sama di Tanah Melayu? Kita selalu didendangkan nama Mat Salleh, Antanum, Rentap, Sharif Masahor, Abdul Ghapur, Penghulu Asun dan lain-lain nama Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Adakah nama ultra kiasu turut tersenarai?

Saya berani mengatakan bahawa peranan mereka yang berhijrah dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, tidaklah sebesar penduduk pribumi atau Bumiputera. Ternyata, Melayu dan Bumiputera lebih banyak terkorban dan berkorban daripada yang lain dalam mempertahankan pertiwi ini.

Selaku orang Cina (Muslim) yang mengkaji sejarah China, saya cukup kagum dengan bangsa Cina (China) ketika berinteraksi dengan alam Melayu (Tanah Melayu) sebelum berlaku penjajahan Barat. Ketika itu, ternyata, orang Cina begitu menghormati orang Melayu.

Begitu juga orang Melayu begitu menghormati orang Cina. Boleh sahaja negara China ketika itu menjajah Tanah Melayu kerana mereka mempunyai armada yang kuat. Tetapi China tidak melakukan sedemikian atas sifat sebagai bangsa yang bertamadun dan mahu terus mengekalkan ketamadunannya itu.

Dalam sejarah China, negara besar ini tidak pernah menjajah negara yang menjadi destinasi persinggahan dalam urusan perdagangan dan pendakwahan. Islam turut disebarkan ke alam Melayu melalui China. Namun, keadaan ini mula berubah apabila pupusnya sistem beraja, dan digantikan dengan sistem komunis 1912.

Apabila orang Cina diresapi dengan ideologi komunis, diikuti dengan penghijrahan besar-besaran berlaku, mereka mula berubah. Islam tidak dapat lagi berkembang di sana. Mereka yang berhijrah turut membawa dan menyebarkan ideologi komunis. Sifat mulia sebagai bangsa yang bertamadun mula pudar dan bermula episod ultra kiasu ini.

Akhirnya, bersempena dengan Hari Kebangsaan ke-61 yang telah disambut dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September, marilah kita buang semua sifat ultra kiasu ini.

Berfikirkan untuk membangunkan negara bukan membangunkan bangsa. Kita akan menyesalkan suatu hari nanti jika terus membangunkan bangsa tanpa memperdulikan orang lain, terutama Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Melayu, Bumiputera lebih banyak terkorban, berkorban pertahan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Syariat menyatupadukan umat Islam bukan kiswah Kaabah

$
0
0
SAYA berasa sangat bersyukur apabila hukuman sebat yang dilaksanakan ke atas pesalah lesbian di Terengganu, mendapat sambutan dan sokongan positif daripada parti politik Islam, seperti UMNO (kecuali KJ) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang lain.

Dalam kata lain, Islam menyatukan kita atau syariat Islam menyatukan kita. Biarlah mereka yang sekular dan ultra kiasu menyalak, sebab kita tahu latar belakang mereka. Ini kain kita, bukan kain mereka. Lagipun kita tidak pernah jaga kain mereka.

Suara-suara sokongan ini sudah tentu akan menakutkan ultra kiasu. Memberikan satu lagi isyarat bahawa majoriti umat Islam mahu hidup dalam sistem nilai Islam. Jangan cuba campur tangan dan ganggu-gugat urusan kehidupan orang Islam. Inilah hikmah di sebalik hukum Allah Subhana Wa Tala, meskipun belum dilaksanakan sepenuhnya, tetapi sudah menampakkan hikmahnya.

Belajarlah daripada apa yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Brunei.

Jika kita boleh berbangga dengan hukuman atau undang-undang Barat yang begitu kejam, kenapa kita begitu buruk sangka apabila ia dikaitkan dengan Islam yang sudah terpancar keadilannya. Nampak sangat hati mereka telah berkarat.

Tidak mustahil, suatu hari nanti, mereka yang menentang akan turut dikenakan sebat kerana terjebak dalam kesalahan yang sama. Saya yakin mereka yang menentang ini, terdiri daripada kalangan yang suka melanggar dan memperlekehkan hukum Allah.

Sepatutnya, hari ini kita kena fikirkan apakah lagi nilai-nilai baik agama (Islam) dapat dilaksanakan. Saya amat yakin jika syariat Islam dilaksanakan secara berhikmah, pasti akan terpancar keberkatannya.

Dalam maksud, Islam akan menyatukan kita, bukan yang lain, termasuk kiswah, yang mahu dipamerkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saya begitu teruja membaca kenyataan Najib mengenai kiswah yang berada dalam simpanan, yang dihadiahkan oleh pemimpin Arab Saudi.

Menurut Najib, kain kiswah ini dibuat setiap tahun dengan menggunakan 670 kilogram benang sutera dan benang-benang emas dan perak seberat 150 kilogram.


Ia adalah yang paling berharga dan bermakna, kerana bahagian Multazam yang ada banyak tenunan dan hiasan benang perak dan benang emas untuk menutup pintu Kaabah. Menurut beliau lagi, bahagian kiswah ini tidak boleh dinilaikan harga (AS$20 juta). Beliau juga memberitahu bahawa Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud menghadiahkannya secara peribadi.

Selain itu, kata Najib, beliau pernah dianugerah darjah kehormat tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) – satu anugerah yang menurutnya tidak pernah diberikan kepada mana-mana Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Pada saya semua gelaran dan hadiah itu sudah tidak ada maknanya, apabila persepsi umum telah menutup 999 kebaikan dan satu ‘kesalahan’ yang pernah dilakukan. Cuma satu, pesanan saya sebagai insan kerdil ini yang tidak pernah putus mempelajari dan memahami Islam. Hadiah dan anugerah manusia tidak akan menyatukan dan membahagiakan kita, melainkan ia datang daripada Allah Subhana Wa Tala.

Kiswah dan anugerah Arab Saudi tidak akan menyatukan kita melainkan Islam? Kaabah tetap Kaabah meskipun tanpa kelambu atau kiswah. Apa yang perlu dibanggakan dengan kiswah? Apakah tidak menjadi namanya Kaabah tanpa kiswah. Apakah Kaabah menjadi kurang suci tanpa kiswah?

Menjadi kebimbangan saya dengan mempamerkan kiswah ini akan menambahkan khurafat yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Ada yang menyimpan perca kain kiswah sebagai tangkal dan azimat. Inilah perlakuan yang kita lihat dalam kalangan jemaah yang menunaikan haji apabila mendapat kesempatan melihat kiswah ditukar baharu.

Sama juga seperti kepercayaan segelintir kita terhadap air zam-zam. Seolah-olah air zam-zam itu adalah segala-galanya. Maka dihurung air zam-zam merata untuk diminum agar yang jahat bertukar baik, yang bodoh menjadi pandai.

Jika begitulah keadaannya, sudah tentu manusia yang paling baik, paling cerdik, paling kuat dan segala paling lagi, adalah orang Arab, terutama Arab yang tinggal berdekatan dengan Kaabah. Rasionalnya, setiap hari mereka menghirup air zam-zam, setiap hari memandang Kaabah, setiap hari boleh menunaikan umrah, setiap tahun menunai haji.

Persoalannya, kenapa negara Arab jauh ketinggalan berbanding negara bukan Islam yang tidak ada Kaabah dan air zam-zam.

Sebab itu selalu saya katakan, Islam bukan soal kiswah Kaabah dan air zam-zam. Islam adalah bercakap soal akidah dan kepercayaan jitu kepada keesaan Allah Subhana Wa Tala, terutama dalam melaksanakan segala titah dan perintahNya.

Memahami budaya Melayu, sebarang perkara yang datang daripada Makkah semuanya dianggap sebagai mempunyai barakah meskipun barang itu ‘made in China; atau ;made in India;.

Justeru, saya menasihatkan Najib supaya tidak berasa bangga dengan kiswah yang dimiliki, apatah lagi untuk mempamerkannya, sama ada di Kuala Lumpur atau Pekan.

Pada hemat saya, apa jua tindakan yang yang cuba dilakukan Najib tidak akan dapat memulihkan imejnya kerana persepsi rakyat terhadap beliau dan keluarga buat masa ini terlalu negatif, meskipun tidak dapat dinafikan pada zaman beliau banyak pembangunan dapat dilihat dan Islam begitu subur berkembang berbanding masa kini.

Nasihat saya kepada Najib Razak buat masa terdekat ini, cubalah dekatkan diri dengan Allah Subhana Wa Tala. Fikirkan cara supaya keluarganya menjadi lebih Islamik, seperti menyuruh isterinya, Rosmah memakai tudung, menjadi muslimah sejati.

Begitu juga anak-anaknya. Rakyat akan berasa senang hati jika dapat melihat Rosmah memakai tudung, berubah sedikit berbanding dahulu. Begitu juga dengan anak-anaknya yang kelihatan berpeleseran ke sana ke mari.

Mudah-mudahan dengan kembalinya keluarga Najib dan ahli keluarga kepada Allah, imej beliau sekeluarga dapat dipulihkan. Fikirkanlah saranan saya ini.

Yakinkanlah, yang akan menyatukan kita semua adalah Islam, bukan yang lain. Langkah kerajaan Terengganu melaksanakan hukuman sebat, meskipun belum sepenuhnya, sepatutnya disokong oleh semua pihak, terutama yang beragama Islam tanpa berbalah-bahagi.

Ini tidak, belum apa-apa lagi, mereka yang tidak kena sebat dah bising dan melenting. Yang kena sebat tidak berkata apa-apa, melainkan mengalirkan air mata penyesalan.

Malangnya, yang tidak ada kena mengena pula sanggup menghina dan mencerca. Mereka dapat menerima hukuman gantung sampai mati, tetapi hukuman sebat yang begitu ringan, sanggup dipertikaikan. Sudah matikah hati mereka ini?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Syariat menyatupadukan umat Islam bukan kiswah Kaabah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Henti kahwin gadis bawah umur

$
0
0

SAYA hampir nak termuntah apabila membaca berita hampir sama sebelum ini mengenai gadis bawah umur, 15 tahun di Kelantan dilaporkan berkahwin dengan lelaki duda hampir tiga dekad lebih tua daripadanya. Akad nikah telah berlaku di Tumpat Julai lalu, selepas Mahkamah Syariah memberi kebenaran.

Ibu bapa gadis itu, yang mempunyai 12 anak lain, berkata mereka merestui perkahwinan anaknya dengan lelaki berusia 44 tahun itu kerana mahu anak mereka memperoleh kehidupan yang lebih baik. Apakah jaminan bahawa mengahwinkan anak gadis bawah umur dengan lelaki ‘tua’ akan bahagia?

Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita seorang suami berumur 41 tahun mengahwini isteri ketiga berumur 11. Tidak puas lagikah dengan dua isteri sehingga memilih gadis bawah umur untuk dijadikan isteri ketiga. Saya berasakan seolah-olah berada di Indonesia atau Afrika Selatan. Orang Afrika Selatan pun tidak melakukan perkara sebegini.

Jika nak sangat berkahwin, tidak puas lagi menambah isteri, maka carilah calon seterusnya dalam kalangan janda-janda susah yang memerlukan perlindungan. Melambak di pasaran. Usahkan dua, tiga, empat pun saya tidak kisah. Tetapi jangan cari kanak-kanak berusia 11 tahun – 15 tahun. Adakah kita tidak terasa malu, mengahwini orang yang sebaya dengan anak atau cucu kita?

Tindakan dan berita sebegini hanya merosakkan imej agama Islam yang mulia. Sudahlah sebelum ini imej agama kita tercalar teruk dengan isu-isu negatif seperti, terrorisme, gejala sosial, perpecahan dan pelbagai lagi ‘penyakit’ umat Islam.

Pendek kata, sebut sahaja Islam, yang tergambar di kepala bukan Islam, hanya keburukan, tidak banyak kebaikan. Tidakkah agama Islam itu penuh dengan kebaikan? Kenapa tidak ditonjolkan perkara yang baik itu? Kenapa hanya hak buruk sahaja yang diberikan publisiti?

Saya tidak kata, perkahwinan gadis bawah umur itu salah! Jika ada keperluan dan justifikasi, apa salahnya. Tetapi berpada-padalah, fikirkan mengenai orang lain yang lebih memerlukan, bukan melunaskan nafsu sarakah yang tidak pernah puas.

Tindakan sebegini hanya akan merosakkan imej Islam. Maka tidak hairanlah jika orang bukan Islam tidak memeluk agama Islam disebabkan oleh perangai kita amat hodoh ini.

Justeru, saya ingin mencadangkan beberapa perkara:

Pertama, umat Islam perlu memikirkan perkara lebih besar bukan hanya seks semata-mata. Untuk merasionalkan bukan Islam mengenai isu kahwin empat, masih lagi sukar, inilah pula perkahwinan kali ketiga dan keempat dengan menyasarkan kanak-kanak. Keadaan sudah tentu menjadi bertambah rumit. Islam akan dipersepsikan sebagai agama yang ‘kuat seks’.

Kedua, perkahwinan dengan kanak-kanak bawah umur tidak salah, tetapi menjadikan anak-kanak sebagai objek seks itu salah kerana ini akan merosakkan imej Islam. Orang bukan Islam akan berfikir Islam ini agama yang terlalu fokus pada seks. Lelaki Islam dipersepsikan berimaginasi liar.

