Quantcast
Channel: Dr Ridhuan Tee Abdullah – Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Viewing all 121 articles
Browse latest View live

Contohi sifat anjing bukan jadi anjing suruhan ultra kiasu

$
0
0

SEMPENA Tahun Baharu Cina tahun ini, yang jatuh pada tahun anjing, saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada yang menyambutnya. Kepada yang tidak menyambutnya, maka contohilah sifat anjing sebagaimana yang disarankan oleh Hasan al-Basri r.a., bukannya menjadi anjing suruhan ultra kiasu. Terdapat perbezaan di situ, antara anjing dan anjing suruhan.

Seluruh alam dan seisinya adalah ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala. Kita tidak boleh memandang hina kepada segala ciptaanNya, termasuk anjing. Anjing adalah sejenis haiwan yang mempunyai banyak kelebihan berbanding haiwan lain. Anjing mempunyai deria bau yang sangat hebat. Tanpa anjing, haru-biru negara, sukar bagi pasukan penyelamat untuk membanteras jenayah.

Justeru, janganlah kita memandang jijik kepada makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Taala, meskipun kita diharamkan untuk memakan dan menternaknya kerana setiap ciptaan itu ada tujuannya. Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia, hatta babi sekalipun. Amat hinalah seseorang manusia itu apabila menyamakan manusia dengan anjing atau babi seperti yang dilakukan oleh segelintir pemimpin yang tidak sedar diri.

Hanya kerana PAS tidak menggunakan akronim Amanah merujuk kepada Parti Amanah Negara, tetapi dengan singkatan PAN, maka PAS dibabikan oleh segelintir pemimpin PAN. Hina sungguh mereka ini, sanggup membabikan saudara seagama semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.

Lebih malang lagi, PAN sebelum ini adalah kumpulan serpihan PAS. Setidak-tidaknya hormati sesama saudara seIslam, tetapi keadaan ini tidak berlaku. Adanya pemimpin PAN hari ini yang bergelar wakil rakyat, bermula dengan PAS. Jika tidak ada PAS, mana mungkin ada PAN.

Sempena Tahun Baharu Cina ini, tahun anjing, marilah kita bersama bermuhasabah dengan mengambil iktibar daripada sifat makhluk ini sebagaimana yang disaran oleh Hasan al-Basri r.a. Bukan menjadi anjing suruhan.

Sejak daripada kecil sebelum memeluk Islam, saya sentiasa bersama anjing kerana dipelihara oleh bapa bagi tujuan keselamatan. Justeru, apabila Hasan al-Basri meminta kita semua mencontohi 10 sifat anjing, menjadikan saya terfikir, kenapa sifat ini tidak dicontohi, tetapi yang wujud adalah anjing suruhan ultra kiasu.

Pertama, anjing sentiasa lapar, dan jarang makan sampai kenyang. Ini menyamai sifat orang soleh, jarang sekali memenuhkan perutnya sehingga kenyang. Lapar sentiasa akan mengingatkan kita kepada mereka yang tidak pernah cukup makanan. Pengajaran puasa begitu banyak hikmah terselindung.

Kedua, anjing tidak mempunyai tempat tinggal tetap, tetapi sentiasa berpindah daripada satu tempat ke satu tempat mengikut keperluannya. Sifat ini menyamai orang yang bertawakal kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Mereka yang bertawakal akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk menyampaikan risalah Islam dan sentiasa bertawakal

Ketiga, anjing tidak tidur pada waktu malam, melainkan sedikit sahaja. Sebab itu sentiasa kedengaran salakan anjing pada waktu malam kerana sentiasa berjaga. Hasan al-Basri mengkiaskan, sifat ini menyamai orang yang sangat cinta kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Merenggangkan punggungnya daripada tempat tidur, berjaga, bermunajat kepada Allah melalui amalan tahajud.

Keempat, jika mati, anjing tidak meninggalkan apa-apa yang perlu diwarisi dan tidak pula mewariskan. Sifat ini menyamai sifat manusia yang zuhud. Dalam maksud, manusia tidak sepatutnya mengaut segala kekayaan sehingga alpa kepada orang lain. Sifat zuhud amat penting supaya kita beringat bahawa harta ini milik Allah bukan milik kita.

Kelima, anjing sangat setia kepada tuannya. Ia tidak akan merajuk atau melarikan diri sekalipun dipukul atau dimarahi. Sifat ini menyamai murid atau pengikut yang siddiqin yang sentiasa mahu menuntut ilmu. Dia tidak akan berasa marah atau merajuk sekalipun dimarahi gurunya. Malangnya hari ini, ramai yang tidak setia, apabila dimarah, mereka merajuk dan menyimpan dendam kesumat.

Keenam, anjing suka tidur di atas tanah atau tidur tempat yang lebih rendah daripada tuannya. Sifat ini menyamai orang yang tawaduk dan merendah diri, tidak sombong. Sebagai pemimpin kita hendaklah sentiasa tawaduk dan merendah diri. Sifat ini akan menjadikan kita sentiasa dekat dengan Allah.

Ketujuh, jika tempat anjing diambil alih atau diletakkan sesuatu ditempatnya, anjing akan berpindah ke tempat lain dan tidak berasa marah atau berdendam. Sifat ini menyamai sifat hamba yang sentiasa reda dengan bahagiannya yang telah ditakdirkan. Malangnya, manusia hari ini penuh dengan dendam kesumat apabila tidak lagi bersama. Bila bercerai, semua buruk, tidak ada yang indah lagi.

Kelapan, jika anjing dipukul atau dihalau tuannya dengan benda yang menyakitkan, anjing akan menerimanya. Anjing tidak ada menggigit tuannya, seperti melepas anjing tersepit. Sifat ini menyamai sifat hamba yang kusyuk.

Kesembilan, jika melihat orang makan, anjing hanya melihat daripada jauh. Tidak meminta-minta atau mengganggu. Jika diberi, akan diambil, jika tidak, hanya melihat atau diam sahaja. Sifat ini menyamai manusia yang reda dengan pemberian Allah dan sentiasa bersyukur. Amat malang hari ini, kita bukan sahaja tidak diam, malah menyebarkan aib dan keburukan sesama saudara sendiri.

Kesepuluh, jika anjing berjalan atau berlari ke hadapan, ia tidak akan menoleh lagi ke belakang. Sifat ini menyamai sifat hamba yang tetap pendirian. Berani mendepani masa hadapan. Malangnya hari ini, kita tidak yakin dengan kekuatan sendiri, malah mencari musuh untuk membenamkan sesama saudara sendiri.

Setelah meneliti kesemua sifat anjing ini yang diceritakan oleh Hasan al-Basri r.a. saya amat yakin semua ini adalah untuk kita sebagai manusia mengambil iktibar. Saya dapat simpulkan bahawa kadang kala makhluk yang bergelar anjing lebih mulia daripada makhluk bergelar manusia.

Sudahlah hari ini, kita jauh daripada sifat anjing, lebih hina lagi kita menjadi anjing suruhan ultra kiasu. Kita menjadi manusia pengecut dalam berhadapan dengan musuh, terutama musuh-musuh Islam, malah menjadi anjing suruhannya.

Lebih hina lagi kita sanggup membabikan saudara seagama hanya kerana perkara yang remeh temeh seperti tidak memanggil Parti Amanah Negara sebagai Amanah, tetapi PAN. Apakah wajar kita menggunakan kalimah Amanah, sedang di dalamnya penuh dengan manusia yang tidak ada amanah. Sama-sama kita fikirkan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Contohi sifat anjing bukan jadi anjing suruhan ultra kiasu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Sedar diri wahai ultra kiasu

$
0
0

RAMAI dalam kalangan orang Cina yang berjaya dalam perniagaan beranggapan bahawa kekayaan yang mereka miliki adalah hasil titik peluh mereka semata-mata, tidak ada kaitan dengan kerajaan dan sifat tolak ansur orang Melayu.

Mereka ini ibarat kacang lupakan kulit. Malah, mereka dengan bongkak berani berkata, penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, terutama cukai pendapatan adalah datang daripada mereka, bukan orang lain.

Mereka langsung tidak menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan orang Melayu yang menjadi pak pacak, menjual tender dan memberikan lesen kepada mereka.

Sebab itu, pergi siasat syarikat-syarikat yang berbunyi Melayu, yang tidak terlalu berbunyi kecinaan, kebanyakannya, asal usul syarikat tersebut adalah kepunyaan orang Melayu, kerana tidak mampu untuk menyelenggara, maka syarikat itu dijual kepada orang Cina. Orang Melayu itu dilantik sebagai ‘pengerusi’ bagi mendapatkan projek dan tender kerajaan.

Individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok merakamkan pengalamannya dalam buku, Robert Kuok: A Memoir. Dalam memoir itu Kuok menulis Malaysia dalam landasan yang salah kerana dasar ekonominya yang berasaskan kaum.

Kuok turut berkata beliau telah merayu kepada Perdana Menteri Malaysia ke 3, Tun Hussein Onn bagi merangka agenda ekonomi yang tidak berasaskan kaum, tetapi rayuannya ditolak. Peliknya, apakah beliau tidak sedar, bahawa sistem yang selama ini berjalan yang telah menjadikan beliau dan ultra kiasu lain menjadi kaya raya?

Justeru, saya sangat bersetuju dengan pendapat Perdana Menteri bahawa kejayaan perniagaan kaum Cina hari adalah disebabkan oleh ‘kunci’ yang dipegang kerajaan menjadikan mereka berjaya. Tanpa kunci itu mana mungkin mereka dapat mengecapi kekayaan negara ini.

Menurut Perdana Menteri lagi, Robert Kuok tidak akan menjadi usahawan berjaya seperti hari ini jika tidak kerana bantuan kerajaan. Sama ada individu itu kaya atau tidak, apa yang diperlukan adalah ‘kunci’ untuk masa depan yang lebih baik.

Siapakah yang beri anak kunci itu sehingga beliau dapat memonopoli (industri) beras dan gula suatu ketika dulu? Sebahagian subsidi gula dan beras oleh kerajaan dinikmati beliau, bukannya pengguna.

Kita tidak nafikan semangat keusahawanan yang telah sebati menjadi darah daging orang Cina. Mereka memang rajin, tekun dan berdisiplin. Tetapi, semua itu tidak mencukupi. Mana-mana individu memerlukan kunci dan kunci inilah yang diharap, melalui dasar kerajaan, membuka peluang dan ruang.

Begitu juga yang berlaku kepada pengusaha Genting Highlands, pusat judi terbesar Asia, mana mungkin boleh bangunan tersergam indah di puncak bukit itu, jika bukan orang Melayu yang bermurah hati menghadiahkan bukit berkenaan. Bermula daripada bawah, ditarahnya bukit itu dengan menjual kayu kayan, sebelum sampai ke puncak.

Bermodal kayu kayan itulah, maka hari ini tersergam indah bangunan di puncak bukit. Adakah kita dengan sewenang-wenang mahu mendakwa bahawa Genting Highlands semata-mata usaha mendiang Lim Goh Tong tanpa usaha dan bantuan kerajaan dan orang Melayu?

Sedarlah kamu bangsaku orang Cina, apa yang kamu miliki hari ini adalah disebabkan sifat murah hati dan toleransi orang Melayu. Meskipun kamu ‘beli’ dan ‘rasuah’ orang Melayu, tetapi saya tetap melihat ia suatu sumbangan yang tidak boleh dinafikan.

Ini adalah satu sifat dan kemurahan hatinya. Salah tetap salah, perbuatan tersebut tetap tidak betul, tetapi inilah segala ‘kunci’ yang dimaksudkan itu.