Ketiga, sudah tiba masanya lelaki Islam yang bergelar imam solat ini, yang mempunyai banyak duit, memikirkan orang lain dan menyelamatkan mereka. Kahwinilah janda yang masih ramai di luar sana, bukannya budak kecil yang belum kenal dunia yang sebenar.

Keempat, alasan ibu bapa anak bawah umur itu kerana tidak tahan menanggung beban dengan anak yang begitu ramai, sukar untuk diterima.

Jika begitu keadaannya, tahu tidak mampu menanggung anak ramai, janganlah terlalu banyak beranak. Betullah anak itu rezeki, tetapi pada masa sama ‘ukurlah baju di badan sendiri’.

Takkan kerja orang perempuan asyik beranak sahaja. Habis tu, lelaki kerja apa? Buat anak? Saya sudah naik lemas dengan pasangan umat Islam sebegini. Merosakkan imej Islam menggunakan hujah ‘anak itu rezeki’.

Jika begitu keadaannya, semua orang boleh beranak ramai, tidak perlu merancang. Persoalannya, mampukah kita melahirkan anak-anak yang berkualiti?

Bandingkan dengan orang Cina, mereka beranak dua tiga orang sahaja kemudian berhenti. Mereka akan pastikan dua tiga orang anak yang dilahirkan benar-benar berkualiti. Mendapatkan makanan secukupnya, berkhasiat serta mendapat pendidikan terbaik.

Sebab itu, jarang sekali melihat anak-anak Cina, melepak, menghisap dadah dan merempitkan. Maaf, bukan tujuan saya membuat perbandingan, melain kebenaran.

Bagaimana dengan kita, beranak berbelas-belas, ada anak yang berperut buncit, berhingus tidak terjaga. Pendidikan entah ke mana. Justeru, berubahlah wahai umatku. Saya bukan menghalang orang Islam beranak ramai, tetapi cerminlah diri. Ukur baju di badan sendiri.

Jika tidak mampu menyara anak, janganlah terlalu banyak beranak. Adakah dengan mengahwinkan anak di bawah umur, benar-benar dapat meringankan beban?

Persepsi masyarakat kita seolah-olah kita ‘menjual’ anak. Oleh kerana tidak mampu menanggung kita pun kahwinkan bagi meringankan beban. Sudah anak-anak yang tidak berdosa akan ‘trauma’ kerana disindir dan dihina masyarakat.

Perkahwinan bukan soal meringankan beban, ia adalah ikatan dua hati bagi membolehkan mereka hidup kekal bahagia. Kita tidak mahu mengahwinkan anak perempuan bagi mengurangkan beban.

Kepada lelaki yang berkemampuan, mahu melepaskan nafsu serakah seks kepada perempuan yang muda ‘trang tang tang’. Perkahwinan sebegini sekadar untuk melepaskan nafsu tidak akan bertahan lama. Habis manis sepah dibuang.

Ini bukan soal perkahwinan antara Nabi ﷺ dengan Aishah. Umur Aishah walaupun ketika itu berusia 9 tahun, berbeza dengan umur 11-15 tahun perempuan kita hari ini.

Akhirnya, jika terlalu sangat suka dan teruja sangat berkahwin dengan gadis bawah umur, kahwinlah senyap-senyap. Tidak perlu diperbesarkan hingga menjadi perdebatan umum dan merosakkan imej Islam.

Mohon sangat media-media sosial hari ini, supaya berhentikan menyiarkan berita sebegini. Media musuh Islam dan ultra kiasu sentiasa mengambil peluang dan ruang mensensasikan berita ini bagi merosakkan imej agama kita, supaya agama mereka yang tidak seberapa dipandang mulia.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Henti kahwin gadis bawah umur appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

‘Kiamat’ dah dekat jika dua Cina bertemu mereka cakap Melayu

$
0
0

APA punca sebenar bahasa Melayu (BM) tidak dapat dikuasai di sekolah vernacular, SJKC dan SJKT? Kita tidak mahu, akhirnya guru juga yang dipersalahkan kerana murid-murid bukan Melayu SJKC/T, tidak dapat menguasai dan menghayati BM.

Sedangkan sebahagian besar mereka adalah guru Melayu, guru terlatih. Kenapa tidak bertanya kepada guru-guru Cina bagaimana mereka begitu berjaya mengajar bahasa Cina, sehingga anak-anak Cina menjadi Cina totok, secina-cinanya. Pernahkah kajian terperinci dibuat kenapa dan mengapa orang bukan Melayu (murid-murid SJKC/T) terlalu miskin BM mereka?

Jangan tertipu dengan Cina ultra kiasu. Hakikat BM di mata orang Cina. Jika ada Cina bertemu Cina bercakap BM. Itu tandanya ‘kiamat sudah semakin hampir’. Sebagai orang Cina, sama sekali saya tidak pernah jumpa apabila Cina bertemu Cina mereka berbual menggunakan BM, kecuali Cina seperti saya dan sahabat-sahabat yang berasimilasi dengan majoriti Melayu. Cina yang memahami agenda hidup bernegara.

Cina yang mendukung agenda negara, sanggup mati mempertahankan negara tercinta. Kerana di sinilah tanah tumpah darahku, cinta bersemadi, rasa sayang yang tidak pernah berbelah-bahagi.

Sebab itu, apa jua cara Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di SJKC Cina, sekiranya pandangan Cina terhadap BM tidak berubah, buatlah apa cara sekalipun, BM tetap tidak dapat dikuasai.

Soal bahasa adalah soal penghormatan dan penghayatan. Jika ada rasa hormat, kita akan jiwai bahasa itu. Kepada orang Cina, bahasa Melayu tidak ada nilai.

Sebab itu, saya teruja dengan lagu Santesh, bertajuk Amalina. Seorang penyanyi India dapat menyanyi lagu Melayu. Begitu baik sekali penuh penghayatan, seolah-olah dia seorang Melayu. Kenapa? Jawapan mudah, BM telah meresap ke dalam sanubarinya tanpa disedari. Inilah kualiti BM yang kita mahukan.

Penguasaan bahasa bukan sekadar choral speaking yang bersifat hafalan dan sebagainya. BM dijiwai bukan dihafal. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa negara untuk dijiwai bukan soal ia ada nilai komersial atau tidak.

Jika Cina benar-benar mahu menghayati BM, saya cabar mereka menyanyikan lagu-lagu Melayu, bersyair, gurindam dan berdebat. Tidak cukup sekadar choral speaking. Mampukah mereka melakukan sebagaimana yang Santesh lakukan dengan lagu Amalina?

Maaf, dahulu, kita lihat begitu ramai penyanyi bukan Melayu menyanyikan lagu-lagu Melayu penuh penghayatan seperti D J Dave, Kenny, Remy dan Martin, Andre Goh dan ramai lagi.

Hari ini, bukan tidak ada. Ada, penyanyi bukan Melayu, tetapi bila menyanyikan lagu Melayu, tanpa penghayatan. Nyanyi lagu sedih, muka nampak ceria gembira. Ini bukan penyanyi tetapi penghafal. Kita mahu mencari penghafal bahasa atau penghayat bahasa jiwa bangsa?

Bandingkan Cina di Indonesia dengan Cina Malaysia. Cina di Indonesia, tanpa melihat rupa mereka, cara mereka menggunakan bahasa Indonesia, sebiji macam Indonesia. Seolah-olah mereka bukan Cina tetapi orang Indonesia. Cina itu Indonesia, Indonesia itu orang Cina. Begitulah hebat penguasa dan pemimpin Indonesia, mengindonesiakan rakyatnya yang berbangsa Cina.

Cina Malaysia, tanpa perlu melihat wajah mereka, dengar sahaja sepatah dua BM yang keluar, kita sudah tahu siapa mereka. Terbitlah kata-kata “bulung bulung telebang di angkase”. Inilah kualiti rakyat negara kita yang berjaya kita lahirkan.

Lihatlah cara pemimpin mereka berbahasa Melayu dalam Parlimen. Tahap BM mereka begitu menyedihkan, walaupun tidak semua. Tahap BM pekerja Bangladesh yang tinggal di sini setahun dua, lebih baik daripada warganegara yang tinggal di sini, puluhan dan ratusan tahun.

Tidakkah kita teramat malu apabila terpaksa mengadakan kursus BM kepada ahli-ahli Parlimen bukan Melayu. Bukankah mereka pemimpin yang seharusnya menunjukkan teladan. Menghadami dan menghayati agenda negara? Mereka rakyat Malaysia atau bukan?

Isunya, bukan soal BM diajarkan secara santai atau tidak? Menyeronokkan atau tidak? Menonton filem P Ramlee atau tidak. Edutainment atau tidak. Ini soal SIKAP (attitude dan aptitude) bukan Melayu terhadap BM, selaku bahasa negara. Soal memandang rendah kepada BM.

Menganggap BM sebagai bahasa tidak berguna. Tidak ada nilai. Banyak bercakap BM dianggap seolah-olah dianggap menjadi Melayu. Menjadi Melayu itu seolah-olah sesuatu yang “soi” (sial).

Saya bukan mengapi perkauman, tetapi inilah realitinya yang amat pahit untuk ditelan, tetapi terpaksa diluahkan. Hati terasa sakit ketika menulis artikel ini.

Berapa jam seminggu BM diajar di SJKC? Betapa seksa Kementerian Pendidikan sejak dahulu untuk meningkatkan masa P&P BM SJKC daripada 180 minit seminggu kepada 240 minit seminggu. Itupun ditentang hebat oleh persatuan-persatuan dalam pendidikan Cina seperti Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong.

Dahulu, ada usaha untuk naikkan kepada 270 minit seminggu, tetapi gagal kerana persatuan Cina bersepakat menentang habis-habisan. Kerana, jika waktu BM ditambah, ia akan menjejaskan mata pelajaran bahasa Cina yang lain. Mereka tidak mahu pelajar Cina menjadi separuh Melayu separuh Cina. Tetapi mahu menjadi secina-cinanya. Inikah cara hidup bernegara?

Dahulu, apabila mata pelajaran sejarah diperkenalkan di SJKC (termasuk SK). Keputusan Kementerian Pendidikan, adalah wajib menggunakan BM. Realitinya, ternyata, ia gagal dilaksanakan di SJKC. Sekali lagi, seluruh persatuan Cina menentang. Akhirnya, sejarah diajar dalam bahasa Cina. Bayangkan sejarah Malaysia yang berteraskan sejarah Melayu, diajar dalam bahasa Cina. Apakah di situ ada penghayatan? Semangat patriotisme ke mana?

Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika salah. Saya bersedia bila-bila masa untuk berdebat dengan semua pemimpin persatuan Cina dalam pendidikan. Sediakan masa dan tempat. Saya akan hadir termasuk jika diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Saya tidak pernah takut. Saya cabar mereka hari ini. Sediakan platform untuk kita berbincang perkara ini dengan serius jika kita benar-benarkan sayang negara tercinta ini.

Saya sayangkan bangsa saya. Teramat sayang, kerana inilah ciptaan Allah yang tidak boleh dinafikan. Tetapi, saya lebih sayangkan negara saya. Saya diajar, apabila kepentingan bangsa bertembung dengan kepentingan negara, maka kepentingan negara mesti diutamakan.

Saya mohon kajian secara serius dibuat untuk melihat kedudukan dan tahap BM di SJKC sebelum kita pergi lebih jauh. Apatah lagi sehingga menyalahkan kaedah P&P guru-guru BM di SJKC.

Soal penguasaan BM bukan masalah guru tidak pandai mengajar BM, tetapi soal sikap orang Cina terhadap bahasa negara ini.

Sebab itulah, jika mahu bukan Melayu menguasai BM, ubah sikap mereka. Jadi BM sebagai syarat asas untuk penerusan hayat SJKC. Jika diberikan tempoh masa, SJKC tidak juga berubah, pencapaian BM masih rendah, tukar status SJKC daripada menggunakan bahasa Cina kepada BM selaras dengan Akta Pendidikan 1996.

Saya amat yakin dengan ada syarat ini, tidak lama, seluruh bukan Melayu akan fasih berbahasa kebangsaan.

Dalam melaksanakan agenda negara, mesti ada unsur ugutan dan paksaan. Inilah yang dilakukan oleh seluruh negara di dunia dalam memastikan cita-cita negara tercapai. Jika tidak, ia hanya kosmetik sahaja.

Apakah kita tidak pernah terbaca, bagaimana persatuan ultra kiasu mensyarat guru-guru BM mengajar di SJKC, mesti mempunyai kredit dalam bahasa mandarin peringkat SPM? Maknanya, guru Melayu yang mahu mengajar di SJKC mesti datang daripada SJKC dan SMJKC atau Sekolah Persendirian Cina.

Amat sedih sekali mendengar, kegagalan murid-murid SJKC dalam BM disebabkan oleh guru-guru yang tidak pandai mengajar, sedangkan sosialisasi politik mereka penuh dengan kecinaan yang lebih Cina daripada orang negara China. Saban hari bercakap Cina, baca akhbar Cina, tonton filem Cina, dan semua sosialisasi Cina.

Bolehkah kita memandaikan anak-anak Cina dengan persekitaran penuh kecinaan. Berikan satu bukti kepada saya, terdapatkah negara sebaik Malaysia yang begitu banyak memberikan kelonggaran kepada rakyat dalam melaksanakan agenda hidup bernegara.

Hampir tiada di dunia. Tetapi inilah Malaysia. Kita sanggup gagal hidup bernegara, asalkan kita dapat mengekalkan kuasa. Kita terus berpolitik. Hiba sungguh hati ini. Air mata mengalir tanpa disedari.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post ‘Kiamat’ dah dekat jika dua Cina bertemu mereka cakap Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Terlalu ramai jadi lalang, ikut arah angin bertiup

$
0
0


TERLALU ramai jadi lalang hari ini, ikut arah angin bertiup. Hidup tidak berprinsip. Maruah letak di mana? Benar, kita perlu menerima hakikat kerajaan yang dipilih rakyat, tetapi takkan sampai tidak boleh ditegur. Kerajaan bukan malaikat. Kerajaan ditadbir oleh sekumpulan manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Sebab itu, jangan terlalu bongkak. Kuasa boleh datang dan pergi. Nasib yang dialami oleh Barisan Nasional (BN) selepas PRU14, harus dijadikan iktibar, bahawa setiap sesuatu yang ada di dunia ini tidak kekal. Datang dan pergi. Timbul dan tenggelam. Yang kekal hanya Allah.

Juara Pencetus Ummah (PU) 2015, Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, beliau berdepan suasana yang berbeza sekarang berbanding ketika BN memerintah Malaysia. Katanya, disebabkan teguran yang diberikan kepada Pakatan Harapan (PH), penerbit program realiti itu, Astro, memberi teguran kepadanya.

Menurut Syed Bakri, dia diminta memperlahankan ‘teguran’ yang dibuat ke atas kerajaan. Berbeza masa BN memerintah dulu, beliau ada juga membuat teguran yang hampir sama, tetapi Astro tidak pula berbunyi.

Biasalah saudara Syed Bakri, itulah resmi lalang, bila ditiup angin. Ikut mana arah angin bertiup.

Kata Syed Bakri, program bersama astro yang dijadualkan, terpaksa dibatalkan kerana ada tangan-tangan di atas yang memberikan arahan.

Saya sudah masak dengan permainan dunia media yang telah saya ceburi hampir 30 tahun. Nasihat saya kepada adik-adik, terutama pendakwah-pendakwah yang gila mencari publisiti untuk masuk TV, untuk meneruskan hayat periuk nasi, jadilah orang bermaruah seperti PU Syed.

Dakwah bukan sekadar hanya masuk TV. Ruang dakwah terlalu besar untuk kita sebagai pendakwah. Cuma, bersedialah untuk menerima cabaran dalam dakwah. Ambil pengajaran, pendakwah-pendakwah terdahulu, sehingga nyawa jadi gadaian. Kita masih terlalu jauh untuk menghampiri mereka.

Jangan kerana tidak dapat masuk TV, kita terpaksa gadai maruah dan prinsip. Terimalah hakikat bahawa kuasa bukan di tangan kita. Mereka yang berkuasa berhak melakukan apa jua ke atas kita meskipun kita tidak bersalah. Sebab itu, saya simpati dengan nasib PU Syed Bakri.

Untuk makluman PU Syed Bakri, saya adalah hos pertama rancangan realiti Pencetus Ummah terbitan Astro Oasis. Saya berjaya menaikkan populariti rancangan realiti ini melebihi sasaran yang ditetapkan, menjadi gilaan tontonan jutaan penonton.

Klip video saya menjadi viral ketika pentas akhir PU, meskipun saya bukan finalis, sehingga menenggelamkan finalis yang lain. Bukan ujub atau bongkak, tetapi itu yang penerbit beritahu selepas tamat program.

Selepas selesai program realiti itu penerbit rancangan berkenaan telah menempah (booked) saya untuk musim seterusnya. Saya pun bersetuju atas nama dakwah.

Namun, ketika rancangan PU musim kedua mahu berlangsung, maka tangan-tangan jahat di atas pun memberikan arahan supaya dihentikan saya, gara-gara artikel saya yang pernah mengkritik kaum tertentu yang menjadi orang kuat Astro.

Nasihat saya kepada semua pendakwah yang membabitkan dunia media, terimalah hakikat bahawa kuasa bukan di tangan kita. Kita boleh ‘digam’ bila-bila masa jika mereka mahu.

Jangan takut untuk terus berkata benar kerana takut digam. Ruang dakwah kita terlalu besar di luar sana. TV dan media hanya alat, ruangnya terlalu kecil untuk orang seperti kita masuk. Sedangkan badan kita begitu besar untuk masuk ke screen TV.

Ingatlah, rezeki bukan di tangan mereka, tetapi di tangan Allah. Mereka yang berkuasa perlu menjawab di akhirat nanti.

Saya telah mencebur diri dalam dunia media hampir 30 tahun. Pahit maung, asam garam telah dilalui, sehingga diberikan panggilan artis atau selebriti TV. Ke mana pergi, semua mengenali. Mungkin itulah kuasa dunia media. Mudah dikenali.

Bezakan kita dengan selebriti TV yang lain. Biar kita dikenali dengan ilmu di dada, bukan populariti lain yang penuh sensasi, manipulasi dan kontroversi.

Banyak kali saya telah digam. Paling teruk, pada zaman anak mamak menjadi Menteri Penerangan dahulu, yang pada hari ini begitu banyak bercakap. Kritik sana, kritik sini, seolah-olah dia terlalu bagus.

Walhal pada zaman beliaulah, paling ramai pendakwah dan pembangkang digam masuk TV. Seolah-olah TV itu bapa dia yang punya. Sehinggakan mereka yang memakai kopiah pun tidak dibenarkan masuk TV. Begitu juga pembaca berita, langsung tidak dibenarkan memakai tudung. Siapa dia? Fikirlah sendiri.

Kini, kerajaan yang dipimpin oleh PH berkata mereka begitu terbuka dan sedia dikritik dan macam-macam lagi janji manis.

Justeru, saya mohon, jangan hanya manis dibibir. Tanam tebu di tepi bibir. Berilah ruang dan peluang kepada mereka yang ikhlas, berkata benar dan menjalankan kerja amar makruf nahi mungkar untuk masuk TV, selagi mereka berhikmah.

Kepada pendakwah, jadilah manusia bermaruah. Jangan ikut angin, bila kerajaan bertukar, kita berubah 360 darjah. Dahulu penyokong tegar BN, bila kerajaan berubah, mereka menjadi pembodek tegar kerajaan yang baharu memimpin. Maruah kita seolah-olah lebih hina daripada haiwan.

Bukan bermakna kita menjadi pembangkang. Selaku profesional, kita kena terima hakikat, bahawa kita berkhidmat dengan kerajaan sedia ada. Tumpahkan taat setia. Kita perlu menerima segala dasar dan program baharu yang telah dan bakal dirancangkan. Tetapi takkanlah sampai tidak boleh dikritik.

Bila dikritik kita dicop sebagai pembangkang. Maknanya, kita mahukan bila berlaku pertukaran kerajaan, seolah-olah kita mahu melahirkan pembodek tegar demi untuk mengekalkan kuasa dan jawatan. Maruah kita di mana? Percayalah, semua itu hanya sementara. Kita akan ditanya di mahkamah Rabbul Jalil.

Pendakwah dan apa jua profesion kita, tidak wajar menjadi peminta. Seolah-olah apabila tidak dapat masuk TV, pintu rezeki tertutup, dakwah terbantut. Pelihara maruah kita supaya berbeza daripada makhluk lain.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Terlalu ramai jadi lalang, ikut arah angin bertiup appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

YB! Jangan tayang body, hodoh

$
0
0

YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang negarawan, bukan artis. Negarawan pada masa sama adalah selebriti, kepunyaan masyarakat, tumpuan khalayak. Khalayak memandang kita. Dalam kalangan khalayak ada kawan, ada lawan.

Justeru, berhati-hati. Kita sudah dewasa YB, dan bukan budak-budak lagi. Jika bersinglet sekalipun tidak wajar dipaparkan. Inikan pula tidak berbaju.

Apa tujuan mengambil gambar tanpa berbaju untuk tontonan ramai? Tayang body ke YB? Hodoh sangat. Mengambil gambar sedang mandi tidak berbaju untuk kegunaan sendiri tidak salah. Tetapi, menjadikan ia tontonan ramai itu salah, kerana bertentangan dengan norma kehidupan dan budaya Melayu Islam.

Jika yang melakukannya bukan Islam, tidaklah kisah sangat. Tetapi bila beragama Islam, kena fikir banyak kali.

Sama seperti gambar insiden YB bekas Menteri Belia dan Sukan bersalam dengan YB Menteri Belia dan Sukan hari ini. Bersalaman itu adalah betul dan dituntut sebagai lambang budaya yang selari dengan Islam. Islam menganjurkan apabila bersalaman, genggam tangan saudara kita, pandang mukanya, senyum, sebagai tanda eratan ukhuwah.

Salahnya, bekas Menteri Belia dan Sukan apabila bersua, Menteri Belia dan Sukan sekarang menghulurkan tangan, maka disalat sahaja oleh bekas menteri, tanpa memandang kepada mukanya. Seolah-olah YB menteri itu bukan siapa-siapa. Saya yakin ia dilakukan dengan niat.

Itu salah YB. Apakah YB merasakan sesuatu kerana tempat YB kini telah diambil oleh seseorang yang lebih muda daripada YB?

Itulah yang selalu saya katakan. Dalam politik hari ini kita berkuasa, esok mungkin tidak. Dahulu YB berkuasa, YB boleh lakukan apa sahaja sehingga saya turut menjadi mangsa. Tetapi hari ini YB sudah tidak ada apa-apa. Bukan siapa siapa.

Sebenarnya, YB tidak perlu pun pergi ke lapangan terbang untuk menyambut atlet kita yang berjaya. Biarkan Menteri Belia dan Sukan hari ini dan gerombolannya sahaja yang pergi kerana menteri berkenaan lebih layak. YB hanya bekas, tidak ada lagi kuasa. Pergipun, antara orang pandang dengan tidak pandang sahaja.

Tetapi YB pergi jua. Sudah tentu YB akan bertembung dengan YB Menteri Belia dan Sukan. YB Menteri Belia dan Sukan pada saya begitu profesional sanggup merendahkan diri pergi kepada YB untuk bersalaman, tetapi YB buat selamba, macam tidak pandang sahaja. Netizen nampak, dan boleh merasakan. Ada sesuatu yang tidak kena kepada diri YB.

YB kena menerima hakikat. YB sudah tidak ada kuasa. Buanglah sifat yang selama ini berserabut dalam diri YB. Jadilah YB yang ‘low profile’ dalam mendaki kareer politik mendatang. Manalah tahu YB akan naik semula. Jangan mangsakan saya lagi. Tetapi perjalanan itu saya lihat masih sukar.

Untuk makluman YB, saya sudah lama berkecimpung dalam media. Saya artis dan selebriti TV. Bukan soal wartawan atau netizen suka viralkan isu kecil berbanding isu besar. Segala gerak geri dan tutur kata YB sentiasa diperhati. Justeru, kenalah sentiasa berhati-hati.

Kita tidak wajar marah wartawan kerana memetik hanya isu kecil dengan melupakan isu besar. Wartawan kerjanya mencari berita dan menjual berita. Mereka berniaga. Berita yang paling sensasi adalah berita yang paling mahal harganya. Sebab itu, mereka akan sentiasa mengekori dan memerhatikan orang sepertii YB dan selebriti seperti artis.

Nasihat saya, sentiasa berhati-hati. Jaga tingkah laku, jaga tutur kata. Sedikit yang kita kata, banyak kepada mereka. Banyak yang kita kata, sedikit kepada mereka.

Misalnya, isu warna stokin dan warna kasut sekolah. Sepatutnya, perkara ini tidak perlu disebut pun. Serahkan kepada juak-juak kita yang berada di kementerian yang kita pegang. Biar mereka yang uruskan segalanya. Tetapi kita mahu berkata juga. Kepada wartawan, berita ini ada nilai komersial. Maka disensasikan. Tular. Jangan salahkan wartawan. Salah diri kita yang tidak cermat ketika berkata-kata.

Isu yang sama juga dalam soal ‘moral policing’. Tidak perlu lagi mengintip atau serbu mereka yang melakukan maksiat kerana dosa peribadi dan mereka berada dalam premis peribadi. Jika mahu lakukan juga, perkemaskan SOP. Niat YB baik, tetapi wartawan melihat di situ ada nilai komersial, maka disensasikan dan viral.

Lagipun YB sudah tentu tahu bahawa akhbar ultra kiasu berbahasa asing ini begitu jahat. Akhbar ini liberal dan anti-Islam sejak dahulu lagi. Silap YB cakap, satu dunia ditular mereka bagi mencari keuntungan. Itulah ultra kiasu.