Sejak dahulu saya telah perkatakan, bahawa kejayaan orang Cina membina empayar kekayaan adalah hasil daripada toleransi orang Melayu. Dengan tidak lagi berlaku Peristiwa 13 Mei, menjadikan negara ini aman. Mereka dapat berniaga dengan baik tanpa diganggu.

Orang Cina boleh berniaga di kawasan 100 peratus orang Melayu tanpa diganggu-gugat orang Melayu. Orang Melayu reda dengan kekayaan yang dimiliki, menjadikan empayar kekayaan mereka terus berkembang. Berbanding sebaliknya, jika orang Melayu berniaga di kawasan Cina, saya tidak fikir orang Melayu boleh bertahan lama.

Pergilah ke syarikat-syarikat besar ini, kebanyakan pegawai perhubungan awam dan pengerusi mereka adalah dalam kalangan orang Melayu bagi membolehkan mereka mudah berurusan dengan pihak berkuasa (kerajaan).

Saya ingin tegaskan di sini kepada ultra kiasu yang menjdi kaya raya dan telah lupa diri bahawa dengan adanya hak istimewa orang Melayu dan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang diwujudkan selapas 13 Mei 1969, menjadikan perniagaan orang Cina semakin berkembang dan berkembang, malah bertambah kaya.

Dasar membantu orang Melayu secara automatik membantu peniaga Cina yang telah menjadi kaya raya. Bacalah buku The Chinese Dilemma oleh Ye Lin-Sheng. Beliau adalah penulis berbangsa Cina yang wajar dicontohi oleh Cina ultra kiasu di Malaysia.

Dengan adanya perlindungan ini, bukan sahaja ia melindungi orang Melayu, tetapi juga melindungi orang bukan Melayu. Bertambahnya seorang pengusaha Melayu, maka akan semakin kayalah peniaga Cina, kerana pengusaha Melayu itu memerlukan produk dan servis daripada peniaga Cina.

Selain itu, keadaan negara yang aman dan stabil yang membolehkan mereka membina empayar kekayaan. Orang Melayu sudah berpuas hati dengan kehidupan ‘cukup makan’. Mereka tidak berasa iri hati atau dengki dengan hasil kekayaan yang dibolot oleh orang Cina, termasuk juga orang India, meskipun berada dalam tanah air sendiri.

Saya amat bersetuju dengan Ye Lin Sheng, sehingga hari ini, kejayaan orang Cina adalah hasil sifat sopan santun, toleransi dan kesabaran orang Melayu. Malangnya, orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah ‘menghina’ orang Melayu. Orang Melayu dianggap sebagai bangsa yang tidak bertamadun. Malah, kami yang memeluk Islam masih dianggap ‘masuk Melayu’.

Jarang sekali untuk melihat orang Cina mencebur diri dalam sektor pasukan keselamatan seperti polis dan tentera, kerana ia dianggap sebagai ‘kerja kotor’ dan hak eksklusif orang Melayu. Masih ada beranggapan bahawa budaya Cina lebih superior daripada budaya Melayu.

Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘ketuanan orang putih’ tetapi sangat sukar menerima ‘ketuanan Melayu’. Sebab itu, mereka lebih rela memakai pakaian orang putih daripada pakaian Melayu.

Apakah mereka tidak sedar bahawa dengan adanya orang Melayu yang melakukan ‘kerja-kerja ghurka’ seperti menjadi polis dan tentera, menjadikan negara kita aman, memboleh mereka berniaga dengan baik tanpa diganggu.

Pasukan keselamatan bergalang nyawa bekerja siang malam bagi memastikan perniagaan mereka terjaga dan selamat. Ini tidak termasuk orang Melayu yang terkorban menentang penjajah British dalam usaha memerdekakan tanah tercinta suatu ketika dahulu.

Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa DEB telah banyak membantu memperkayakan orang Cina seperti Robert Kuok. Malangnya, Robert Kuok cuba memadamkan fakta ini.

Ultra kiasu ini selalu mendakwa merekalah paling banyak membayar cukai. Maka mereka tidak rela wang cukai mereka digunakan bagi tujuan pembangunan Islam. Sedangkan semua sedia maklum bahawa pembayar cukai paling tnggi adalah dalam kalangan GLC kerajaan.

Ultra kiasu tergolong dalam pelari cukai yang tegar. Sebab itu mereka menentang GST habis-habisan sebab selama ini mereka cuba lari daripada membayar cukai rendah meskipun hasil yang dijana begitu banyak. Tak perlu jauh, pergi tanya doktor pakar di hospital dan klinik swasta.

Sebab itu pada saya, GST yang dikenakan sebenarnya adalah baik bagi kerajaan untuk mengenal pasti siapakah selama ini lari daripada membayar cukai. Kami yang bekerja di sektor kerajaan, tidak dapat lari daripada membayar cukai. Setiap bulan, gaji kami, walaupun tidak besar, secara automatik akan dipotong.

Justeru, amat tidak wajar dan kurang ajar, jika mengatakan duit cukai mereka sahaja yang banyak menyumbang.

Kesimpulannya, kepada orang Melayu, sedarlah jika kerjaaan memberikan projek, tender dan lesen besar kepada kamu, itu adalah untuk kamu memajukan diri dan anak bangsa, bukannya menjadi orang tengah dan menjualkannya kepada ultra kiasu selepas itu.

Apabila sudah terjual, kamu tidak akan dapat kembali, sama seperti terlepasnya bangunan Lot 10. Hari ini kita hanya berputih mata. Pastikan yang telah berlaku kepada tanah Felda yang menjadi gempar baru-baru ini, gara-gara terlepas kepada ultra kiasu.

Jangan biarkan tanah milik Melayu seperti rezab Melayu dan wakaf terus hilang lagi. Pastikan tidak wujud lagi sikitol dan mandaliar. Sayang seribu kali sayang. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Sedar diri wahai ultra kiasu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Wahai ultra kiasu… siapa nak mengaku berak tengah jalan

$
0
0

PEMIMPIN ultra kiasu menafikan sekeras-kerasnya menerima derma atau sumbangan daripada taikun ultra kiasu seperti dilaporkan beberapa media arus perdana. Saya tidak fikir ultra kiasu akan mengaku, kerana sudah tentu berita ini makan tuan. Siapa nak mengaku berak tengah jalan.

Saya tidak fikir taikun ultra kiasu tersebut akan berterus terang atau secara terang memasukkan sejumlah wang langsung kepada akaun ultra kiasu. Sudah tentu dalam soal ini mereka akan bertindak licik. Derma atau sumbangan ini akan diberikan melalui cara lain, mungkin ada pengantaranya.

Sama seperti berlaku kepada laman web ultra kiasu apabila mahkamah memerintahkan supaya membayar kos lebih kurang RM300,000. Maka segera ultra kiasu ini melancarkan kutipan derma. Dalam masa tidak sampai seminggu sudah mencapai sasarannya. Sekarang ini, mereka membuka akaun lain pula, jika ditakdirkan terpaksa membayar kos guaman yang lain.

Saya fikir ultra kiasu tidak sebodoh yang difikirkan untuk memberikan derma atau sumbangan secara langsung. Mereka mesti secara berstrategi dan taktikal. Saya amat yakin, selepas ini akan ramai ultra kiasu akan memberi sumbangan kepada parti ultra kiasu ini.

PRU14 adalah kemuncak dan penentu kepada hidup mati dan masa depan ultra kiasu. Mereka mahu memastikan kejayaan dapat diraih dalam PRU14, dalam pada UMNO dilihat berada dalam keadaan ‘lemah’ dengan isu-isu kontroversi yang melanda. Jika tidak peluang ini mungkin tidak muncul pada masa akan datang. Lima tahun lagi adalah suatu keadaan yang sukar untuk diramalkan.

Pada awalnya mereka sangat yakin ketika PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat (PR). Tetapi apabila PAS keluar daripada PR, mereka seolah-olah kehilangan ibu. Mahu tidak mahu mereka terpaksa mencari rakan baharu. Mereka hasut pemimpin atau ahli PAS yang liberal agar keluar daripada PAS dan menubuh parti baharu. Strategi ini ternyata berjaya. Akhirnya, membawa kepada penubuhan Parti Amanah Negara (PAN). Orang Melayu berpecah lagi.

Pucuk dicita ulam mendatang, perpecahan dalam UMNO yang membawa kepada penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dimanipulasi sepenuhnya bagi memastikan orang Melayu terus berpecah.

Kini, semua strategi dan harapan mereka telah tercapai dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH). Saat yang dinanti telah tiba. Ultra kiasu sedang mengumpul segala tenaga dan kekuatan sehingga menuju puncak untuk menawan Putrajaya.

Saya amat yakin taikun-taikun ultra kiasu sedang berbondong di belakang untuk memastikan ultra kiasu ini berjaya sepenuhnya pada PRU14. Mereka menjelma dalam bentuk lain, bukan nama sebenar. Tetapi mereka tetap taikun ultra kiasu memberi bantuan kepada parti ultra kiasu.

Mereka takut, jika mereka menyerlah nama sebenar, ditakdirkan PH gagal dalam PRU14, sudah tentu nasib mereka ibarat berada di hujung tanduk.

Ultra kiasu tetap ultra kiasu. Mereka bukan bodoh politik. Kita yang perbodohkan. Saya sangat pelik kenapa kita masih buta dan tidak nampak kebobrokan mereka itu. Malah, terus bersengketa sesama sendiri dengan memberikan kelebihan kepada ultra kiasu. Mereka terus bersandiwara kononnya mahu memberikan kerusi Parlimen Alor Gajah yang selama ini ditandingi kepada PPBM. Wal hal, ultra kiasu memang tidak boleh menang di kawasan majoriti Melayu.

Ultra kiasu mungkin boleh berlagak kerana menang di kawasan majoriti Cina iaitu kawasan bandar. Tetapi masih lagi tidak boleh menipu Melayu di kawasan majoriti Melayu.

Jika mereka begitu berani dan yakin Melayu menyokong, letakkan sahaja calon Melayu ultra kiasu di Alor Gajah, tidak perlulah bersandiwara. Bukankah bilangan orang Melayu menyertai parti ultra kiasu tersebut sudah bertambah?

Lagi satu, jika ultra kiasu benar-benar baik dan bersopan santun, korbankan kerusi kawasan majoriti Cina yang mereka tandingi selama ini kepada PPBM. Kenapa mahu bersedih memberikannya kepada PPBM. Ini menunjukkan bahawa ultra kiasu tidak boleh ke mana-mana di kawasan majoriti Melayu. Jika ada undi, hanya daripada PAN sahaja.

Justeru, saya amat mengharapkan supaya pihak berkuasa benar-benar dapat mengenal pasti taikun ultra kiasu yang memberikan sumbangan kepada ultra kiasu. Saya amat yakin ramai. Mereka telah berjaya dikayakan dengan sistem yang sedia ada. Apabila berjaya, wang dicurah kepada ultra kiasu.

Janjilah sebanyak manapun bantuan diberikan kepada sekolah Cina termasuk penambahan pembinaannya. Saya tidak nampak ultra kiasu akan mengundi UMNO. Percayalah! Di mata ultra kiasu hari ini, imej UMNO amat buruk. Kalau boleh mereka mahu membenamkan UMNO agar tidak boleh timbul lagi jika ditakdirkan tewas dalam PRU14.