Sama seperti isu Zakir Naik. Sudah lama wartawan ultra kiasu menunggu ruang dan peluang. Tiba-tiba, tanpa ada angin YB bercakap dan sentuh Zakir Naik. Maka sekali lagi mereka melihat ada nilai keuntungan, maka disensasikan dan tular. Jangan salahkan wartawan, kerana sensasikan berita kecil, salahkan diri sendiri kerana tidak cermat dalam berkata.

YB, jika benar kita dipihak yang benar, YB tidak berkata sedemikian rupa, maka YB ada hak untuk saman mereka hingga ke lubang cacing. Pasti, jika mereka didapati bersalah, mereka tidak akan berani buat lagi. Jika kita tidak berani saman, bermakna, di pihak kita ada juga kelemahannya.

YB, sesungguhnya, kami sebagai rakyat marhaen, amat memahami konsep Rahmahtan Lil Alamin. Kerana rahmat inilah saya memeluk Islam. Insya-Allah, kami akan terus bersama YB untuk mengembangkan konsep yang begitu mulia ini. Tetapi pada masa sama, saya memohon kepada YB cermatlah dalam berkata-kata kerana YB YB semua adalah seorang negarawan.

Manakala, kepada YB yang sudah tidak jadi YB lagi, tidak usahlah menayang, muat turun dalam laman sosial melakukan kerja-kerja dapur menolong isteri, seolah-olah mahu menunjukkan diri sebagai suami yang hebat dengan berbuat demikian. Kelakar sangat sehingga jadi bahan sindiran dan ketawa.

Sepatutnya ketika dahulu sibuk menjadi YB, masuklah ke dapur menolong isteri, baru nampak hebat. Ini tidak, bila dah tidak menjadi YB atau pencen, tidak ada kerja, baru mahu menunjuk-nunjuk menolong isteri, hodoh juga sangat rupanya. Tidak salah, kurang comel gitu. Saya hari-hari ke dapur jika lapang menolong isteri, tetapi tak tunjuk pun.

Ingat YB dan bekas YB, kami hanya rakyat marhaen tidak punya apa-apa, yang sentiasa memerhatikan dan menilai apakah ini kualiti YB YB yang ada sebelum atau selepas.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net). Artikel ini sepatutnya disiarkan semalam, seperti biasa setiap Isnin.

The post YB! Jangan tayang body, hodoh appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Antara ketuanan Melayu, Bumiputera, Cina dan India

$
0
0

TERAMAT sedih melihat apabila seorang menteri bertaraf negarawan tidak dapat membezakan antara perkara pokok dengan ranting. Atau lebih tepat lagi disebut sebagai fiqh awlawiyyat dengan maksud memahami keutamaan. Antara mana dia wajib, sunat, makruh dan haram.

Sebagai ahli politik, menteri dan negarawan, sudah tentu perkara ini sudah menjadi mainan bibir. Namun, ia tidak berlaku. Sudahlah sebelum ini kenyataan demi kenyataan penuh kontroversi. Ini tidak termasuk lagi isu menayang ‘body’, terbaharu isu ketuanan Melayu disensasi. Apabila menjadi viral, maka berlakulah apa yang disebut sebagai defensif.

Memanglah Melayu pada hari ini dilanda pelbagai masalah, seolah-olah Melayu tidak menjadi tuan lagi dalam negara sendiri. Tetapi itu bukan bermakna, kita menjadi celupar dengan berkata, ketuanan Melayu sudah berakhir. Fikir dulu sebelum berkata.

Tidakkah kita sedar bahawa ‘ketuanan’ setiap bangsa yang menjadi majoriti di dunia sentiasa mengakar. Sebut sahaja negara apa, China, India, Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan sebagainya.

Rantau ini asal-usulnya adalah kepunyaan orang Melayu. Sebab itu, seluruh dunia mengenali sebagai kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).

Sudah menjadi lumrah, sesiapa yang menjadi tuan di sesebuah negara itu, bangsa, agama dan institusi monarki (jika ada) akan lindungi atau kadangkala dimaktubkan dalam Perlembagaan. Misalnya, imuniti raja dan agama Buddha di Thailand. Di Thailand, imuniti raja mengatasi segala-galanya atau lebih dikenali sebagai ‘lese-majeste laws’. Undang-undang ini masih digunakan di kalangan negara-negara di dunia ini yang mengamalkan pemerintahan beraja seperti Poland, begitu juga Netherlands dan Sepanyol.

Sesiapa yang mengkritik atau menggugut raja Thailand akan dipenjara lebih 15 tahun tanpa dibicarakan. Undang-undang yang telah berusia lebih 100 tahun masih dipertahankan sehingga ke hari ini.

Seorang aktivis politik Thailand, Daranee Charnchoengsilpakul pernah ditangkap dan dipenjara tanpa bicara pada Julai 2008 kerana mengkritik institusi raja Thai. Begitu juga dengan seorang rakyat Australia, Harry Nicolaides, pengarang dan pensyarah kolej, dipenjarakan pada 31 Ogos 2008 lalu, kerana mengkritik keluarga diraja Thailand dalam novel yang diterbitkan dalam tahun 2005 berhubung akaun perbelanjaan keluarga diraja Thai.

Apakah kita tidak melihat bagaimana umat Islam dihina, dianiaya, dizalimi dan dibunuh saban hari kerana mereka tidak menjadi tuan lagi meskipun berada di tanah air sendiri.

Sebab itu saya sarankan ahli politik bertaraf menteri ini, banyakkan membaca bagi menambah ilmu. Sekadar menjadi pendebat terbaik, itu bukan jaminan kita akan menteri, pentadbir dan ahli politik yang baik dan disegani.

Konsep ketuanan Melayu merujuk kepada kepada Melayu sebagai tuan asal tanah ini. Melayu perlu diberikan hak yang sewajarnya. Inipun sudah termaktub dalam perlembagaan. Nampaknya, penjajah Inggeris lebih faham Melayu daripada kita sebagai rakyat Malaysia

Sebab itu, nama-nama penjajah iaitu bekas-bekas pegawai Inggeris yang memahami Melayu seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O Windsted, Sir George Maxwell, Sir Cecil Clementi, Ronald Bradel dan lain-lain lagi, turut mengingatkan penjajah British yang berpusat di London supaya jangan memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, selepas Perang Dunia Kedua.

Pegawai penjajah yang memahami orang Melayu menasihatkan, jika Malayan Union bertujuan untuk membalas dendam terhadap Melayu dengan menarik hak istimewa Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu, orang Melayu akan bangkit menentang.

Nasihat ini tidak diendahkan Gabenor British berpusat di London, mereka bertegas melaksanakan agenda Malayan Union. Akhirnya, seluruh umat Melayu bangkit menentang Malayan Union sehingga Malayan Union terkubur dan seterusnya negara menuju kemerdekaan. Apakah menteri muda kita tidak belajar daripada sejarah ini? Naif sangat-sangat.

Selaku orang Cina yang memahami sejarah biar saya jelaskan sekali, ketuanan Melayu hanya tinggal nama, sebenarnya tuan adalah orang lain. Hujah saya yang pertama, siapakah yang menguasai ekonomi dan tanah-tanah strategik di negara ini? Siapa yang menjadi taukeh? Siapakah yang menjadi pekerja (hamba). Melayu/bumiputera atau Cina. Lebih dahsyat, membaca iklan perjawatan, “untuk Cina sahaja” atau for Chinese only. Apa! Ini Republik Rakyat China ke?

Kedua, dominasi bahasa Cina dan Sekolah Cina. Media elektronik dan cetak Cina semakin mengakar dengan bersemaraknya sekolah Cina yang bertambah saban tahun, melalui bantuan kerajaan sepenuhnya. Sedih mendengar, apabila ada pemimpin yang berkata, orang Melayu mesti belajar bahasa Cina kerana negara China akan bangkitkan sebagai kuasa ekonomi. Persoalannya, bagaimana pula Cina yang duduk di tanah air tercinta ini tidak perlu menfasihkan diri dengan bahasa Melayu. Kenapa kita begitu naif?

Ketiga, lihat pula budaya mereka berkembang. Tulisan Cina dan budaya Cina dipamerkan di khalayak tanpa segan silu seolah-olah budaya bangsa mereka mengakar dan majoriti. Rata-rata kita lihat, terutama di kawasan majoriti Cina, kebanyakan maklumat seperti banner, bunting, risalah, bahasa pengantara dan lain-lain, semuanya dalam bahasa Cina yang langsung tidak difahami oleh orang Melayu. Semua ini dibenarkan, tanpa kawalan. Sebab itu, apabila tiba musim perayaan, Malaysia seperti negara China, negara India dan negara Kristian. Tenggelam habis identiti Melayu dan Islam.

Keempat dan bukan yang terakhir, lambakan NGO-NGO mereka mengatasi NGO-NGO Melayu. Orang Cina sahaja ada lebih 9,000 mengatasi NGO-NGO bangsa lain termasuk Melayu. Ini tidak termasuk kebebasan menubuhkan persatuan di universiti awam dan awasta. Apabila ada sedikit sahaja hak mereka dicuit, lihat bagaimana mereka bangun dan bersatu. Tetapi kita masih buta.

Jangan haraplah kelibat mereka memakai baju Melayu dan bersongkok meskipun berada di Parlimen dan majlis rasmi, berbanding dengan Melayu yang terhegeh-hegeh memakai pakaian tradisi Cina dan kurta. Rata-rata kita lihat, mereka lebih rela dan berbangga memakai tali leher dan blazer daripada berasimilasi dengan budaya Melayu.

Peliknya, apabila Melayu mengangkat keris yang menjadi simbol dan identiti Melayu seperti yang pernah dilakukan oleh Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Husein ketika Perhimpunan Agong UMNO suatu ketika dahulu, setiap hari akhbar Cina memainkan isu betapa rasisnya Melayu. Pendek kata, apabila Melayu mengagungkan Melayu itu rasis. Apabila mereka lakukan, itu hak selaras dengan konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ketika cuti hari perayaan pula, jika kita cuti hari dua hari. Mereka pun dapat dua hari. Semua ini dilakukan ketika cuti sekolah. Ini tidak termasuk cuti-cuti yang lain. Desakan supaya Deepavali turut diberikan cuti dua hari sudah lama berkumandang. Punya baiklah Melayu tetapi mereka masih tidak puas hati.

Pada hemat saya, sebenar isu ketuanan Melayu sengaja diperbesar-besarkan oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan politik. Mereka sengaja menggunakan isu ini untuk menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu. Dengan harapan selepas ini tidak ada lagi satu bangsa yang mempunyai kelebihan atau keutamaan. Bila semua ini tiada, mudahlah untuk diranapkan.

Apakah kita sudah lupa bagaimana, Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu) mendesak agar hak istimewa ini orang-orang Melayu dihapuskan pada tahun 1999?

Belajarlah…ambillah pengajaran wahai pemimpin negaraku. Lihatlah negara lain bagaimana mereka membina negara bangsa. Contohilah Brunei dan negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia.

Brunei mempunyai will power yang tinggi dalam membina negara. Apa jua perkara yang boleh mematikan ketuanan Melayu Islam di sana, segera diambil tindakan. Hak-hak bukan Melayu diberikan, tetapi dalam batas-batas tertentu, bukannya semuanya Malaysia Boleh!

Demi Allah, saya tidak pernah memusuhi Cina atau bukan Islam yang lain, kerana saya datang daripada lubuk yang sama. Jangan sama sekali pula ada Melayu memusuhi mereka kerana membaca artikel ini. Manusia, apa jua bangsanya, mereka tetap makhluk Allah. Saya hanya mahukan yang berhak diberikan haknya. Manakala, yang tidak berhak, berpada-pada dalam menuntut hak. Jangan pula kita mendiskriminasikan.

Saya hanya sangat benci kepada sikap ultra kiasu mereka yang tidak pernah puas dan sentiasa mahu memutarbelitkan sejarah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net). 

The post Antara ketuanan Melayu, Bumiputera, Cina dan India appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Tidak cukup lagikah mematikan karakter Melayu? Insaflah…

$
0
0

SUDAH lebih enam bulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), masih tidak reda lagi, ultra kiasu asyik menyalah pimpinan kerajaan terdahulu dengan kes salah laku dan rasuahnya.

Satu demi satu kes ditimbulkan dan didendangkan agar rakyat dapat melihat betapa bobroknya kerajaan terdahulu. Tujuannya, seolah-olah mahu mengaburi rakyat, supaya rakyat tidak terlalu menuntut apa yang telah dijanjikan dalam manifesto.

Satu dua bulan tidak mengapa lagi, tetapi hari ini sudah berlarutan enam bulan. Sebab itu, saya sangat teruja dengan nasihat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, agar kerajaan pimpinan PH lebih menumpukan kepada kerja bukan asyik mencari salah orang lain.

Prinsip saya jelas, seseorang itu dibuktikan tidak bersalah, sehingga dibuktikan bersalah. Hukumlah mereka yang bersalah mengikut necara keadilan, jika mereka dibuktikan bersalah.

Sebelum dibuktikan, jangan hukum dan malukan mereka. Itu tidak adil namanya.

Benar, memang mudah mencari salah orang daripada salah sendiri. Lebih menyedihkan jika tujuan mencari salah orang bagi menutupi kelemahan sendiri.