Sebab itulah, saya menyeru kepada UMNO, sekarang ini bukan masa untuk memenangi hati ultra kiasu. Masa yang terdekat ini mesti digunakan untuk memenangi hati orang Melayu, mereka yang sebangsa dan seagama. Pastikan tidak ada undi diberikan kepada ultra kiasu. Kerana di kawasan bandar, ultra kiasu tidak memberikan undi kepada UMNO (BN).

Ini bukan bermakna mengabaikan bukan Islam, ramai lagi Cina dan bukan Islam yang baik-baik. Teruskan menjaga kebajikan mereka yang tidak menentang Islam dengan baik.

Tetapi jangan menjanjikan bulan dan bintang. Memberikan bantuan dan menambah sekolah Cina akan menyakiti hati orang Melayu kerana mereka melihat sendiri beza antara aekolah Cina dengan sekolah agama. Seolah-olah sekolah agama diabaikan.

Pergilah buat perbandingan, sekolah Cina ini hari ini begitu mewah. Prasana dan kemudahan mereka hebat. Berbondong-berbondong taikun ultra kiasu membantu dan menderma. Hatta SJKC kurang murid seperti SJKC Choon Hwa, Batu 18, Hulu Langat. Hanya mempunyai 23 murid dengan 22 murid terdiri daripada murid Melayu dan hanya ada satu (1) orang murid Cina. SJKC ini terus beroperasi dengan gah walaupun sepatutnya sudah ditutup.

Banding dengan sekolah agama, apakah kita turut memberikan fokus membantunya? Insiden kebakaran di Maahad Tahfiz Keramat yang mengorbankan 23 murid cukup menyayatkan hati. Selepas terbakar, baharu kita bergegas membantu sekolah agama yang dijamin haknya dalam Perlembagaan.

Hari ini, kita sudah tidak lagi memahami apa itu equality dan equity. Equality bermaksud persamaan atau memberikan hak yang sama kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Manakala, equity bermaksud memberikan hak kepada yang berhak yang juga terangkum dalam definisi keadilan. Apakah kita sudah memenuhi tanggungjawab kita memberikan hak kepada yang berhak?

Dalam maksud, persamaan hak misalnya, hak mendapatkan pendidikan bahasa ibunda dengan kewujudan sekolah vernakular. Pada hemat saya, kerajaan sudah menunaikan tanggungjawabnya pada tahap terbaik. Bantuan demi bantuan dan pembinaan demi pembinaan telah diberikan.

Malangnya, mereka beroperasi terlampau kecinaan sehingga sukar untuk dikawal. Malah, PRU14 yang bakal menjelang dijadikan medan untuk mendesak dan mengugut kerajaan sedia ada agar segera menambah lagi pembinaan sekolah Cina. Mereka tidak mengambil serius pun tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak Cina yang sangat rendah.

Kita terus tertipu, undi tidak juga berpihak kepada BN. Begitulah liciknya taikun dan ultra kiasu berpolitik dan berstrategi.

Pendek kata, kita terlalu memberikan perhatian kepada persamaan hak atau equality, sehingga mengabaikan equity, iaitu memberikan hak kepada yang berhak.

Bergenang air mata kadangkala melihat kedudukan sekolah agama. Jauh sekali bezanya dengan sekolah Cina, kerana kita tidak banyak taikun. Sedangkan dari segi hak, bukan sahaja ia berhak, tetapi mendapatkan satu lagi jaminan, mendapatkan hak yang menjadi hak. Semuanya ini sudah termaktub dalam Perlembagaan.

Cukuplah…cukuplah berpolitik. Saya fikir sempena PRU 14 yang bakal menjelang tiba dalam saat terdekat ini, fokuskanlah untuk memenangi hati orang Melayu yang sudah lama terluka, bukannya ultra kiasu yang sememang mempunyai kemampuan dan taikun-taikun untuk membantu. Sebanyak mana pun yang diberikan, bantuan dan undi tetap terfokus kepada ultra kiasu.

Kita melopong dan berputih mata hanya kerana percaya kepada strategi licik mereka.

Percayalah, semakin banyak sekolah vernakular dibuka, semakin gah sekolah ini. Malang pembinaan negara bangsa tidak banyak berubah. Penguasaan bahasa Melayu mereka masih berada di peringkat yang sangat rendah. Kita mahu membina apa sebenarnya? Membina negara atau mahu mendapatkan kuasa untuk tempoh lima tahun. Selepas itu apa?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Wahai ultra kiasu… siapa nak mengaku berak tengah jalan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Kasihan.. naifnya MCA

$
0
0

PERGESERAN antara MCA dan Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz diteruskan lagi dengan kecaman terbaru Pemuda MCA terhadap menteri pelancongan itu. Ketua Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Chiong membangkitkan isu pakaian hitam Nazri pada sambutan Tahun Baru Cina di Sungai Petani minggu lalu. Chee Chiong menggesa Perdana Menteri memecat Nazri sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan kerana ‘tiada sensitiviti budaya’. Kebudak-budakan sungguh pemimpin MCA ini.

Siapa Chee Chiong sehingga mahu mengarah orang memecat individu tertentu? Besar sangatkah sumbangan MCA dalam politik negara? Kebanyakan kerusi yang dimenanginya pun rata-rata di kawasan orang Melayu. Jika orang Melayu tidak mengundi MCA, MCA mungkin berputih mata. Pendek kata, keberadaan MCA dalam politik negara dan ‘jasa’ yang ditinggalkan adalah kerana ihsan orang Melayu.

Terbaharu, MCA masih menuntut tambahan kerusi kawasan majoriti Melayu untuk ditandingi, termasuk Parlimen di kawasan Kuala Lumpur yang mereka kalah sebelum ini, seperti Bandar Tun Razak. Harapkan undi, siapa untuk memenangkan mereka, kalau bukan undi Melayu. Ahli MCA sendiri belum tentu mengundi calon MCA. Bertolak ansur dan bekerjasamalah. Jangan kiasu sangat. Jika kalah pun nanti masih ada kerusi senator yang menanti. 

Justeru, tidak perlulah membesarkan isu yang remeh temeh. Soal Menteri Kebudayaan dan Pelancongan tidak mempunyai sedikit pun sensitiviti budaya, itu hak dia. Beliau memakai pakaian serba hitam menghadiri rumah terbuka sambutan Tahun Baru Cina, itu pun hak dia. Dia yang tuan punya baju, suka hati dialah nak pakai masa bila. Sejak bila pula ada undang-undang menetapkan kena pakai baju warna apa ketika menghadiri sesuatu majlis?

Jika begitu keadaannya, kenapa tidak kenakan syarat kepada semua yang menghadiri majlis tersebut supaya menukar warna rambut kepada warna selain daripada warna hitam, yang dikaitkan membawa nasib malang. Oleh kerana sambutan Tahun Baharu Cina, semua kena tukar dan celup warna rambut kepada merah? Kenapa pemimpin MCA tidak tukar warna rambut dan segala bulu yang tumbuh di badan kepada warna merah sempena perayaan Tahun tersebut jika hitam dikaitkan dengan nasib malang? Rasional sedikit. Nak kata BODOH nanti marah pulak.

Ya, tidak dinafikan bahawa warna hitam sinonim dengan kesedihan dalam budaya Cina. Tetapi tidak dalam budaya lain. Dalam Islam, warna adalah warna. Ia adalah kurniaan Allah. Tidak timbul soal hitam itu sedih. Apakah orang berkulit hitam perlu mengecat kulitnya menjadi putih semata-mata untuk hadir Tahun Baharu Cina. Kadang kala hitam itu menawan. Persoalannya, sejauh mana kita menghargai erti warna.

Apa guna berpakaian merah atau hitam jika hati penuh dengan kepura-puraan? Lebih baik menjadi seperti Nazri, sekurang-kurangnya beliau berterus terang daripada menjadi manusia hipokrit. Sekarang ramai ultra kiasu yang hipokrit.

Bila mahu mendapatkan kepentingan di negeri pembangkang, dikutuknya kerajaan pusat. Begitu juga sebaliknya, bila mahu mendapatkan kepentingan pusat dikutuknya pembangkang. Pendek kata, mereka mahu makan dua-dua.

Sebab itu sangat beruntung menjadi ultra kiasu hari ini. Boleh makan kiri kanan.  Jika MCA benar-benar ikhlas dan tidak kepura-puraan, sudah tentu MCA akan bersama kita mengutuk video Namewee yang diviralkan sempena Tahun Baharu Cina yang  menggunakan ikon anjing (seks) berlatar belakangkan Putrajaya, bukan di Tokong. Kenapa MCA senyap sepi. Kena kepada kita tidak mengapa, kena pada mereka melenting. MCA ini siapa?

Hairan sungguh saya, sehingga warna pakaian pun hendak ditetapkan warna apa. Siapakah yang mengeluarkan wang untuk mengadakan rumah terbuka tersebut. Wang MCA atau wang rakyat. Jika wang rakyat, suka hati rakyat lah nak pakai baju warna apa.

Cuma saya musykil bila pemimpin MCA mahu memakai baju Melayu ketika masuk dalam sidang Dewan Undangan Negeri, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. MCA sangat berbanggga memakai ‘blues jacket’, ‘blazer’ dan ‘tie’. Tetapi tidak sama sekali mahu memakai kebangsaan Melayu seperti wakil rakyat Melayu yang lain. Apakah pakaian Melayu membawa ‘sial’ si pemakai atau kepada pemimpin MCA.

Janganlah hipokrit. MCA boleh mengaburi mata orang lain, tetapi bukan mata saya. Cukup.. sudah cukuplah ‘attack’ Nazri Aziz. Dia ada hak bersuara dalam sistem demokrasi. MCA gatal punggung pasal apa.

Sekian lama, MCA menyingung perasaan umat Islam dengan mencampuri hal ehwal agama Islam. Kami diam sahaja. Sehinggakan saya mengambil keputusan keluar daripada parti perkauman ini kerana terlalu menentang Akta 355 yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Kenapa begitu lantang?

Wang bapak kamukah untuk mengadakan rumah terbuka tersebut, sehingga mahu menetapkan warna orang yang mahu menghadirinya. Ditakdirkan nanti bila ada orang menghadiri majlis kematian orang Cina dengan memakai baju merah. Apakah nanti MCA akan bertindak menghalau orang tersebut?

Tidak semua faham budaya Cina. Jika mereka faham pun, sekiranya dia tidak mahu mengikut. Kita tidak boleh buat apa-apa sebab itu hak dia, bukan hak kita.

Ramai pemimpin MCA memakai skirt pendek menghadiri majlis keramaian dan majlis kematian orang Melayu, kita tidak kisah pun. Sebab kita faham, kamu bukan Islam dan mungkin kerana kejahilan. Kenapa perlu membuang masa dengan isu remeh temeh ini?

Saya sendiri ketika mengajar subjek hubungan etnik, sentiasa mengingatkan pelajar supaya menjaga sensitiviti setiap kaum di negara kita. Dalam soal warna misalnya, hitam dan putih itu melambangkan kesedihan. Jika pergi menziarahi majlis kematian orang Cina, maka hormatlah dengan memakai warna tersebut.

Namun, pepatah orang putih ada berkata, kita boleh bawa kuda ke tebing, tetapi kita tidak boleh paksa kuda minum air.

Mungkin Nazri tidak tahu. Jika dia sengaja buat,  tidak menjadi masalah apa-apa. Bukan isu besar.  Lagi pun tidak ada apa-apa kejadian malang yang berlaku ketika rumah terbuka tersebut.

Jangan jadi kaduk naik junjung. Berpada-padalah. Tidak perlu berkelahi dengan Nazri Aziz. Malah perlu berterima kasih kerana selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, saya fikir ramai orang Cina yang telah dibantu dan dikayakannya, terutama dalam sektor perhotelan dan pelancongan.

Saya hanya akur kepada MCA jika mereka hormat kepada Islam dan pada masa sama berjaya menarik undi Cina kepada BN. Tetapi boleh dikatakan majoriti besar undi pergi kepada DAP. MCA hanya mengharapkan undi Melayu. Apakah ini sebenarnya jasa kepada negara? Tidak jasa yang ditinggalkan itu adalah hasil daripada ihsan orang Melayu yang memberi kemenangan kepada MCA?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

.

 

The post Kasihan.. naifnya MCA appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Apakah Islam sebahagian daripada Malaysia atau tidak?

$
0
0

SAYA tidak hairan jika Menteri Dalam Negeri Jerman, Horst Seehofer yang baru menjawat jawatannya dalam Kabinet Angela Merkel berkata, Islam bukan sebahagian daripada Jerman dan telah menetapkan dasar imigresen yang tegas sebagai langkahnya dalam berdepan pencabarnya.

Kenyataan itu dibuat, selepas sekutu konservatif Merkel, Parti Demokrat Sosial kalah kepada parti Alternatif Untuk Jerman (AFD) yang bersikap antiimigran dalam pilihan raya tahun lalu.

Seehofer dilihat ingin menunjukkan bahawa partinya sedang mengatasi isu imigresen menjelang pilihan raya wilayah Bavaria pada Oktober depan dengan AFD dijangka bertanding di wilayah itu.

Kata-kata Seehofer bercanggah sama sekali dengan bekas Presiden Jerman, Christian Wulff yang mencetuskan debat berhubung imigresen pada 2010 dengan berkata, Islam adalah sebahagian daripada Jerman. Seehofer dengan tegas berkata”

“Islam is not part of Germany. Christianity has shaped Germany including Sunday as a day of rest, church holidays, and rituals such as Easter, Pentecost, and Christmas.”

Pada hemat saya, beliau ada hak untuk berkata sedemikian, sebab Jerman bukanlah negara Islam atau majoriti berpenduduk Islam. Terimalah hakikat apabila kita menjadi minoriti. Sama seperti minoriti umat Islam seluruh dunia seperti China, Thailand, Filipina dan sebagainya.

Ironinya, apabila umat Islam menjadi majoriti dan agama lain menjadi minoriti, bagaimana pula keadaannya? Apakah kita akan menjadi sedemikian berani?

Bagaimana dengan kita Malaysia? Apakah kita tidak ada hak untuk melaksanakan hak-hak Islam dalam sebuah negara Islam, yang majoritinya beragama Islam? Bukankah Islam adalah sebahagian daripada Malaysia? Jika tidak, mana mungkin Islam itu adalah agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

Kenapa kita tidak berani membuat penegasan, sedangkan orang lain begitu berani? Begitu juga Britain ketika di bawah Perdana Menteri, David Cameron, secara berani menegaskan bahawa Britain adalah sebuah negara Kristian.

Saya tidak boleh bayangkan jika ultra kiasu berjaya memerintah negara ini jika mereka menang dalam PRU akan datang. Dalam keadaan sekarang mereka sudah begitu berani mengeluarkan kenyataan mahu mengkristiankan negara ini, apatah lagi apabila sudah menang?

Begitu juga dalam isu arak yang mencetuskan rasa tidak puas hati sebahagian peguam Muslim kerana tidak puas hati arak dihidangkan dalam majlis meraikan mesyuarat agung mereka. Kenapa arak yang menjadi focus makan malam mereka, bukannya makanan lain yang lebih menyihatkan badan?

Saya tidak boleh bayangkan jika ultra kiasu memerintah. Usahkan mandi, malah selepas menang nanti, mereka mahu berendam pula. Saya berasa pelik, atas dasar apa mereka terlalu sukakan arak? Agama atau ajaran apakah yang membenarkan arak ini? Lebih pelik lagi ada juga peguam-peguam yang mengaku Islam turut bersuhabat bersama Majlis Peguam ini.

Apakah kita tidak pernah belajar daripada angkara arak ini. Peristiwa beberapa pesawat terpaksa berpatah balik, gara-gara penumpangnya mabuk sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua, sebagai rakyat dalam sebuah negara Islam Malaysia. Kenapa tidak belajar daripada peristiwa buruk yang berlaku?

Tidak dinafikan ada sedikit kebaikan arak, kerana ada proses penapaian. Tetapi keburukan arak mengatasi kebaikannya, sebab itu ia diharamkan. Dalam Islam, pengharaman arak begitu jelas.

“Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah (Muhammad) pada keduanya ada dosa yang cukup besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (Al-Baqarah 2;219). Lihat juga an-Nisaa’: 43, Al-Maidah: 90.

Dalam Islam, arak adalah ibu segala kejahatan, sama ada diambil secara sedikit atau pun banyak. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengingatkan lagi, Allah akan melaknat 10 kumpulan manusia termasuk yang menjual atau memudahkan transaksi membekalkan arak, penghasil, penjual, penghantar, penolong membeli, pelayannya, pengguna wang hasil jualan arak, orang yang membelinya dan juga orang yang membeli arak daripada seseorang.

Begitu juga dalam Injil, begitu tegas dalam larangan arak, minuman keras membuat orang mabuk dan merepek. Bodohlah orang yang menjadi mabuk (Proverb 20:1). Lihat juga Proverb 31:6-7, Ephesians 5:18.

Pendek kata, arak punca segala kejahatan. Arak telah menyebabkan masalah sosial dan hubungan kejiranan, kadar jenayah dan perceraian meningkat.

Justeru, apakah justifikasi ultra kiasu mahu arak dihalalkan? Teringat kata-kata Jomo Kenyatta, Perdana Menteri dan Presiden pertama Kenya menjadikan saya tersentak. Angkara arak dan perancangan Kristian akhirnya Kenya menjadi negara Kristian. Dalam maksud, arak adalah sebahagian perancangan Kristian dalam rangka strategi untuk mengkristiankan negara yang menjadi sasarannya, seperti yang berlaku di Kenya.

When the Missionaries arrived, the Africans had the Land and the Missionaries had the Bible. They taught us how to pray with our eyes closed. When we opened them, they had the land and we had the Bible.

Bila berjumpa doktor, selain daripada merokok, soalan lain yang ditanya adalah ‘minum’ atau tidak? Jika arak itu baik, berikanlah arak kepada isteri-isteri ultra kiasu ketika mengandung, meminumnya. Begitu juga mereka yang memandu, termasuk juruterbang.

Bukti-bukti begitu jelas menunjukkan bahawa manusia di bawah pengaruh arak, tidak lagi sedar diri, seperti dadah. Otaknya tidak lagi rasional. Tidak hairan mereka bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata kotor.

Kes pelacuran, rogol, sumbang mahram, dan Aids, salah satu puncanya adalah daripada arak. Mengikut kajian di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, setiap hari kes rogol berlaku disebabkan perogol dalam keadaan mabuk.

Lapan peratus rakyat Amerika melakukan sumbang mahram, satu daripada 12 rakyat mereka terlibat. Begitu juga dengan penularan Aids. Pesakit utamanya adalah peminum arak.

Selain itu, pelbagai kajian telah dibuat mengenai mudarat arak. Antaranya, penyakit limpa dan hati, kanser kerongkong, kepala, leher, hati, usus dan sebagainya.

Begitu juga dengan tekanan darah tinggi, kerosakan hati, strok, sawan dan pelbagai jenis penyakit. Pendek kata, namakan sahaja apa penyakit, arak adalah antara penyumbang besar.

Kajian juga membuktikan, arak bermula dengan parti sosial (social drinker) atau majlis-majlis yang sewaktu dengannya seperti majlis anjuran Majlis Peguam. Tidak ada peminum arak berniat menjadi peminum arak sejati. Tidak ada hujah untuk mengatakan kita tidak akan mabuk walaupun biasa minum arak.

Lihatlah betapa jahatnya ultra kiasu, suatu ketika dahulu apabila kerajaan negeri Melaka mahu mengharamkan arak di premis kedai 24 jam ditentang dengan hebatnya sehingga kerajaan terpaksa tunduk. Begitu juga di Shah Alam. Nasib baiklah Terengganu dan Kelantan sudah lama melaksanakan. Itupun ultra kiasu masih melompat seperti cacing kepanasan. Kenapa mereka begitu ghairah dalam perkara yang tidak ada kaitan dengan mereka?

Jawapannya, mereka mahu mencairkan umat Islam daripada agamanya. Mudahlah untuk mereka menguasai. Hari ini mereka sudah pun menguasai ultra kiasu Melayu dalam Pakatan Harapan. PAS sudah lama dapat mencium baunya, sebab itu PAS mengambil langkah keluar. Yang tinggal adalah Melayu ultra kiasu. Mereka ini membisu sahaja dalam isu arak. Inilah orang yang ultra kiasu mahu dan suka.

Saya tidak larang hak asasi ultra kiasu untuk minum, mandi dan berendam arak, jika itu juga menjadi galakan agama atau ajaran anutannya. Tetapi, amat jelas semua agama mengharamkannya. Jadi, sebenarnya mereka berpegang kepada apa? Kalau bukan untuk menyesatkan orang lain?

Apabila diusik sedikit mengenai isu agama mereka, mereka begitu melenting, misalnya kalimah Allah. Mereka mendakwah bahawa mereka juga bertuhankan Allah. Kenapa dalam isu arak, yang mana agama mereka turut menentang, tidak pula nampak sensitivitinya?

Lebih menghairankan, mereka turut menentang larangan penjualan arak di kawasan majoriti Islam seperti Shah Alam. Jelas sekali perancangan mereka yang mahu menjadikan negara kita seperti Kenya. Apakah kita masih buta? Buta mata? Buta hati?

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Apakah Islam sebahagian daripada Malaysia atau tidak? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Benarkah nasi lemak dan roti canai menjadi penyatu kaum?

$
0
0

SEORANG profesor ulung yang membuat kajian mengenai etnik dan juga dimasyhurkan sebagai pemikir politik, menjaja idea merata tempat hingga keluar negara, mengenai faktor kedai mamak, nasi lemak, dan roti canai sebagai penyatu kaum.

Hanya kerana semua (tidak semua) kaum di Malaysia ini menyukai makan itu, maka ia dijadikan asas berhujah hingga keluar negara mengatakan bahawa perpaduan kaum di negara kita sudah hebat.

Kita dikatakan tidak berparang, tetapi cuma bertikam lidah atau dibahasakan sebagai; Amongst Malaysians, there is plenty of ‘tongue wagging but not parang wielding’, and Malaysians continuously ‘talk conflict, but walk cohesion’….Apakah hujah sebegini boleh diterima?

Peliknya lagi, profesor inilah yang disanjung untuk membuat kajian lebih banyak mengenai etnik dan perpaduan di Malaysia. Mereka yang ikhlas dan lebih berpijak di bumi nyata diketepikan. Saya amat pelik, kenapa cerdik pandai dan khalayak boleh terpengaruh dengan idea sebegini?

Bagaimana dengan faktor-faktor lain yang lebih fundamental seperti ejen sosialisasi politik iaitu keluarga, pendidikan, media massa, media elektronik dan lain-lain. Tidakkah faktor ini lebih fundamental daripada makanan seperti nasi lemak dan roti canai?

Hanya kerana semua kaum menyukai makanan ini, maka ia dikatakan sebagai ejen penyatu. Kita sudah dikatakan berada dalam keadaan baik berbanding dengan negara lain. Persoalannya, apakah makanan ini menjadikan mereka bergaul atau berbual mesra?