Dewasa ini, sebut sahaja Melayu, maka dikaitkan dengan rasuah. Walhal berapa kerat sahaja Melayu yang menerima rasuah. Mereka inilah yang diberikan publisiti maha hebat.

Bapak segala rasuah iaitu pemberi rasuah dalam kalangan ultra kiasu, tidak pula dihebohkan dan dipublisitikan. Tetapi yang dihebohkan adalah Melayu yang menerima rasuah. Seolah-olah Melayu itu rasuah, rasuah itu Melayu. Tidak pula ditanyakan siapakah bapak pemberi rasuah itu.

Pergilah lihat projek-projek komersial dan perumahan yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, berapa ramai Melayu/bumiputera yang dirasuahkan.

Antara kedua kejahatan ini, mana lebih jahat, yang memberi atau yang menerima rasuah. Sudah tentu bapak segala kejahatan adalah pemberi rasuah iaitu ultra kiasu. Mereka jarang didakwa, yang didakwa adalah penerima.

Di manakah keadilan?

Satu demi satu karakter Melayu cuba dibunuh (character assassination) oleh ultra kiasu melalui rasuah tetapi masih gagal.

Maka, ultra kiasu menukar strategi daripada mereka yang membunuh karakter tersebut, lebih baik jika Melayu sesama Melayu melakukan pembunuhan karakter. Maka mereka sesama berantakan, sebangsa dan seagama.

Pembunuhan karakter adalah tindakan untuk mematikan dan menjatuhkan kredibiliti, nama baik dan reputasi seseorang, institusi (parti), NGO dan sesuatu bangsa. Ini termasuk menyebarkan berita tidak benar, fitnah dan pelbagai lagi bagi mencemar dan merosakkan imej sasaran mereka.

Mereka melakukan pembunuhan karakter atas peribadi seseorang dengan menyebarkan foto-foto dan berita-berita yang ‘direkayasa‘.

Pergoalan politik dunia sebelum ini turut menyaksikan keadaan yang serupa seperti apa yang menimpa nasib Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy; Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto; Perdana Menteri India, Indira dan Rajiv Ghandi; Presiden Filipina, Benigno Aquino dan sebelum itu, Aung San Suu Kyi.

Merekayasa foto dan berita adalah salah satu bentuk tindakan mencemarkan politik lawan. Misalnya mengedarkan foto rekayasa bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang memangku perempuan bernama Aryanti juga bentuk pembunuhan karakter bagi melenyapkan karier politiknya.

Dalam konteks politik Melayu, pembunuhan karakter bagi tujuan untuk merosakkan bangsa Melayu yang dikaitkan dengan rasuah. Akhirnya, Melayu itu rasuah, rasuah itu Melayu

Inilah psywar dan psyops jahat yang selalu dimainkan wayangnya agar Melayu digambarkan dengan watak buruk. Ultra kiasu diangkat seolah-olah merekalah penyelamat.

Akibatnya sedikit demi sedikit Melayu tidak yakin dengan kekuatan bangsa sendiri yang selalu dikaitkan dengan semua perkara negatif. Sehingga akhirnya Melayu malu mengaku dan menjadi Melayu.

Ultra kiasu cuba mematikan watak bekas Perdana Menteri, Najib Razak dengan rasuah berbilion ringgit tetapi nampaknya watak Najib semakin hidup. Perancangan mereka masih gagal. Watak Najib bukan sahaja tidak mati tetapi semakin menonjol.

Malah, seolah-olah hari ramai tertunggu-tunggu, apakah yang akan dicakapkan oleh Najib setiap hari.

Sebelum ini dan sehingga ke hari ini, ultra kiasu cuba untuk mematikan watak Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang, tetapi dengan Islam yang menjadi landasan dan moto perjuangan, karakter Presiden PAS, bukan sahaja tidak mati, malah terus segar.

Justeru, saya mohon agar orang Melayu perlu sedar akan perancangan busuk ini. Kurangkanlah bercakap pasal keburukan sesama sendiri dalam media sosial. Tumpukan apa yang boleh kita sumbangkan untuk membangunkan tanah air ini yang menjadi milik asal.

Hari ini, seolah-olah kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan mahu dihapuskan ultra kiasu.

Kita selalu berhujah, mana mungkin perkara ini boleh berlaku, disebabkan oleh semua ini dijamin oleh Perlembagaan. Raja kita Melayu, PM kita Melayu dan banyak lagi berkaitan dengan Melayu.

Pernahkah kita terfikir dan mengambil iktibar, kenapa negara Fiji tidak diperintah oleh dalam kalangan mereka sendiri (Fijian), tetapi oleh penghijrah iaitu India? Begitu juga dengan orang asal seperti Maori di New Zealand? Jangan pula ada berhujah balas, kenapa Malaysia tidak diperintah oleh orang Asli?

Amat malang jika Melayu masih tidak sedar permainan ultra kiasu. Malah Melayu menjadi seronok apabila ada Melayu yang menerima rasuah dihukum. Sedangkan bapak segala perasuah bebas tanpa apa apa tindakan.

Apakah Melayu selama ini tidak sedar bahawa selama lebih kurang 446 tahun Tanah Melayu dijajah, Melayulah yang bangun sendirian mempertahankan tanah nenek moyang ini? Jangan hanya kerana beberapa orang yang dituduh rasuah, akhirnya kita mahu gadaikan bumi tercinta ini.

Justeru, saya mohon agar pimpinan Melayu PH hari ini berhentilah menyalahkan pimpinan kerajaan terdahulu. Saudara semua adalah sebangsa dan seagama. Cukup-cukuplah memalukan sesama saudara. Mereka yang bersalah akan menerima balasan setimpal. Jika terlepas pun di dunia, mana mungkin terlepas di akhirat.

Fokuslah untuk melakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Bahaskan perkara yang fundamental, bukan membalas dendam atau membincangkan perkara picisan.

Belalah rakyat marhaen di kawasan pedalaman yang berada dalam keadaan susah dan tertekan disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi seperti sawit, getah dan sebagainya. Nasib mereka jarang kedengaran dalam perbahasan Bajet 2019. Siapa untung, siapa rugi? Fikirkanlah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net). 

The post Tidak cukup lagikah mematikan karakter Melayu? Insaflah… appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Ultra kiasu Kristian kurang ajar

$
0
0

SI SEPET ultra kiasu ini apabila mereka masuk Kristian, mereka ini bertindak lebih Kristian daripada Kristian. Tindakan ini mesti dihentikan sebelum terlambat. Bukan kerana kita takut. Lagipun, saya tidak pernah takut berhadapan dan berhujah dengan mereka.

Sebaliknya, tindakan mesti diambil bagi melindungi Islam dan umatnya yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia.

Lagipun tindakan si sepet ultra kiasu Kristian ini turut tidak disukai oleh majoriti orang Cina yang rata-rata menganut Buddha dan Toaism. Kehadiran mereka turut memporak-perandakan keluarga tradisi Cina.

Sepatutnya mereka tidak berani dan menikus, terutama dalam dakyahnya kepada orang Islam kerana bertentang dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan – orang bukan Islam tidak boleh mendakyahkan agama mereka kepada orang Islam.

Persoalannya, kerana mereka begitu berani sekarang? Jawapan mudah, kita lemah. Kita berpecah. Inilah masa yang sesuai untuk mereka bertindak.

Sebab itu mereka sudah menjadi terlebih kurang ajar. Mereka ini mesti diajar. Mereka ini jugalah yang ramai terdapat dalam pimpinan parti ultra kiasu. Mereka juga adalah Kristian Evangelis yang sedang memporak-perandakan penyatuan politik orang Melayu agar saling bermusuhan sesama sendiri, tuduh-menuduh, salah-menyalah, bagi memudahkan ultra kiasu ini menguasai.

Minggu lalu, lima warga Nigeria ditahan di Pulau Pinang kerana mengedar majalah ‘Rhapsody of Realities’ yang dipercayai mempunyai kaitan dengan agama Kristian.

Kegiatan itu turut dikesan di negeri sama, apabila tiga atau empat individu lelaki berbangsa Cina berusia 40-an dan 50-an mengedarkan Bible kepada pelajar di sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

10 November lalu, lebih 30 penduduk di sekitar kawasan Taman Kuala Bekat, Penaga, Kepala Batas, turut menerima risalah berkaitan Kristian bertajuk ‘How To Know God’ yang diletakkan dalam peti surat rumah mereka pada awal pagi.

Kedah turut menjadi sasaran apabila beberapa individu mengedar kitab Bible kepada penduduk Kampung Sungai Mas, dekat Kota Kuala Muda. Tidak hanya diletakkan di peti surat dan halaman rumah, kitab Bible berkenaan turut ditemui dalam pekarangan masjid Kota Raja, Kuala Muda.

Terbaharu, sekumpulan individu warganegara asing dilihat mengedarkan risalah Kristian dan Bible di kawasan perumahan di Puchong.

Kegiatan yang sangat kurang ajar ini mesti dihentikan demi menjaga maruah Islam yang dilindungi Perlembagaan. Dalam keadaan dilindungi pun Kristian ultra kiasu sepet ini begitu berani, apatah lagi jika selepas ini ratifikasi ICERD dilaksanakan, terutama apabila tidak ada lagi perlindungan terhadap Islam.

Justeru, saya memohon seluruh umat Islam bersatu, menentang tindakan kurang ajar Kristian Evangelis si sepet ultra kiasu ini sebelum kaduk naik junjung. Mereka tahu kita lemah, kerana berpecah sesama sendiri. Saat inilah ketika mereka ada kuasa, berada dalam tampok pemerintahan negara, maka peluang digunakan dengan sepenuhnya.

Kenapa kita begitu buta dalam melihat dan menganalisis perkara ini? Malah sangat defensif. Sedih yang teramat sangat.

Sebenarnya, saya sudah mengesani dakyah ini sekian lama. Saya turut didekati oleh mereka dengan beberapa risalah tahun lalu. Maklumlah muka saya muka Cina. Sudah tentu ultra kiasu ini mengagak saya bukan Islam.

Ultra kiasu si sepet ini terus mendekati saya dan menjalankan tanggungjawab dakyahnya. Tetapi apabila saya beritahu, saya beragama Islam, dia mula mengelabah. Dia mahu mengambil semula risalah tersebut kerana kata ultra kiasu ini ia bertentangan dengan Perlembagaan. Maknanya, dia tahu tindakan itu salah.

Tetapi saya tidak marah kepada mereka, saya katakan, sebenarnya ultra kiasu ada tanggungjawab untuk mendakyahkan agama mereka kepada sesiapa sahaja. Seperti mana kita yang beragama, ada tanggungjawab menyebarkan agama Islam, begitulah juga mereka.

Pada masa sama, saya mahu menunjukkan, takkan dengan membaca risalah itu saya akan tergoda kepada Kristian. Nampak rapuh sangatlah anutan Islam saya itu.

Sepatutnya apabila membaca bahan-bahan selain Islam, seperti Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya, termasuk melawat rumah ibadat mereka, iman kita makin kuat dan kukuh. Kerana pasti kita dapat membuat perbandingan antara agama mereka dengan agama Islam kita yang bersifat syumul.

Lantaran itu, saya biarkan sahaja mereka berdakyah dan mengambil bahan yang diberikan sehinggalah mereka berlalu.

Jika begitu keadaannya, pembaca mungkin bertanya, kenapa saya menentang tindakan mereka berdakyah jika kita umat Islam tidak perlu takut dan goyah dengan dakyahan mereka?

Pertama, kerana ia bertentangan dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia. Mereka sengaja mencabar kita.

Kedua, pegangan umat Islam terhadap Islam hari ini boleh dikatakan agak rapuh. Lahir sahaja Islam, tetapi tidak tahu dan tidak beramal dengan Islam. Bayangkan jika ultra kiasu sepet ini mendekati, apakah jiwa yang kosong tidak akan tergoda?

Ketiga, mengenali dan menyedari akan kejahatan Kristian Evangelis sepet ultra kiasu, sudah tentu kita tidak boleh memberi muka. Taiwan dan Korea Selatan yang dahulunya begitu kuat dengan pegangan Buddha, hari ini majoriti sudah menjadi Kristian. Bukan kerana agama ini bagus sangat sehingga boleh menarik begitu ramai orang, tetapi kerena mereka rajin dan buat kerja.

Mereka sanggup merentas onak duri, berhujan dan berpanas untuk menyebarkan dakyah agama mereka. Mereka turut dibayar. Gerakan mereka turut aktif di hospital dan kawasan Orang Asli.

Keempat, mengikut pengalaman, apabila seseorang itu telah bertukar kepada Kristian, memang sukar untuk mereka berpatah balik, kerana Kristian telah memberikan mereka kelainan, termasuk bantuan wang ringgit.

Keenam, apabila si sepert ultra kiasu menjadi Kristian, terutama yang Evangelis, mereka akan menjadi lebih Kristian daripada Kristian. Kerana mereka ada perancangan mahu mengambil alih negara ini. Menjadikan negara ini negara Kristian.