Jelas kelihatan, setiap kaum hanya makan di kedai mamak dengan ahli keluarga dan kaum masing-masing, selepas itu mereka keluar. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya fikir, ada faktor di dalam yang belum dapat dikeluarkan dan sentiasa dipendam.

Ibarat memadam api. Api sudah berjaya dipadamkan, tetapi baranya masih menyala. Bara inilah yang bahaya kerana ia masih menyala. Nasi lemak dan roti canai belum dapat memadamkan bara ini.

Saya takut selepas ini profesor itu akan berkata KFC, McDonald, A&W, Starbucks dan lain-lain restoran makanan segera Barat sebagai penyatu kaum, hanya kerana semua kaum bertumpu kepada makanan itu. Jika begitulah keadaan, nyatalah pengabis beras sahajalah wang sebegitu banyak diberikan, untuk membuat kajian sedemikian rupa.

Saya fikir sudah sampai masanya cerdik pandai kita atau akademia, berpijak di bumi nyata, supaya tidak diketawakan orang.

Berpijaklah di bumi nyata, faktor pendidikan adalah antara yang fundamental. Dengan ada sekolah berasaskan kaum telah memisahkan kita sekian lama. Faktor ini terbawa-bawa hingga ke sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.

Kelas peralihan yang diwujudkan tidak banyak membantu, kerana faktor bahasa memisahkan. Mereka yang gagal bahasa Melayu dan tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa ini. Akhirnya, mereka akan berkawan dan bergaul dengan rakan sebangsa. Pergilah buat kajian di sekolah vernakular dan kelas peralihan di sekolah menengah.

Bagi mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, perkara ini pun turut terbawa-bawa. Mereka tidak bercampur. Pelajar Cina dan India yang datang ke kelas menghadiri kuliah lebih selesa duduk sesama mereka.

Pergilah ke universiti awam mana pun, lihatlah adakah siswa-siswa Cina dan India akan duduk bercampur dengan pelajar Melayu? Jawapannya, hampir tiada. Di luar kelas pun mereka akan berjalan sesama kaum mereka.

Keadaan menjadi lebih tenat, apabila sajian makanan disediakan pun mengikut kaum. Akhirnya, siswa-siswi Cina lebih memilih gerai atau restoran Cina, begitu juga India. Justeru, di manakah hujah mengatakan roti canai dan nasi lemak faktor penyatu kaum? Apakah sosialisasi harian menjadi kita semua bercampur gaul?

Jika di universiti awam sudah sedemikian rupa, bayang keadaan di universiti swasta seperti Kolej Universiti New Era, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR), UTAR, Universiti Xiamen dan lain-lain. Saya yakin selepas ini ultra kiasu akan bertanya bagaimana dengan UiTM, UIAM dan lain-lain yang dikhaskan untuk orang Islam dan Bumiputera sahaja? Begitu juga dengan sekolah agama? Tidakkah ini juga menanam bibit perkauman?

Terbaharu, MCA mahukan Barisan Nasional (BN) mengiktiraf Sijil Peperiksaaan Bersepadu (UEC) yang dikendalikan oleh sekolah persendirian Cina, dengan memasukkannya ke dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU14 yang bakal menjelang.

Jika tidak, undi orang Cina akan beralih arah kepada pembangkang. Persoalannya, sejak bila undi Cina mengundi BN? Apakah wajar kerajaan mengiktiraf UEC sedangkan langsung tidak mahu patuh garis panduan Kementerian Pendidikan yang mahukan sijil dan sekolah ini lebih berorientasikan Malaysia daripada berkiblatkan negara lain.

Apakah sekolah persendirian Cina mampu menjadi ejen pembinaan negara bangsa yang beroperasi penuh kecinaan?

Bangunlah daripada dunia khayalan dan berpijaklah di bumi nyata. Terlalu banyak faktor yang telah memisahkan kita sejak kecil. Selain sekolah, kita turut dipisahkan dengan media cetak dan media elektronik. Ini belum termasuk tempat tinggal.

Akhbar, radio, saluran TV dan media sosial semua mengikut kaum. Sudah tentu setiap kaum akan selesa dengan bahasa kaum masing-masing. Pergilah ke rumah orang Cina atau India, adakah mereka menonton TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan TV Al Hijrah?

Saya boleh katakan, hampir tiada. Meskipun ada stesen TV percuma ini menyediakan berita berasaskan kaum pada waktu perdana atau waktu puncak. Mereka akan mengikuti siaran-siaran berasaskan etnik berbayar daripada negara China dan India.

Begitu juga dengan akhbar harian yang dibaca. Jangan haraplah mereka membawa Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian, kerana akhbar berasaskan mereka jauh lebih banyak bilangannya berbanding akhbar berbahasa kebangsaan.

Akhbar bahasa Cina dan India melebihi akhbar bahasa Melayu. Contoh, Nanyang Siang Pau, China Press, Shin Chew, Oriental Daily, Guang Ming, Kwong Wah Yit Poh dan lain. Ini tidak termasuk akhbar Cina di Sabah dan Sarawak. Belum campur lagi akhbar berbahasa India.

Saya ingin simpulkan akhbar bukan bahasa kebangsaan, jauh lebih banyak berkali ganda daripada akhbar bahasa kebangsaan. Ini tidak termasuk, lambakan majalah mengikut etnik dan media sosial. Apabila pilihan bahasa diberikan, sudah tentu setiap bangsa akan selesa dengan bahasa bangsanya. Rasional dan logik. Tidak boleh salahkan mereka, kita yang membuat dasar.

Perkara ini jauh sekali berbeza, berbanding negara jiran yang benar-benar memperkasakan negara bangsa seperti Thailand dan Indonesia. Mereka akan memastikan agenda kebangsaan diperkasakan, berbanding agenda bangsa atau etnik. Sebab itulah, perpaduan mereka jauh lebih baik berbanding kita.

Ada seorang profesor yang juga anak buah profesor ulung itu berhujah dengan saya kenapa mahu bandingkan dengan Thailand dan Indonesia. Kedua negara ini tidak stabil, berlaku tembak-menembak dan berparang misalnya di Selatan Thailand.

Saya terkejut mendengar hujah profesor itu. Selatan Thai bergolak disebabkan ada sejarahnya. Tetapi soal memperkasakan agenda negara, Thailand amat berjaya. Bahasa Thailand disanjung dan dijunjung. Penduduk Selatan Thailand menguasai bahasa Siam dengan baik. Bahasa Siam berjaya menyatukan mereka.

Berbanding dengan kita di sini, boleh dikatakan sebahagian besar masih tidak boleh bertutur bahasa Melayu dengan baik. Ada yang langsung tidak boleh berkomunikasi.

Begitu juga dengan cara Thailand memartabatkan bahasa Siam dalam produk dan media massa dan media elektronik seperti radio dan TV. Semua produk, saluran atau rancangan luar akan dialihbahasakan kepada bahasa Siam. Menonton filem Hindustan pun dalam bahasa Siam. Kalau tidak percaya, jangan pergi jauh, masuklah ke dalam kapal terbang Siam, mereka akan sambut kita dengan ucapan Siam yang berbunyi ‘swaswadee’. Belum sampai Siam, sudah terasa macam berada di negara Siam apabila di dalam kapal terbang mereka.

Bukan macam kapal terbang kita. Sudahlah pengumuman mengutamakan bahasa Inggeris, dibuatnya pula accent (slang) atau sebutan bunyi loghat orang putih supaya tidak nampak cakap orang putih berbunyi Melayu. Lebih jelek lagi bahasa Melayu sengaja dibunyikan orang putih supaya nampak mereka ini hebat.

Lagu-lagu yang dipasangkan semua lagu orang putih. Boleh dikatakan tidak ada lagu tempatan dipasang. Hina sungguh bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu di mata mereka ini yang mengaku rakyat Malaysia. Agenda negara tidak perkasakan di tempat-tempat yang strategik dan penting.

Ini belum lagi bercakap mengenai pengangkutan awam, seperti ERL, LRT, MRT dan sebagainya. Kadang kala nak cari notis dalam bahasa Melayu pun payah. Semuanya orang putih. In tidak termasuk papan iklan dan notis-notis di tempat awam, boleh dikatakan bahasa negara merempat di bumi sendiri. Ini tidak termasuk lagi GLC-GLC seperti Petronas, Telekom (TM), CIMB, Maybank dan lain-lain.

Kadangkala nak cari notis bahasa Melayu payah jumpa. Hatta, Tabung Haji pun sudah terlebih orang putih. Kita nak bawa ke mana Malaysia ini? Menjadi lebih Barat daripada Barat atau menjadi sebuah negara yang berjati diri agar rakyat dapat menghayati agenda negara dan patriotik.

Kepada mereka yang berpendidikan Barat atau tidak faham soal pembinaan negara bangsa seperti ultra kiasu mungkin melihat perkara ini kecil. Tetapi sebenarnya ia membawa maksud yang sangat mendalam. Bangunlah wahai bangsaku Malaysia. Bangun daripada tidurmu yang lena. Kamu terlalu banyak bermimpi meskipun berada di menara gading atau bergelar profesor ulung.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Benarkah nasi lemak dan roti canai menjadi penyatu kaum? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Pabila artis jahil tahap murakab

$
0
0

KEBELAKANGAN ini, saya semakin muak dengan telatah dan tingkah laku artis yang bergelar pelakon dan penyanyi, meskipun saya juga bergelar selebriti.

Macam-macam perangai kita jumpa. Ada yang begitu berani melakukan maksiat secara terang-terang dengan merakam dan menghantar gambar. Ada yang lain pula, mengandung dan beranak pun nak bagi tahu orang. Apabila gambar menjadi viral, marahkan orang! Wajarkah? Yang gatal ambil gambar dan pos gambar pasal apa?

Saya begitu teruja dengan seorang artis yang menghantar gambar dia memeluk seorang jantan. Berbangga dapat berpeluk dengan pemain bola sepak Brazil, Roberta Carlos. Rasa seronok memeluk jantan, depan khalayak. Kalau belakang khalayak mungkin lebih daripada itu. Rela kuserah jiwa dan raga.

Nak kata perangai macam orang kafir nanti marah. Tetapi, melihat kepada gelagat mereka, kadang kala perangai mereka lebih kafir daripada orang kafir. Mana tidaknya, orang kafir kadang faham erti adab sopan. Malangnya, ada dalam kalangan kita sudahlah tidak tahu adab sopan, malah secara terang berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukan.

Macam-macam perilaku yang pelik yang bercanggah dengan norma, nilai dan agama. Apabila netizen memberikan komen, artis jahil pun berkata ‘netizen dengki dengan dia’.

Terus terang, ini bukan soal dengki atau tidak, ini soal kami dan netizen amat muak dan meluat dengan perangai kamu. Nak dengki buat apa, kamu bukan saingan kami.

Sebelum ini, ada artis yang membuat pelancaran tudung dalam kelab malam The Zouk. Bila dikritik, dijawab dengan selamba, ‘aku tau apa yang aku buat’. Peliknya, apabila kritikan menjadi semakin tular sehingga boleh menggugat perniagaannya, maka dia bertaubat dan mengeluarkan kenyataan, menyesal, sesal sesesalnya. Boleh percayakah dengan orang macam ini?

Hina betul orang seperti ini. Lebih hina lagi mereka berbangga dengan maksiat yang dilakukan. Inilah yang dikatakan sebagai bodoh tak boleh ajar atau jahil murakab

Bila dah tua esok, sudah tidak laku, sibuk pula mahu berhijrah dengan bertudung, kemudian berniaga tudung. Pada mereka, berhijrah itu adalah bertudung. Mereka tidak faham roh bertudung dan roh menutup aurat.