Persoalan selalu ditanya, bolehkah Malaysia menjadi Kristian, sedangkan Perlembagaan meletakkan kedudukan Islam dan dilindungi, lagi pula raja kita Islam, pemimpin tertinggi negara juga Islam? Jawapannya, mengikut sejarah, ia adalah tidak mustahil. Jika negara anak komunis seperti Taiwan pun boleh ditembusi, begitu juga di Filipina dan Indonesia, masakan kita tidak boleh.

Apatah lagi dengan proses pemodenan dan pembaratan serta pengsekularan serta budaya hedonisme yang begitu mencengkam. Apakah kita ada kekuatan akidah untuk menahan tatkala jiwa kosong? Fikirkanlah…

Kesimpulannya, patutkahkita berdiam diri. Melihat saya Kristian Evangelis seperti ultra kiasu bermaharajalela? Bangunlah wahai saudaraku. Sahut cabaran ini sekiranya kita masih ada maruah? Kita mesti tentang Kristian Evangelis sepet ultra kiasu ini secara habis-habisan kerana sengaja mencabar kita.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Ultra kiasu Kristian kurang ajar appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

ICERD: Diskriminasi? Siapakah tuan, siapakah hamba?

$
0
0

SAYA amat teruja membaca kenyataan bapak ultra kiasu bertajuk, ‘Banyak negara majoriti Islam terima Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)’. Kenapa harus Malaysia yang majoriti Islam menentang? Adakah semua negara Islam tersebut kurang Islamnya daripada Malaysia?

Beliau menyenaraikan dengan panjang lebar semua negara Islam yang telah menerima ICERD, kecuali Malaysia dan Brunei. Katanya, adakah hanya satu peratus daripada 1.9 bilion muslim di dunia layak untuk digelar sebagai muslim sejati, sedangkan semua negara muslim termasuk semua negara Islam di Timur Tengah telah meratifikasi ICERD?

Adakah dengan mengatakan bahawa 99 peratus muslim di dunia yang datangnya dari negara yang telah meratifikasi atau menyetujui ICERD bukan muslim sejati? Malah katanya China, yang mempunyai kira-kira 50 juta muslim, sudah menyetujui ICERD pada 1981.

Apabila bapak ultra kiasu ini membandingkan Malaysia dengan negara-negara Arab yang telah menandatangani ICERD, adalah perbandingan yang sangat naif dan terserlah kekiasuannya. Nampak sangat agenda jahatnya agenda tersembunyi ultra kiasu mengaburi rakyat Malaysia bagi menunjukkan betapa baiknya ICERD.

Sedangkan semua tahu bahawa ICERD hanya baik untuk ultra kiasu ini, tetapi bukan untuk peribumi seperti orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Bagi mengelakkan kekeliruan yang ditimbulkan ultra kiasu ini, biarlah saya berterus terang. Kenapa semua negara Arab Islam meratifikasikan ICERD? Logiknya sangat mudah, kerana mereka negara sebangsa atau homogeneous. Berbanding kita Malaysia, negara bersifat berbilang bangsa atau heterogeneous.

Diskriminasi macam mana pun di negara Arab, pi mai pi mai tang tu juga, dapat kat depa. Turun naik sesebuah pemerintahan, akan jatuh kepada bangsa yang sama.

Berbeza dengan Malaysia, termasuk Brunei. Jika Malaysia dan Brunei masih bersifat sebangsa, sudah lama mereka meratifikasikan ICERD ini. Tetapi Malaysia telah berubah wajah. Lanskap politiknya yang dahulu bersifat sebangsa telah berubah dengan kedatangan pendatang-pendatang yang dibawa oleh penjajah British dan faktor-faktor lain yang menolak mereka mendatangi alam Melayu.

Akibatnya, asal-usulnya adalah sebuah negara sebangsa, Tanah Melayu di Kepulauan Melayu yang bersifat homogeneous bertukar menjadi heterogenous.

Disebabkan oleh sifat Melayu Islam yang terlalu baik dalam meraikan pendatang, akhirnya, pendatang diterima menjadi rakyat negara bertuah ini. Pertukarannya, pendatang perlu menerima hak istimewa agama Islam, Bahasa Melayu, hak istimewa Melayu (raja-raja Melayu), dan Bumiputera Sabah Sarawak. Itulah yang dinamakan kontrak sosial. Hak istimewa inilah, jika boleh dikatakan satu keistimewaan, yang mahu dibuang jika ICERD diratifikasikan.

Ultra kiasu lupa tentang asal-usul sejarah ini. Jika Melayu tidak menerima pendatang, pasti negara ini kekal dengan sifat negara sebangsa. Tidak ada Singapore, yang ada hanya Singapura bermaksud kota singa, kekal dengan nama Melayunya. Kerana ultra kiasu di sana tidak mahu bunyi nama Singapura itu beridentitikan Melayu, maka nama Melayunya telah bertukar kepada Singapore.

Ini tidak termasuk penghapusan nama-nama jalan beridentitikan nama-nama Melayu kepada nama-nama yang pelik-pelik, yang tidak ada kaitan dengan alam Melayu, sebagai satu perancangan strategik menghapuskan segala identiti Melayu.

Cuba lihat bagaimana orang Melayu di Singapura didiskriminasikan dengan langsung tidak diberikan kepercayaan untuk berada dalam jawatan tinggi strategik seperti perkhidmatan tentera, polis, imigresen dan lain-lain. Orang Melayu diragui untuk memegang jawatan strategik tersebut kerana takut rahsia negara diketahui. Dalam kata lain, orang Melayu didiskriminasikan kerana Cina tidak pernah percaya kepada Melayu. Jika adapun jawatan presiden Singapura diberikan, itu hanya jawatan ‘pak pacak’ sahaja.

Bagaimana pula kepercayaan kita terhadap bukan Melayu di negara bertuah ini? Boleh dikatakan banyak juga jawatan tinggi strategik negara, diberi kepercayaan kepada bukan Melayu, termasuk jawatan yang sangat kritikal menteri kewangan dan jawatan strategik yang lain, termasuk jawatan strategik tentera dan polis.

Sehinggakan kita tidak ambil tahu langsung, apabila jawatan menteri perpaduan diberikan, semua pegawai kanan sulitnya terdiri daripada pegawai satu warna, tidak ada seorangpun bangsa lain untuk memegang jawatan sulit yang rapat dengannya.

Pendek kata, kepercayaan Melayu kepada bukan Melayu di sini jauh lebih baik daripada kepercayaan bukan Melayu kepada Melayu. Malah jawatan tinggi nombor dua Kementerian Pertahanan yang sebelum ini dipegang oleh orang Melayu, telah diberikan kepada ultra kiasu. Semua rahsia keselamatan negara diketahui. Justeru, diskriminasi apa lagi yang hendak diperkatakan.

Untuk makluman semua, apabila Tanah Melayu menjadi berbilang bangsa (heterogeneous) melalui kontrak sosial, sudah tentu keadaan menjadi lebih kompleks. Menguruskan negara sebangsa sudah tentu lebih mudah berbanding dengan negara berbilang bangsa, terutama dalam memastikan hak pribumi terjamin, seperti negara-negara lain di dunia.

Logiknya, sudah tentu pribumi akan berasa tergugat, jika berlakunya hegemoni atau dominasi bangsa yang mendatang melampaui batas. Inilah mungkin menimbulkan kebimbangan

Saya tidak nafikan manusia boleh berubah mengikut keadaan, tetapi melihat ultra kiasu yang ada ini, saya yakin mereka ini masih sama, dan tidak pernah berubah sejak daripada dahulu

Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar? Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu India Hindu yang dilantik sebagai senator menjadi menteri, pernah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Beliau mengatakan, Malaysia mengamalkan diskriminasi yang sangat ketara kepada bangsa India Hindu. Kuil-kuil dirobohkan sewenang-wenang tanpa ganti dan berbagai lagi.

Sedangkan setiap kuil haram yang dirobohkan ada sahaja diganti dalam skala yang lebih besar sehinggakan bilangan kuil Hindu sahaja jauh meninggalkan bilangan surau dan masjid. Pendek kata, kuil-kuil Hindu inilah yang paling banyak di Malaysia, walaupun bilangannya penganutnya sangat minoriti berbanding agama lain.

Kawasan Batu Caves itu sendiri, merupakan tanah kerajaan, di situlah ditempatkan kuil Hindu yang paling tinggi sekali di dunia. Lebih dahsyat lagi, kuil-kuil Hindu ini turut dibiayai kerajaan. Berbanding di India, semua kuil sama ada skala besar atau kecil dibiayai dengan wang sendiri.

Kita juga turut didedahkan bagaimana sebelum ini, Menteri India ultra kiasu tersebut turut menemui Perdana Menteri India yang sangat terkenal dengan sikap anti-Islam. Berapa ramai umat Islam telah dibunuh, dianiayai, serta dizalimi dan wanita Islam dirogol, hanya kerana umat Islam memakan binatang suci Hindu iaitu lembu.

India meskipun telah menandatangani ICERD, tetapi tidak langsung mempraktikkannya. Malah umat Islam didiksriminasikan dengan begitu ketara. Lebih hina lagi, hanya kerana memakan lembu umat Islam dimangsakan. Ini tidak termasuk bilangan masjid yang dirobohkan dan diganti dengan kuil Hindu.

Negara kita terlampau baik. Toleransi peribumi terlalu tinggi. Dahulu, kita boleh menyembelih lembu secara terang-terangan. Setelah diprotes oleh Hindu, kita tidak lagi boleh menyembelih sembelihan korban ini di khalayak kerana menjaga sensitiviti kaum kononnya.

Lebih menggerunkan lagi, ketika majlis angkat sumpah, ultra kiasu Hindu ini juga membawa sami Hindu yang kelihatan pelik dan berpakaian pelik ke dalam Parlimen. Terkini, kelihatan sami Hindu yang berpakaian pelik turut membanjiri Parlimen untuk menemui menteri tersebut atas tujuan kehinduannya. Sedangkan kita, jika mahu menemui menteri dan memasuki Parlimen diwajibkan memakaikan pakaian yang ditetapkan. Diskriminasi jenis apa lagi yang sedang diperkatakan?

Lihat pula dengan kedudukan umat Islam Uighur, Xinjiang, di negara China komunis. Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. Siapa yang sanggup tinggal bersistemkan komunis. Tetapi lihat bagaimana mereka dizalimi.

Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2,000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Terkini, tidak diketahui jumlah sebenar, mungkin semakin berkurang disebabkan ramai yang telah hilang.

China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi terhadap golongan minoriti itu.

Lihat betapa zalim negara komunis China ini, melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa. Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.

Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan. Menurut jurucakap Uighur, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa. Pihak pihak berkuasa komunis juga turut membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa. Ini tidak termasuk bilangan mereka yang dibunuh, dizalimi dan dipenjara, hanya kerana mereka beragama Islam.

Semua contoh ini sudah jelas menunjukkan bahawa meskipun negara-negara ultra kiasu ini telah meratifikasiki ICERD, tetapi diskriminasi sangat jelas dilakukan sehingga berada dalam tahap yang sangat tegar.

Sedangkan negara kita tercinta ini, masih tidak meratifikasikan ICERD. Cuba lihat perbandingannya, keadilan yang kita berikan, ibarat langit dengan bumi. Kita boleh dikatakan langsung tidak mendiskriminasikan bukan Melayu atau bukan Islam, kerana tuntutan agama Islam melarang tindakan sebegini.

Jika adapun, kesnya sangat terpencil. Malah, orang bukan Islam boleh hidup senang lenang sehingga kekayaan mereka jauh menandingi peribumi. Peribumi pula merempat di negara sendiri. Apakah kejayan ini boleh dicapai jika kita mengamalkan diskriminasi? Apa yang saya dapat lihat, seolah-olah peribumi sendiri yang didiskriminasikan di bumi sendiri.

Pendek kata, hari ini semua bukan Melayu boleh tidur lena dan hidup senang lenang serta mengaut kekayaan semahu-mahunya dalam keadaan aman damai, disebabkan oleh pengorbanan peribumi yang tidak ada tolok bandingnya. Peribumi inilah yang menjadi polis dan tentera bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

Melayu dan Bumiputera peribumi ini sanggup menjadi kuli, bercekang mata dan berkorban jiwa raga, bagi memastikan ultra kiasu dapat tidur lena dan meneruskan kehidupan keesokan harinya tanpa diganggu.

Ultra kiasu ini jugalah dapat berada dalam aman tenteram melakukan ibadat dalam kuil-kuil hindu serta menemui sami-sami mereka yang tidak ketahuan asal-usulnya. Tidak ada siapa mengganggu dan bertanyakan daripada mana asul-usul kamu? Siapakah tuan, siapakah hamba di bumi negara bertuah ini? Fikirkanlah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Universiti Merdeka diharamkan sudah wujud apabila Melayu berpecah

$
0
0

MINGGU lalu saya dipanggil oleh Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC), Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam sesi sumbang saran mengenai Unified Examination Certificate (UEC). Panel tersebut diketuai oleh anak Profesor sejarah terkenal negara Khoo Kay Kim, iaitu Eddin Khoo Bu Eng, ahli-ahlinya adalah Tan Yew Sing (Dong Zong) dan Mohamad Raimi Ab Rahim (ABIM).