Bertudung tidak semestinya menutup aurat. Ada orang bertudung, tetapi pakaiannya macam sarung nangka. Sendat sana sini, tertonjol dan menonjol. Menutup auratkah kalau macam itu, jika sudah boleh nampak urat-urat?

Wahai artis bertudung yang sudah berubah kononnya, tanamkan sifat malu pada dirimu, jangan rosakkan imej Islam setelah kamu berubah.

Saya selaku selebriti TV, selalu bertemu artis-artis ini dalam program realiti agama. Maklumlah, mereka tampil sebagai tetamu dan kadang kala menyampaikan lagu berunsur ketuhanan.

Seperti biasa, pemahaman Islam mereka, bila menyanyi lagu ketuhanan mereka jadi baik sekejap. Lepas itu, faham-faham sahaja lah. Itulah realiti dunia artis hiburan. Pernah saya bertanya beberapa soalan kepada artis ketika berlangsungnya program realiti, terutama ketika menjelang Ramadan.

“Apa aktiviti ketika di bulan Ramadan”. Jawapan standard; “Ya.. dalam bulan Ramadan atau bulan puasa, saya banyak menghabiskan masa melakukan ibadat dengan berpuasa dan solat sunat Tarawih, bagi menghormati bulan Ramadan. Aktiviti menyanyi dan berlakon berhenti dan akan disambung semula selepas tamatnya Ramadan”.

Pemahaman bulan Ramadan mereka sangat sempit. Bulan Ramadan bulan ibadat, bukan lain bulan… berjahat. Bulan Ramadan tidak boleh melakukan maksiat, semua aktiviti lakonan dan nyanyian merapu dihentikan. Masuk bulan Syawal, berpestalah mereka.

Jika inilah pemahaman kita terhadap Islam, seolah-olah ada hari atau bulan tertentu kena jadi baik, ada bulan tertentu tidak perlu jadi baik, iaitu boleh berjahat atau bermaksiat, maka sampai bila-bila pun mereka akan berkelakuan seperti yang disebutkan di atas tadi, seperti memeluk jantan dan melakukan aktiviti di kelab malam.

Saya masih tidak lupa pengakuan seorang personaliti Youtube, Nisa Kay yang berkelakuan tidak senonoh ketika majlis pelancaran tudung artis itu dalam kelab malam dengan aksi yang menghairahkan. Menurut Nisa, aksi tersebut tidak menggambarkan perilaku sebenarnya.

Katanya: “Saya akui, perlakuan saya itu tidak seharusnya terjadi dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung.Saya akui, saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga,” katanya dipetik sebuah portal berita.

Nisa turut mendakwa dia tidak menyangka video itu akan tular dan terkejut melihat komen dan posting yang dimuat naik di laman sosial. Dia juga mengakui: “Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut.”

Dia berharap kejadian itu bukan sahaja memberi pengajaran kepadanya, malahan kepada orang lain juga.

Saya menonton video yang tular itu. Kenapa seseorang ‘muslimah’ tidak dapat mengawal adab ketika berada di kelab malam? Jawapannya mudah, kerana kita berada di tempat mungkar. Lihatlah video itu bagaimana gadis imej bertudung terkinja-kinja macam orang tidak ada agama dan tidak sedar diri. Kenapa diri tidak dapat dikawal?

Justeru, sudah sampai masa artis-artis bertudung tidak sekadar bertudung, tetapi pada masa sama mereka perlu ada ilmu dan meningkatkan ilmu. Kena mengaji agama seperti Allahyarham Azmil Mustapha, Shamsul Ghau Ghau, Iwan dan lain-lain.

Saya cukup bimbang artis hanya bertudung untuk mencari populariti. Walhal sebenarnya mereka tidak faham roh bertudung. Bertudung sekadar fesyen untuk mencari wang tambahan bagi melariskan tudung.

Peliknya, kenapa khalayak sanggup membeli tudung mereka dengan harga yang bukannya murah. Sedangkan banyak lagi tudung di tempat lain. Saya ucapkan tahniah followers dan netizen yang mengambil tindakan ‘left’ meninggalkan artis tersebut. Yakinlah! Dengan meninggalkan mereka, saudara semua telah melakukan tindakan yang bijak.

Tidak perlulah berbangga dengan kemaksiatan yang dilakukan mereka. Tidak perlu juga mempertahankan mereka sehingga mencetuskan pergaduhan di alam siber.

Kepada semua artis, jika benar-benar kamu mahu berhijrah, berhijrah dengan dengan sebenar-benar hijrah. Hayatilah penghijrahan itu melalui pembelajaran dan penghayatan ilmu. Berhijrah bukan sekadar bertudung.

Bertudung itu belum tentu menutup aurat. Banyak lagi perkara yang perlu diketahui apabila bertudung, bagi menjaga maruah dan harga diri seorang Muslimah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Pabila artis jahil tahap murakab appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Berlakukah tsunami Melayu?

$
0
0
SAMA ada diperangkap atau terperangkap, apa ke jadahnya seseorang pemimpin atau wakil rakyat beragama Islam, minum kopi di kelab malam atau kelab karaoke?

Tidakkah di situ akan mengundang fitnah dan mehnah? Saya dah naik menyampah melihat gelagat segelintir pemimpin yang menyusahkan pimpinan parti untuk menjawab masalah yang ditimbulkan, gara-gara memenuhi kehendak nafsu serakah mereka yang tidak dapat dikawal. Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tidak mustahil ultra kiasu akan menaja makan minum mereka, kerana perancangan licik mahu mencairkan identiti dan jati diri umat Islam. Malangnya, umat Islam sengaja tidak mahu ambil tahu atau buat-buat tidak tahu kerana mahukan keseronokan duniawi.

Peliknya, banyak lagi tempat yang boleh pergi untuk minum kopi atau teh, seperti Warung Pak Mad, Pak Ayob, Mak Temah, Mak Jenab dan lain-lain warung Pak dan Mak lagi, yang sudah tentu terjamin halal. Kenapa yang dipilih kelab malam atau karaoke? Tempat bersarangnya arak.

Kalau nak standard lagi pergilah ke Paparich dan restoran makanan segera, atau hotel-hotel berbintang yang tidak terlalu menonjol kemungkaran. Ini tidak, kelab malam. Nama pun kelab malam, kelab yang beroperasi pada waktu malam. Mana ada kelab siang jika kelab ini benar-benar halal.

Kelab malam atau yang sewaktu dengannya, sudah disinonim dengan tempat maksiat. Tempat syaitan bersarang. Segelas kopi bukannya murah di situ, berbanding dengan gerai biasa. Ini tidak termasuk berkaraoke. Saya ingatkan mereka sudah menjadi Islamik dalam zaman kebangkitan Islam sekarang, rupanya masih ada segelintir yang jahil.

Bagaimanakah kita mahu mengharapkan mereka mampu menjadi imam solat atau memimpin rakyat ke jalan yang benar?

Maka berhati-hati, jika dipelawa, meskipun dibelanja percuma. Banyak lagi tempat boleh berjumpa. Melambak. Tak tahu pula mahu jadi seperti As-Syahid Hasan Al-Banna, pejuang dan pendakwah hebat, sanggup berdakwah sehingga ke kelab malam.
Adakah terdapat pemimpin sehebat As-Syahid Hasan Al-Banna pada hari ini? Tetapi melihat kepada perwatakan mereka yang ditangkap, jauh sekali untuk menjadi seperti Hasan Al-Banna.

Justeru, bertaubatlah wahai pemimpin sekelian. Berubahlah. Rakyat sedang memerhatikan dan menilai kamu. Meskipun ditakdirkan rakyat tidak nampak, pasti Allah Yang Maha Mengetahui tahu duduk perkara sebenar.

Pendek kata, orang sebegini tidak layak dianggap sebagai pemimpin meskipun nanti dibuktikan tidak bersalah. Apa tujuan masuk ke kelab malam? Itu satu persoalan yang sentiasa bermain di kepala saya. Soal terlibat dengan dadah tidak, kencing positif dadah tau tidak, letak ke tepi dahulu.

Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan pelancaran koleksi pakaian muslimah dan tudung oleh seorang artis yang kononnya telah berhijrah. Apabila insiden tersebut menjadi viral, masih lagi mahu mempertahankan tindakannya. Namun, setelah peminatnya naik muak, mampu menggugat perniagaannya, barulah nak bertaubat. Boleh percayakah orang sebegini?

Sempena menjelang PRU14, saya menyeru semua parti politik, supaya mengemukakan calon yang bersih dan berakhlak mulia, jika dirasakan mereka mahu menang. Begitu juga jika dirasakan tidak mahu akan berlaku tsunami politik Melayu yang ketara. Tsunami politik tidak mustahil berlaku jika kita masih tidak berubah. Tidak ada lagi zon selesa sekarang.

Apa jua berita dan kejadian boleh didapati dan dibaca dalam sekelip mata. Bukan macam dahulu kita disogok dengan media sehala sahaja. Hari ini makcik-makcik dan peniaga-peniaga pasar pun boleh mendapat maklumat hanya dengan satu sentuhan.

 
Saya masih ingat, ketika bertemu dengan beberapa peniaga pasar dalam mendapatkan pandangan mengenai PRU14, ketika ditanya, maka jawapannya, tanpa ragu, berasaskan kepada rutin harian melayan pelanggan; “asalnya bukan dia” Siapakah dia itu? Saya fikir semua sudah faham apa yang saya maksudkan. Pendapat seorang peniaga pasar ini, boleh mewakili lebih seribu orang.

Justeru, saya mohon kepada semua pemimpin parti yang mahu menang, zaman sekarang, rakyat sudah tidak melihat parti, tetapi memilih pemimpin manakah yang paling berintegriti. Percaya! Pemikiran rakyat Malaysia sudah berubah. Mereka tidak lagi boleh digula-gulakan. Apatah lagi dengan ledakan teknologi maklumat. Maklumat boleh diakses dengan hujung jari, begitu cepat. Kenapa berlaku tsunami pada PRU12 2008?

Persoalan yang sudah terjawab. Sama ada berita benar atau tidak, melalui perkembangan teknologi, rakyat sudah mampu membuat perbandingan.

Justeru, bangunlah. Cerminlah diri. Bertanyalah. Apakah aku layak menjadi seorang pemimpin? Apakah aku mengutamakan rakyat atau tidak? Pada hemat saya, beberapa perkara berikut hendaklah diambil kira oleh pimpinan parti politik sebelum mengetengahkan pemimpin mereka untuk bertanding dalam PRU14:

Pertama, pemimpin mesti dapat menunjukkan akhlak yang mulia kepada rakyat. Mereka hendaklah dalam kalangan yang terdiri daripada kurang melakukan dosa dan maksiat. Dalam kata lain, pemimpin hendaklah berilmu dan beriman, bagi membolehkan mereka dapat menjaga diri dan tidak terpesona dengan godaan dunia. Syarat ini juga terpakai kepada pemimpin bukan Islam. Mereka mesti percaya kepada kewujudan Tuhan dan patuh kepada perintah-Nya.

Kedua, selain daripada ciri-ciri di atas, mereka juga hendaklah juga profesional, terdiri dalam kalangan yang mampu mengurus dan mentadbir negara ini dengan baik. Lulusan agama atau tidak, tidak menjadi masalah, asalkan mereka terdiri dalam kalangan golongan takutkan Allah Subhanahu Wa Taala atau Tuhan kepada bukan Islam. Sudah tentu pemimpin yang melangkah ke kelab malam perlu ditolak.