Bertuah sekali dapat berkenalan dengan Eddin Khoo. Seperti bapanya, beliau begitu profesional, jati diri sebagai anak Malaysia terserlah. Berbanding dengan Tan Yew Sing, walaupun mengatakan dia bebas, tetapi nampak begitu defensif. Yew Sing tidak banyak bertanya soalan kepada saya, tetapi lebih kepada menjawab pendapat dan pandangan yang saya lontarkan. Saya menjadi keliru, siapa pasukan petugas, siapa panel pakar sumbang saran?

Pun begitu, belum pun ada lagi keputusan UEC, tiba-tiba kita dikejutkan Kementerian Kewangan telah mengadakan majlis memberikan bantuan kewangan kepada Sekolah Persendirian Cina (SPC) yang mengeluarkan sijil UEC dan ‘abang’ UEC iaitu Kolej Universiti New Era. Kedua-dua institusi ini dipunyai oleh NGO Cina yang sama iaitu Dong Zong dan Jiao Zong.

Dalam memberikan respon mengenai bantuan Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan, peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua institusi ini datang daripada Kementerian Kewangan, bukan KPM. KPM berkata mereka tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kolej swasta daripada dana yang disediakan kepadanya melalui Belanjawan 2019.

Sejak bila Kementerian Kewangan bertindak sebagai KPM, memberikan peruntukan kepada institusi bukan dalam kawalan mereka? Sama ada bantuan datangnya daripada Kementerian apa sekalipun, ia tetap wang kerajaan, wang rakyat, bukan milik individu tertentu. Semua telah sedia maklum kedua-dua institusi mendapat bantuan yang melimpah ruah daripada syarikat dan jutawan Cina. Kenapa kerajaan masih membantu?

KPM juga membangkitkan kerajaan yang diterajui BN juga pernah memberi peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (Kutar) yang bukan universiti awam, antara RM30 juta hingga RM69.25 juta dalam Bajet 2012 hingga 2018. Kenapa setiap kali perlu dibanding dengan BN. BN selalu dijadikan kambing hitam dalam menjustifikasikan tindakan mereka. Jika BN salah, betulkan. Takkan nak sama-sama terjun ke laut. Janganlah ikut perkara yang salah.

Kerajaan sering berkata, negara berada dalam keadaan kegawatan ekonomi disebabkan oleh pimpinan terdahulu. Persoalannya, bagaimanakah Kementerian Kewangan memberikan peruntukan khas secara terus, di saat rakyat dicanang bahawa kewangan kerajaan berada di dalam keadaan tenat kerana skandal 1MDB? Kata tak ada duit, kenapa boleh beri kepada institusi perkauman yang tidak banyak membantu pembinaan negara bangsa?

Kolej Universiti New Era berada bawah kelolaan Dong Jiao Zong Higher Learning Center Berhad. Dong Jiao Zong merupakan suara kepada pendidikan Cina yang mahu mempromosi dan membangunkan sistem pendidikan aliran Cina di Malaysia. Universiti Merdeka sebenarnya sudah lama wujud, atas nama-nama yang berlainan walaupun ia tidak dibenarkan beroperasi.

Menurut Lee Ban Chen (2002), apabila Sijil SPC yang dikenali sebagai UEC telah berjaya dilaksanakan pada 1975. Pemimpin gerakan pendidikan Cina ini, Lim Fong Seng dan pemimpin Dong Jiao Zong yang lain dipanggil oleh Menteri Pendidikan ketika itu. Mereka diberitahu bahawa Kabinet memutuskan untuk melarang UEC diadakan. Jika diteruskan juga mereka akan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Namun, kumpulan ini tidak pernah berputus asa. Tidak takut kepada ugutan ISA. Akhirnya, Jawatankuasa Kerja UEC telah berjaya mengemaskinikan kurikulum dan penerbitan buku teks baru, latihan semula guru dan sebagainya serta mendapat pengiktirafan luar negara.

Pada tahun 1993, bangunan Pusat pendidikan Dong Jiao Zong telah dibina pada 1993 di Kajang, dan permohonan penubuhan Kolej New Era juga diluluskan dan pengambilan pelajar bermula pada tahun 1998. Inilah sebenarnya Universiti Merdeka.

Apakah kita sudah lupa apabila pada tahun 1978, apabila permohonan penubuhan Universiti Merdeka ditolak, Majlis Universiti Merdeka diketuai Lim telah membawa kes penolakan penubuhan Universiti Merdeka ke mahkamah. Namun, kes Universiti Merdeka ditolak oleh mahkamah pada Jun 1982.

Walaupun gagal, Lima tidak berputus asas. Menjelang Pilihan Raya Umum 1986, Lim dan pemimpin 15 persatuan di bawah pimpinannya telah mengemukakan satu dokumen bersejarah yang dikenali “Deklarasi Bersama Persatuan-persatuan Cina Malaysia dan sokongan lebih 5,000 persatuan Cina. Dokumen itu mengandungi pelbagai permintaan dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan sosial.

Bagi memastikan suara bertambah kuat dan diterima, akhirnya mereka telah menyertai parti ultra kiasu bagi memastikan agenda Universiti Merdeka tercapai. Begitulah liciknya perancangan mereka.

Pendek kata, Universiti Merdeka sudah lama wujud dengan nama berlainan, meskipun ketika itu parti ultra kiasu belum lagi bersama kerajaan. Kini, setelah ultra kiasu ini menang besar dalam PRU 14, apa yang telah dirancangkan pada masa dahulu telah membuahkan hasilnya pada masa ini disebabkan oleh perpecahan Melayu yang begitu ketara. Inilah akibatnya apabila Melayu terlalu banyak berpecah dan menjadi lemah. Hidup mati bergantung kepada orang lain.

Kesimpulannya, dalam sesi sumbang saran tersebut, saya tegaskan bahawa perpaduan kaum seharusnya bermula daripada peringkat sekolah. Sudah tentu dalam hal ini, persekolahan di peringkat rendah atau dasar. Malangnya kita telah dipisahkan sejak tadika lagi. Rakyat Malaysia berbilang kaum tidak pernah bercampur sejak kecil lagi.

Sudah tentu sekolah dan institusi berasaskan kaum tidak akan membantu malah memburukkan lagi keadaan.

Ketika dipertanyakan soalan mengenai pengiktirafan UEC, saya dengan tegas mengatakan, tidak boleh wujud pembinaan sekolah dalam sekolah dan pembinaan negara dalam negara. Sijil ini tidak wajar diktiraf kerana ia bertentangan dengan asas hidup bernegara dan Perlembagaan negara.

Memetik kata-kata Profesor Shad Saleem Farudi, undang-undang hanya memberikan kebenaran belajar bahasa ibunda, bukan belajar dalam bahasa ibunda.

Kebenaran yang diberikan sudah melebihi daripada itu, proses pencinaannya teramat ketara dan jelas ternyata.

Kegagalan Sekolah Wawasan yang mengabungkan tiga buah sekolah menggunakan fasiliti yang sama Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT, ternyata telah gagal walaupun ideanya sangat baik untuk dilaksanakan.

Orang Cina tidak memberikan respon dan sambutan, kerana mereka tidak mahu menjadi Cina pisang. Penguasaan Cina akan menjadi lemah jika anak-anak ini bercampur.

Jelas sekali, mereka lebih mementingkan bangsa daripada negara. Jika begitulah keadaannya, apalah erti hidup dalam sebuah negara yang mendaulatkan agenda bernegara.

Proses pencinaan teramat ketara dalam sekolah Cina sehinggakan menjadikan ia lebih Cina daripada sekolah Cina di negara komunis Cina

Jika UEC mahu diktiraf juga, maka semua proses pembelajaran dan pengajaran mesti diselia dan dikawal sepenuhnya oleh KPM, bukannya oleh Dong Zong dan Jiao Zong. Belum ada lagi bukti sistem pendidikan dunia sistem dikawal selia oleh NGO. NGO bukan warga pendidik.

Apabila perkara ini saya bangkitkan wakil Dong Zong dalam PPDUEC berkata bukan soal NGO atau tidak, tetapi soal kualiti pendidikan. Dalam maksud, adakah UEC lebih baik daripada SPM? Adakah beliau mahu mengatakan bahawa SPM, STPM, diploma, ijazah kita hari ini tidak berkualiti. Yang berkualiti hanya UEC dan Sijil Kolej Universiti New Era.

Ketika menutup perbincangan, saya ditanyakan apakah sebenarnya sistem pendidikan kita telah gagal? Saya jawab, Ya. Sistem pendidikan kita telah gagal dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Sistem pendidikan kita menjadi caca merba kerana ia diperjudikan. Semua tindakan berasaskan berapa banyak undi yang boleh diperolehi dalam pilihan raya, termasuk PRK Cameron Highland yang sedang berlangsung.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Universiti Merdeka diharamkan sudah wujud apabila Melayu berpecah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Jika orang asli nampak, takkan mereka ‘tidak asli’ tak nampak

$
0
0

KEPUTUSAN PRK Cameron Highlands sebenarnya mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, melihat kepada jentera pilihan raya yang turun daripada kedua belah pihak, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), ternyata memberikan kelebihan kepada PH, bukan BN.

Semua jentera PH turun berkempen, daripada yang tertinggi sehingga yang paling rendah. Jarang berlaku dalam PRK, Perdana Menteri turut berkempen. Tetapi di PRK CH, PM sendiri turut berkempen. Begitu juga mereka yang bergelar menteri, timbalan dan lain-lain, berhadapan dengan pembangkang yang rata-rata bermodalkan air liur.

Ikut kertas, PH memang akan memenangi PRK ini. Namun, kuasa Allah adalah segalanya. Barisan Nasional, bukan sahaja menang, tetapi majoritinya turut meningkat. Terkejut dengan kemenangan BN, maka berbagai ulasan yang berat sebelah dilontarkan. Bersentimen dan beremosi kerana tidak puas hati dengan kekalahan PH. Zaman bodek membodek sehingga maruah entah ke mana.

Lebih hina lagi, ada seorang pensyarah bernama Dr Mazlan (UTM) yang mengaitkan dekatnya tarikh PRK CH dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut 10 hari lagi daripada tarikh mengundi PRK CH, yang menyebabkan peratusan mengundi orang Cina rendah. Ternyata beliau amat naif dalam memahami psiki dan budaya masyarakat Cina. Jika tidak faham isu, lebih baik diam. Apatah lagi bercakap soal silang budaya. Saya selaku orang Cina, amat memahami sentimen orang Cina.

Apa kaitan dengan PRK CH dengan Tahun Baharu Cina yang agak jauh lagi? Melihat kepada semangat ultra kiasu mereka, saya tidak fikir mereka tidak mahu balik untuk mengundi? Mereka sudah pun mengundi. Yang tidak balik mengundi itu adalah Cina yang tidak ultra kiasu, yang sudah menyampah dengan PH. Cina tidak ultra kiasu inilah Cina baik, Cina yang dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Sebab itu, naif sangat ulasan mengaitkan kekalahan PH dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Mengaku sahajalah bahawa rakyat hari ini sudah semakin hari semakin meluat dan muak dengan lakonan ultra kiasu.

Mujahid Yusuf Rawa, selaku menteri di JPM (Hal Ehwal Islam) berkata, kempen menggunakan sentimen perkauman dan agama oleh BN dengan kerjasama PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands menjadi punca kekalahan calon Pakatan Harapan (PH). Sentimen dimainkan pakatan pembangkang itu jelas merupakan fitnah terhadap beliau dan kerajaan PH. BN menuduh PH tidak menjaga agama, jual Tabung Haji (TH) dan ikut telunjuk DAP. Kata beliau, semua itu fitnah.

Jika itu fitnah, tangkislah. Inikan zaman siber. Gunakan alat teknologi komunikasi untuk menangkis semua itu. Bukankah kejayaan atau Pakatan Rakyat (PR) dan PH dalam PRU 12, 13 dan 14, atau disebut sebagai tsunami politik, disebabkan oleh kecanggihan alat teknologi kemunikasi. Semua maklumat dapat diakses begitu cepat melalui telefon komunikasi pintar?

Menurut Mujahid lagi, berikutan kemenangan BN pada PRK itu, pihaknya bimbang BN akan menggunakan sekali lagi sentimen perkauman dan agama pada PRK Dewan Undangan Negeri Semenyih, Selangor dan Rantau di Negeri Sembilan.

Jika menurut logik Mujahid dan ulasan beberapa pusat penyelidikan pro PH yang menggunakan fakta yang sama, apakah orang asli turut termakan kempen agama dan sentimen perkauman? Saya tidak fikir BN berkempen di kawasan orang asli membangkitkan isu agama dan sentimen kaum. Apakah kajian tidak dibuat, kenapa orang asli turut menolak PH? Jika orang asli pun nampak, takkan orang yang tidak asli tidak nampak!

Kemenangan BN minggu lalu dalam PRK Parlimen Cameron Highlands memberikan kemenangan kepada calon BN, Ramli Mohd Noor,meraih 12,038 undi, menewaskan calon PH M.Manogaran (8,800 undi), dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee 276 undi.