Ketiga, tunaikan tagline 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Jika sudah terlalu banyak duit, tidak perlulah dihabiskan dengan makan minum di tempat yang mewah-mewah. Gunakan lebihan wang yang ada untuk membantu rakyat daripada menaburkannya kepada pelayan kelab malam. Keluarkan rakyat daripada kemiskinan kerana kemiskinan boleh menjadi malapetaka kepada negara.

Keempat, pemimpin yang terpalit dengan pelbagai kontroversi hendaklah memberikan laluan kepada pemimpin yang kurang kontroversi atau susah untuk dicari kontroversinya. Utamakan parti daripada diri sendiri. Pemimpin akan datang dan pergi, tetapi parti politik akan terus kekal berjuang dengan idealismenya.

Kelima, elakkan juga terlibat dengan skandal terutama berkaitan dengan perempuan. Wanita boleh membawa kita kepada kehancuran jika dihalalkan statusnya. Ramai dalam pemimpin yang suka kahwin dengan artis, akhirnya terpalit dengan kontroversi.

Saya tidak boleh bayangkan orang kuat Parti Amanah Negara (PAN) apabila terpalit dengan kancah rumah tangga gara-gara berkahwin dengan artis. Tuhan Maha Berkuasa, dahulunya dia mengutuk saya hanya kerana tidak sefahaman dan tidak sependapat.

Hari ini rumahtangganya bergelora dan berantakan. Inikah bentuk pemimpin yang mahu kita cari? Rumahtangga sendiri tidak terjaga, masakan mampu menjaga rakyat.

Akhirnya, rakyat adalah raja dalam sistem demokrasi. Mereka adalah hakim yang akan menentukan siapakah pemimpin yang wajar diangkat sebagai pemimpin bagi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pilihlah pemimpin yang paling berintegriti, berpandukan kepada rasa ‘God fearing’ kerana hanya ini sahaja yang mampu mengawal dirinya daripada terjebak kepada kerosakan dan kemungkaran, termasuk minum kopi di kelab malam, meskipun hatinya berniat baik kepada pelayan kelab malam.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

 
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Berlakukah tsunami Melayu? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Mufti tidak boleh cari jalan selamat

$
0
0

SAYA agak terkejut apabila ada seorang mufti begitu aktif dalam laman sosial hatta sampai ke tahap PRU yang sudah semakin hampir. Jika komennya neutral tidak mengapa juga, tetapi sehingga mahu menentukan parti tertentu yang seharusnya dipilih, seperti parti bunga raya, saya fikir, ini sudah melampaui ciri-ciri kemuftian.

Mufti ini seolah-olah mahukan kita menerima parti tertentu dan menolak parti tertentu. Saya fikir ini bukan tugas mufti.

Mufti sepatutnya neutral bukan mahu menjadikan dirinya relevan untuk semua parti politik, dan membolehkan dia melompat ke parti yang memerintah nanti.

Mufti tersebut ingin mencari jalan selamat jika ditakdirkan kerajaan bertukar. Besar kemungkinan, beliau tidak akan dipecat apabila kerajaan bertukar.

Sudah menjadi kebiasaan, apabila kerajaan bertukar, maka mereka akan mencari orang baharu yang dapat menggantikan kedudukan orang lama yang dikatakan pro kerajaan lama.

Di sini lah kebangangan yang kerap berlaku dalam politik Malaysia hari ini. Mereka tidak melihat kepada kepakaran atau kebolehan melakukan kerja. Yang dilihat adalah mereka ini orang aku atau bukan. Jika bukan, bekukan mereka. Tukar dengan pegawai yang pro mereka.

Saya fikir mereka yang oportunis tidak selayak memegang jawatan yang begitu penting kepada sesebuah negara. Saya tidak mempunyai masalah dengan mana-mana mufti, tetapi mencari jalan selamat tersebut sepatutnya tidak berlaku kepada mufti.

Saya amat yakin apabila kerajaan berubah, jika ditakdirkan, semua mufti akan ditukarkan kecuali satu sahaja mufti yang akan kekal dan tidak mustahil dilantik sebagai mufti besar atau menteri agama, iaitu mufti yang terlalu aktif dalam laman sosial, sehingga saya tertanya-tanya apakah tugas mufti ini sebenarnya? Apakah setiap hari mengaktifkan media sosialnya.

Sebab itu, saya mohon, mufti tersebut tidak terlalu pro mengambil sikap menyelamatkan diri kerana ia menjadi terlalu hodoh untuk orang jahil seperti saya melihat perkara tersebut.

Mufti tidak sepatutnya bercakap dalam semua perkara, terutama melibatkan politik kepartian. Saya bukanlah selayaknya untuk memberikan komen terhadap mufti. Tetapi sebagai rakyat saya mempunyai tanggungjawab terhadap mufti.

Saya boleh bersetuju dengan beberapa pendapat bahawa mufti tidak sepatutnya terlalu aktif dengan dengan blog, FB, twitter dan whatsAppnya. Begitu juga menulis puisi dan menulis lagu. Mufti adalah seorang yang diberikan mandat oleh Sultan atau Raja sebagai pemegang fatwa sesebuah negeri atau negara.

Pendek kata, tugas mufti amat berat selepas sultan, termasuk menulis fatwa, menyimpan dan membatalkan fatwa. Mufti sebenar setaraf dengan hakim. Seperti semua sedia maklum, hakim tidak boleh hidup seperti rakyat biasa seperti ke pasar, berjumpa orang ramai sewenang-wenangnya dan banyak lagi. Dia mesti menjaga adab sebagai sebagai seorang hakim. Begitu juga dengan mufti.

Tidak ramai yang mengetahui sifat seorang mufti. Kata-kata mufti itu mengikat rakyat seperti saya. Melebihi kitab-kitab lama karangan para ulama terdahulu. Misalnya, jika ada ulama mengatakan bermain gitar itu haram, manakala pendapat mufti itu kata harus, maka leburlah pendapat ulama terdahulu. Demikianlah tingginya darjat seorang mufti.

Dalam kata lain, mufti bukanlah hanya seorang pendakwah, tetapi lebih tinggi daripada itu seorang pendukung. Tugasnya bukan menegakkan agama, tetapi memelihara agama. Tidak sepatutnya seseorang mufti sama cara hidup nya seperti rakyat jelata yang lain, apatah lagi untuk berpuisi, berblog, bertwitter dan aktif sepanjang hari berwhatsApp dengan rakan-rakan separti dan sejawatan.

Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2008), mufti adalah tokoh terpenting dalam hierarki masyarakat dan kerajaan Islam. Mufti memikul amanah cukup berat lagi getir dalam memimpin umat manusia amnya dan umat Islam khususnya ke arah kebajikan dan kesejahteraan sejagat. Bahkan mufti adalah satu jawatan yang diberikan kepada seorang alim yang berkelayakan dan berkemampuan serta mempunyai kepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Akan tetapi tidak semua orang alim itu layak menjadi mufti dan sebaliknya seorang mufti adalah seorang ulama berkewibawaan.

Mufti juga mendapat kedudukan istimewa di sisi undang-undang di samping mendapat pengiktirafan daripada Islam sebagai jawatan yang bertanggungjawab penuh dalam misi penjelasan terhadap isu keagamaan serta mengajak seluruh umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan hadis sebagai wadah kesejahteraan ummah.

Justeru, mufti tidaklah perlulah menyerang parti-parti politik yang tidak sebulu dengannya. Cukup cakap secara umum sahaja. Jika mufti mahu juga bercakap mengenai PRU14 maka tegurlah perkara yang lebih besar yang tidak bersifat partisan.

Misalnya, perbelanjaan atau pembaziran kempen pilihan raya sehingga menelan belanja berbilion ringgit. Tidakkah lebih baik wang tersebut digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan seperti fakir dan miskin, ibu tunggal serta mereka yang berada dalam persimpangan antara hidup dan mati seperti kanak kanak di Syria yang dibunuh kejam oleh regim Bashar.

Saya tidak boleh bayangkan berapa puluh juta mungkin mencecah bilion wang yang terpaksa digunakan bagi tujuan kempen PRU14 ini. Bayangkan duit tersebut digunakan untuk membantu si fakir dan si miskin, berapa ramai dalam kalangan mereka boleh dikeluarkan daripada kemiskinan.

Semua sudah sedia maklum, rakyat sudah membuat pilihan parti masing-masing yang mahu diundi. Apatah lagi PRU14 hanya ada tiga parti besar yang bertanding. Pertama, BN, PAS, PKR (PH) dalam konteks Semenanjung. Mungkin sedikit berbeza di Sabah dan Sarawak.

Jadi, berpada-padalah apabila berkempen. Perang poster yang keterlaluan hanya satu pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku tatkala rakyat sudah menetapkan pilihan parti yang akan diundi.

Mufti patut tampil membuka minda masyarakat, bukannya turut terlibat meminta rakyat menolak parti-parti tertentu. Ini bukan mufti namanya.

Negara telah menetapkan sistem demokrasi sebagai asas pemerintahan, bermakna rakyat adalah raja kepada sistem ini. Berilah mereka kebebasan untuk memilih bila tiba pilihan raya. Tidak perlulah seorang mufti tampil ke hadapan untuk mendogmakan rakyat.

Bila perkara ini berlaku, nampak sangat hodohnya wajah seorang yang bergelar mufti. Bertindaklah secara neutral.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Mufti tidak boleh cari jalan selamat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Bagilah lagi apa yang Cina mahu

$
0
0

BAGILAH lagi apa yang Cina mahu kerana mereka pasti mengundi BN dan menolak Pakatan Harapan (Harapan). Itulah kejayaan besar ultra kiasu Cina dalam meyakinkan pemimpin negara (BN), dalam mendapatkan apa yang dihajati.

Mengenali ultra kiasu ini sekian lama, terus terang undi mereka tidak akan beralih kepada BN. Jika adapun terlalu kecil. BN melalui wakil Cinanya – MCA dan Gerakan – akan tetap kalah di kawasan majoriti Cina, manakala Cina BN yang begitu bersungguh-sungguh mahukan kerusi kawasan majoriti Melayu tetap akan menang.

Melayu yang memenangkan Cina BN. Sedangkan Melayu di kawasan majoriti Cina, berputih mata. Ini realiti politik Malaysia hari ini. Kita begitu terbuka, manakala bangsa lain begitu sempit. Sama juga seperti MIC. Kasihan saya kepada MyPPP. Namun, jika UMNO masih mahu terus memberikan kerusi majoriti Melayu kepada MCA, Gerakan dan MIC, tidak mustahil kali ini akan kecundang.

Biarkan mereka bertanding di kawasan majoriti mereka. Ditakdirkan kalah, masih diperlukan dalam Kabinet, lantik mereka sebagai Senator untuk menduduki kerusi menteri, jika mereka mahu. Yakinlah! Kerajaan yang memahami Islam tidak akan menganiaya orang bukan Islam kerana ia asas hidup beragama.

Terbaharu, Sekolah Menengah Persendirian Cina Choong Hwa, Sentul, Kuala Lumpur diberikan pajakan sebidang tanah berkeluasan 1.2 hektar bagi tujuan pembinaan kompleks sukan, selama 99 tahun. Tidak sampai 6 bulan, dua bidang tanah telah dipajakkan kepada sekolah tersebut di tengah-tengah kota raya, yang harga atau nilai tanah seperti emas.

Berilah lagi kepada semua sekolah persendirian yang ada, saya mahu tengok adakah undi Cina akan beralih kepada BN.