Kenapa kita mahu menutup fakta bahawa rakyat telah mula bangkit. Kesatuan yang berlaku antara PAS dan UMNO, benar-benar memberikan impak kepada PRK CH. Tidak mustahil selepas ini akan turut diterjemahkan dalam PRK Semenyih dan Rantau. Kita perlu rasional dalam menilai kebangkitan rakyat.

Semasa kempen PRK CH sudah menampakkan tanda-tanda kemenangan berpihak kepada BN. Ternyata, ceramah atau kempen BN jauh lebih mendapat sambutan daripada PH.

Ini mengingatkan saya kepada kempen PAS ketika menjadi pembangkang menghadapi BN selaku pemerintah suatu masa dahulu.

Ketika itu kita dapat lihat, dalam kempen PAS, begitu ramai yang hadir berbanding dengan BN. Bila berlaku pilihan raya, bilangan dalam kempen yang ramai tidak memihak kepada PAS. Rata-rata berpihak BN walaupun ceramah mereka hambar.

Hari ini, zaman sudah berubah. Bilangan (crowd) yang hadir ketika ceramah dan kempen, itu adalah tanda kemenangan seseorang calon itu. Dalam maksud, rakyat mahu tahu, apa sebenarnya yang berlaku, apa pula yang dijanjikan oleh calon yang bertanding.

Saya tidak fikir rakyat akan termakan dengan kempen berbau hasutan, fitnah, perkauman, sentimen agama dan sebagainya, kerana ia boleh ditangkis dengan mudah?

Ingatan saya kepada PH, tidak perlu menjadi rumah siap pahat pun berbunyi. Bersedialah menghadapi PRU15 yang akan datang dengan lebih sengit dan mencabar.

Zaman sekarang, adalah zaman buat kerja, dan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara selaras dengan prinsip demokrasi, bukannya sedap duduk dikerusi empuk sehingga lupa masalah rakyat jelata.

Rakyat hari ini yang menjadi petani sedang merintih disebabkan oleh kejatuhan harga komoditi. Saya difahamkan ada yang terpaksa mengikat perut kerana tidak cukup makan disebabkan harga komoditi jatuh merudum. Lebih malang lagi, minyak sawit kita turut tidak diterima di persada antarabangsa.

Hentikanlah sindrom menyalahkan BN dan Najib Razak. Lakukan yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Jangan lagi menjadi kuda tunggangan ultra kiasu. Rakyat mahu melihat, apa sikap pimpinan negara, terutama yang beragama Islam, terhadap isu Allahyarham Adib yang menjadi mangsa rusuhan kuil. Jangan hanya begitu beriya-iya dengan isu Teoh Beng Hock, tetapi menikus dalam isu Allahyarham Adib.

Jangan hanya nampak NGO-NGO sahaja mempertahankan beliau. Yang lain bagaimana? Keadilan mesti diberikan untuk Adib. Begitu juga dengan isu-isu berkaitan Islam yang perlu kepada pembelaan.

Rakyat sudah dapat menilai antara PH dan BN. Begitu juga dengan kerjasama antara biru dan hijau. Kalau saya seorang peniaga makanan hari ini, pasti saya akan menjual kuih berwarna biru hijau. Kuih seri muka biru hijau, kuih lapis biru hijau atau kek berbelang biru hijau. Saya yakin, pasti laku dan berebut-rebut orang akan membelinya. Malangnya, saya bukan peniaga.

Kepada cendekiawan yang berada di menara gading, tidak usahlah bersentimen sangat dengan membuat ulasan membodek yang jelas menampakkan kenaifan diri sendiri sehingga menjadi manusia tidak bermaruah. Berkata benarlah walaupun pahit.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

 

The post Jika orang asli nampak, takkan mereka ‘tidak asli’ tak nampak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

‘Naik menyampah dengan syarikat penerbangan negara’

$
0
0

TERLEBIH barat daripada barat atas nama bersifat ‘antarabangsa’, maka kita pun korbankan identiti dan jati diri negara.

Isu Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menerusi majalah ‘Going Places’ mempromosikan makanan tidak halal seperti hidangan stik babi, bukan isu baharu, tetapi sudah sekian lama. Kalau tidak percaya, bacalah majalah ini setiap bulan. Cuma, kita sahaja tidak perasan.

Tidak menghairankan, kerana editor dan penulis mereka majoriti bukan Islam. Bukan MAS sahaja, semua syarikat penerbangan Malaysia, termasuk Fire Fly, Air Asia dan lain-lain. Kadangkala langsung tidak ada rencana dalam bahasa Melayu. Kalau ada pun sekadar melepas batuk ditangga.

Alasannya syarikat penerbangan ini dan juga yang lain jika ditanya, sama sahaja, kerana bersifat antarabangsa, maka tidak salah mempromosikannya, meskipun yang haram. Atas nama antarabangsa, yang haram jadi halal, yang halal jadi haram, maka lenyaplah identiti dan jati diri negara.

Jika begitulah keadaannya kenapa kedai makan Islam yang dibuka di negara bukan Islam tidak mempromosikan babi, arak dan makanan tidak halal yang lain? Adakah ia tidak menepati ciri-ciri antarabangsa? Banyak kedai makanan di luar negara sana yang dipunyai oleh orang Islam yang mempromosikan makanan halal.

Apa yang penting ialah kualiti makanan dan kebersihannya, bukan soal ada babi atau tidak, ada arak atau tidak. Majoriti manusia tidak minum arak, berbanding yang minum. Jika tidak, mana mungkin semua krew tidak dibenarkan minum arak dalam pesawat.

Mengantarabangsakan sesuatu tidak ada kaitan dengan perkara haram seperti arak, babi, judi dan sebagainya. Begitu juga kelihatan seksi dalam kalangan krew pesawat. Mana mungkin berpakaian seperti pelacur itu dijadikan tanda aras penjenamaan antarabangsa dalam pesawat.

Mungkin salah faham inilah yang menyebabkan paramugari kita semua tidak dibenarkan menutup aurat. Kita dihinakan dengan pakaian paramugari begitu seksi sehingga menampak yang tersirat dan tersurat serta urat-urat.

Negara bukan Islam seperti Singapura pun pakaian paramugarinya agak bersopan. Negara ini turut mengharamkan arak untuk dijual pada waktu malam. Bukan macam kita, 24 jam buka kedai arak, sehinggakan ada yang terjunam di Jambatan Pulau Pinang baru-baru ini. Semua gara-gara benda haram ini. Singapura boleh haramkan arak dijual pada waktu malam, kita tidak boleh? Siapa yang lebih Islam?

Tindakan Singapura tidak pula dilabelkan Taliban. Begitu juga, Bernie Charles Ecclestone, orang kuat Formula One, turut mengharamkan perempuan seksi berada di litar lumba. Di Amerika Syarikat, pusat judi tidak dibenarkan beroperasi, kecuali di Las Vegas sahaja. Kenapa tidak dituduh Taliban?

Namun, apabila ada dalam kalangan kita yang mencadangkan agar arak dikawal penjualannya, begitu juga dengan babi, maka melompatlah ultra kiasu ibarat cacing kepanasan. Kita dilabelkan dengan macam-macam. Mereka yang menari dan berjoget dalam majlis makan malam pengamal undang-undang tidak pula dilabelkan, malah dipuji, bagus.

Saya tidak pastikan ada atau tidak, pemantauan dibuat ke atas majalah MAS, going places ini, juga majalah penerbangan lain. Nama-nama majalah mereka pun sudah meloyakan untuk dibaca dan didengar. Going places? 3 Sixty? Fire Fly? Apa sudah ketandusan ke bahasa jati diri negara? Tidak bersifat antarabangsa?

Salahkah kalau letak nama-nama yang berjati diri seperti nama ‘salam’, ‘melati’, ‘kemboja’ atau apa-apa nama yang ada kaitan dengan jati diri Malaysia. Misalnya, majalah syarikat penerbangan Thailand, Thai Airways, bernama Sawasdee. Sangat beridentiti dan berjati diri. Tidak kurang yang membacanya. Saya tidak pasti berapa kerat yang membaca going places, fire fly dan 3 sixty.

Majalah Sawasdee sentiasa mempromosikan imej berkaitan jati diri dan identiti orang Siam. Raja Siam, agama orang Siam Buddha, gajah Siam dan lain-lain berkaitan dengan Siam. Thai tetap maju dengan identiti Siam.

Bahasa Thai tetap diangkat dalam majalah penerbangan mereka. Ini tidak termasuk cara mereka menghormati kita melalui ucapan sawasdee ketika menaiki pesawat.

Bukan macam kita, ucapan tempatan seperti salam, entah ke mana, yang kedengaran adalah good morning, good afternon, dan macam-macam ucapan yang meloyakan. Kita langsung tidak belajar daripada Thailand. Apakah mungkin Thailand lebih mundur daripada kita? Tidak juga.

Nama-nama majalah penerbangan kita memang hebat, going places, firefly dan 3 sixty. Hanya ada satu sahaja kolum untuk bahasa Melayu. Ada yang langsung tiada. Semua dalam Bahasa Inggeris. Kita sudah menjadi lebih barat daripada barat sehingga kelihatan keparat?

Lihat orang Cina, tidak langsung segan meletakkan nama-nama yang begitu kecinaan seperti nama NGO mereka, Dong Zong, Jiao Zong dan macam-macam nama lagi. Dengan nama-nama inilah mereka mendapatkan pengiktirafan sijil EUC dan kolej Universiti New Era di persada antarabangsa. Sehinggakan kerajaan mungkin terpaksa mengiktiraf. Kenapa kita begitu takut dan pengecut?

Kenapa majalah kita terlalu orang putih atau terlalu kebaratan. Hina sangatkah ditonjolkan identiti negara atau bahasa negara.

Saya hairan kenapa mesti semuanya berbahasa Inggeris. Kenapa tidak sediakan terjemahan. Paling kurang ada dwi bahasa. Ada terjemahan dalam bahasa negara seperti yang dilakukan oleh negara lain yang mempunyai jati diri.

Oh, saya lupa, rupanya editor majalah MAS ini terdiri daripada Sue Loke, sebagai business director, Julie Goh, Editor, Eris Choo, Deputy Editor, Euric Liew, Art Director, Noel Foo, writer. Boleh dikatakan wajah-wajah Melayu dalam krew penerbitan majalah ini langsung tiada. Kalau adapun, adalah satu dua orang.

Maka tidak mustahil, majalah ini langsung tidak ada identiti dan jati diri Malaysia. Kasihan sungguh Malaysia, hanya kerana mahukan majalah ini diterima di peringkat antarabangsa, kita korbankan semua jati diri negara. Wajarkah?

Apakah pelancung ke Malaysia, mahu belajar bahasa Inggeris atau bahasa Melayu? Saya fikir, mereka mahu melihat ada budaya dan jati diri kita. Kenapa kita terlalu terlebih perasan?

Pada 18 Jun 2017, saya ada menghantar emel kepada editor majalah fire fly, saya pernah menegur majalah penerbangan Firefly, dahulu namanya kunang, tetapi tidak bersifat antarabangsa ditukar kepada Firefly.

Dalam emel tersebut saya mengatakan rasa tidak puas hati mengenai artikel hari raya puasa yang ditulis oleh penulis bukan Islam Fire Fly, Darren Timothy bertajuk menanti lebaran. Ilmunya mengenai hari raya begitu cetek. Hari raya digambar sebagai satu perayaan pesta seperti bangsa lain.

Tidak salah jika mahu menulis meskipun bukan Islam. Tetapi perlu fahami roh dan semangat hari raya dalam Islam. Hari raya bukan sekadar untuk berpesta, bermain bunga api dan mercun. Hari raya adalah perayaan ibadat. Tidak ada kaitan dengan mercun dan bunga api.

Justeru saya tidak hairan jika puak-puak ini mempromosi makanan haram dalam majalah penerbangan mereka.

Sama juga dengan penerbangan murah seperti Air Asia, saya telah beberapa kali menegur, kenapa pakaian paramugarinya sangat menjolok mata? Saya sudah membuat perbandingan dengan syarikat penerbangan antarabangsa yang lain di dunia, tidak ada yang seseksi Air Asia. Tak usahlah dibincangkan majalah Air Asia, bertajuk 3 Sixty. Buat sakit hati sahaja. Boleh dikatakan jati diri negara hancur.

Peliknya, apabila terbang ke Acheh, menjadi Islamik pula mereka. Duit punya pasal, sanggup bertukar rupa. Yang haram jadi halal, yang halal jadi haram. Akhirnya dua-dua ada jadi halam.

Justeru, sudah sampai masa JAKIM dan DBP hendaklah diberikan peranan untuk mengeditkan majalah ini bagi memastikan identiti dan jati diri negara terpelihara sama ada dalam BM atau BI.

Ianya perlu bermula dengan memberikan nama-nama yang bercorak tempatan kepada nama-nama majalah tersebut, sudah tentu bukan namanya going places, 3 sixty atau firefly. Tetapi diberikan nama tempatan seperti panorama, 3 enam puluh dan kunang. Bukankah sedap bunyinya. Saya fikir orang putih pun akan teruja sebab akan bertambah nahu dan perkataan bahasa Melayu mereka.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post ‘Naik menyampah dengan syarikat penerbangan negara’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Viewing all 121 articles
Browse latest View live