Bersyukur sangat menjadi ultra kiasu ketika menjelang PRU14, mereka akan minta apa yang selama ini mereka tidak dapat.

Siapa untung siapa rugi? Jawapannya sudah berada di kepala masing-masing. Air mata menitis melihat sekolah agama persendirian seperti Maahad Tahfiz, ibarat hidup segan mati tak mahu. Sekolah persendirian Cina yang kini bakal diiktiraf sijil peperiksaannya (UEC) jika BN menang, diberikan layanan sebegitu hebat.

Boleh dikatakan semua sekolah aliran perdana tidak ada kompleks sukan kerana keterbatasan kawasan dan bajet, jadi apa istimewanya sekolah persendirian Cina diberikan pajakan tanah untuk pembinaan kompleks sukan. Ya, tidak dinafikan mereka membinanya dengan wang sendiri, tetapi wajarkah kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan?

Saya tidak mahu komen panjang, semua orang sudah tahu. Cukuplah dengan melontarkan pertanyaan, sebenarnya kita mahu membina negara bangsa atau mahu membina bangsa? Kita mahu membina negara untuk 100 tahun atau membina negara untuk setiap lima tahun, setiap kali datangnya pilihan raya?

Jika matlamat kita untuk lima tahun. Lima tahun akan datang, kita akan terus memainkan politik melepaskan tali. Saya bimbang selepas ini tidak ada tali yang boleh dihulurkan lagi, semuanya sudah menjadi milik orang. Pribumi merempat di bumi sendiri.

Tidakkah kita sedar bahawa semua sekolah Cina yang beroperasi hari ini, sama ada sekolah bantuan penuh atau sekolah persendirian, prasarana dan infrastruktur mereka sudah mengalahkan sekolah berasrama penuh. Ada sekolah (SJKC dan persendirian) yang kelas sepenuhnya berhawa dingin. Penyata kewangan PIBG mereka setiap tahun berakhir dengan 7 angka. Baki wang mereka begitu banyak. Ini tidak termasuk pembinaan demi pembinaan baharu yang dilakukan.

Apa yang ingin saya sampaikan, sokongan dan bantuan daripada jutawan dan kaum mereka begitu tinggi bagi memastikan survival bahasa dan bangsa. Apabila kerajaan turut membantu, sudah tentu ia menjadi mencurah-curah sehingga melimpah. Kerajaan beri gaji dan bangunan, jutawan mereka tambah lagi dengan segala kemudahan.

Yang paling ironi, SJKC yang paling kurang murid dengan hanya ada seorang pelajar Cina dan selebihnya 22 pelajar Melayu di Hulu Langat, tidak boleh ditutup hanya kerana namanya SJKC.

Jika perkara yang sama berlaku kepada sekolah agama atau sekolah kebangsaan, pasti ia sudah lama ditutup daripada beroperasi. Inilah nasib kita. Saya sudah tidak tahu nak kata apa. Setiap kali saya mengeluarkan kata-kata, saya akan dituduh macam-macam kata-kata nista. Biarkan masa yang akan menentukan.

Wahai negarawan dan pemimpin yang tercinta! Saya sering dilabelkan sebagai rasis, ekstremis dan pelbagai label lagi. Saya terima apa juga label kerana sebagai rakyat Malaysia, saya mahu membina negara bangsa, bukan mahu membina bangsa. Bangsa tidak akan kekal. Setiap orang pasti akan mati, tetapi yang akan kekal adalah negara sehinggalah berlakunya, kiamat.

Ultra kiasu amat bijak dan licik. Hari ini kita berikan mereka sekeping tanah, selepas ini mereka akan membina kompleks. Jutawan mereka akan berbondong-bondong memberikan derma bagi memastikan kompleks sukan menjadi realiti. Mereka akan minta pengecualian cukai. Selepas itu, mereka akan mendekati wakil rakyat, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan dana tambahan.

Strategi terakhir, mereka akan jemput kepimpinan tertinggi negara untuk merasmikan bangunan tersebut. Mereka akan minta dana tambahan ketika merasmikan, kemuncaknya mereka akan dapat lagi tambahan beberapa juta. Inilah yang telah berlaku kepada beberapa bangunan berasaskan kaum yang telah dibina bagi menyempurnakan pembinaannya dan kelengkapannya.

Sudah tentu apabila didekati, sebagai pemimpin, mereka akan beri, sebab mahukan undi mereka. Lihatlah bangunan Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) di Serdang, tersergam indah di tepi lebuh raya. Bangunan ini berdiri megah dengan bantuan kerajaan.

Selain daripada menjadi tempat operasi dan menempatkan segala kegiatan mereka, bangunan ini juga menempatkan Universiti Merdeka dengan bahasa Cina sebagai pengantara. Bertambah lagi universiti berasaskan bangsa. Akhirnya, mereka dapat semua, kita melopong. Undi entah ke mana. Sekolah persendirian agama, tetap tidak berubah. Apakah berbaloi politik sebegini?

Secara tidak langsung, pemberian pajakan tanah ini, bermakna kita telah mengiktiraf UEC, sijil yang dikeluarkan dan dikelolakan sendiri oleh sekolah persendirian ini. Perlu diidingat, UEC sudah menjadi manifesto BN pada PRU14. Bermakna jika BN menang, UEC akan diiktiraf dengan beberapa syarat.

Manakala, jika Harapan menang, lebih cepat lagi untuk diiktiraf kerana dalam manifesto Harapan akan mengiktiraf UEC tanpa syarat. Harapan lebih berani dalam matlamat menghalalkan cara, berbanding BN. Sudah tentu dalam hal ini BN lebih baik daripada Harapan. Ternyata Harapan mahu membina negara dalam negara. Politik sebegini amat bahaya dan rakyat mesti menolaknya.

Saya tidak kisah langsung, malah akan menyokong sepenuhnya, jika kerajaan mahu membantu Cina (begitu juga bangsa lain) yang gelandangan bagi mengeluarkan mereka daripada kemiskinan, kerana ia amat penting dalam pembangunan negara bangsa. Kemiskinan adalah isu yang amat besar dalam pembinaan negara bangsa. Tetapi memperkayakan lagi sekolah mereka yang sudah sedia kaya, maaf, saya terpaksa bersuara walaupun terpaksa berhadapan dengan risiko.

Tidak timbul saya sebagai seorang Cina tidak menyokong bangsa sendiri. Maaf, saya lebih mengutamakan pembinaan negara bangsa daripada pembinaan bangsa. Pembinaan bangsa hanya akan meruntuhkan sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan yang selama ini kita bina.

Pastinya perpaduan kaum akan tergugat apabila ada sesuatu bangsa yang merasakan mereka lebih superior daripada bangsa lain. Lebih malang, apabila mereka tidak dapat dikeluarkan daripada kemiskinan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Bagilah lagi apa yang Cina mahu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Tolak calon ultra kiasu dan sekutu komunisnya: Ridhuan Tee

$
0
0

DALAM banyak Pilihan Raya Umum (PRU), PRU14 adalah yang paling getir dan kritikal, ibarat antara hidup dan mati, semua parti-parti politik yang bertanding, terutama BN, PAS dan PH. Sama ada BN dapat meneruskan kesinambungan legasinya atau tidak, bergantung kepada keputusan PRU14 itu nanti, yang hanya tinggal lebuh kurang seminggu.

Justeru, pengundi mesti membuat pilihan yang bijak sama ada memilih BN, PAS atau PH. Salah pilih, kita akan merana untuk lima tahun akan datang. Ada orang berkata, bagilah peluang kepada pakatan ultra kiasu, tengok dan buat perbandingan mana lebih baik. Jika mereka gagal, tukar balik lima tahun lagi.

Persoalannya, bukan mudah untuk ditukar balik, selepas mereka berjaya memerintah. Contoh, apabila terlepas Pulau Pinang dan Selangor, bukan senang diambil balik. Ultra kiasu akan pancing hati rakyat dengan pelbagai insentif dan gula-gula yang akan diberikan.

Ultra kiasu ini bukan bodoh, mereka dalam kalangan orang bijak dan licik. Kita sahaja yang bodoh, mudah terpedaya dan terperangkap dengan gula-gula mereka.

Ultra kiasu telah sekian lama dapat membaca psiki dan pemikiran orang Melayu. Ultra kiasu akan suap orang Melayu untuk mencairkan hatinya, sehingga kita berkata, “bagus sungguh dia, walaupun bukan Islam sanggup membantu kita”. Misalnya, bantuan ultra kiasu kepada masjid dan surau yang mungkin lebih sedikit sebelum ini, seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu Pulau Pinang dan Selangor.

Setelah mendapat bantuan tersebut, maka dalam kalangan kita akan berkata, “bagus sungguh kerajaan ultra kiasu Pulau Pinang (Selangor). Walaupun bukan Islam, sanggup membantu masjid dan surau.”

Sebab itu, janganlah terlalu hairan, jika ultra kiasu memberikan sedikit lebih bantuan kepada rakyat berbanding kerajaan sebelumnya. Mereka mesti melakukan sedemikian, malah kelihatan seolah-olah lebih baik. Jika mereka tidak melakukan sedemikian, sudah tentu riwayatnya akan tamat dalam PRU15. Justeru, kita mesti bijak membuat pilihan dalam PRU14 kali ini.

Sekian lama saya menulis, betapa bahayanya ultra kiasu. Tidak terlepas daripada mendedahkan kebobrokkan ultra kiasu. Dalam keadaan genting dan kritikal hari ini, saya ulangi lagi, kita mesti menolak calon ultra kiasu, jangan undi mereka. Alasannya adalah:

Pertama, ultra kiasu anti-Islam. Ultra kiasu hanya mahukan pluralisme. Tidak ada agama yang mengakar, semuanya sama. Islam dengan agama-agama lain semuanya pukul sama rata. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Islam tidak boleh dipukul sama rata dengan agama-agama lain. Malah agama lain pun tidak mahu disamakan dengan agama Islam.

Islam mesti didaulat seperti mana termaktub dalam perlembagaan. Bukan bermakna, kita mahu menindas agama lain. Tidak sama sekali. Sejarah Islam membuktikan, Islam tidak pernah menindas bukan Islam. Rata-rata kita lihat, bukan Islam dapat hidup senang lenang dalam sebuah negara Islam. Namun, belum tentu Islam dapat hidup aman dalam negara bukan Islam.

Kedaulatan agama Islam di Malaysia ini ada sejarahnya. Islam adalah agama penduduk majoriti pribumi negara ini, agama orang Melayu. Sebab itu, agama Islam termaktub dalam Perlembagaan. Agama yang mengakar Alam Melayu sekian lama, agama majoriti penduduk Alam Melayu.

Ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia, ia adalah perkara biasa. Agama majoriti akan mengakar. Sama seperti negara lain seperti Buddha mengakar di Thailand, China, Sri Lanka dan sebagainya. Di Thailand misalnya, jangan ada sesiapa pun yang cuba mempertikaikan Buddha, termasuk bangsa Siam sendiri dan rajanya. Semua perkara ini dilindungi. Jika ada sesiapa yang berani menghina atau merendah-rendahkan, mereka akan dimasukkan ke penjara.

Kedua, ultra kiasu anti-Melayu. Ultra kiasu tidak mahu orang Melayu yang menjadi ahli dalam parti mereka, yang ada jati diri Melayu, kuat pegangan Islamnya, hebat akhlaknya dan sebagainya. Ultra kiasu hanya mahukan Melayu yang liberal, tidak solat, minum arak dan antiundang-undang Islam.

Melayu yang sudah tidak ada jatinya, antibangsa mereka sendiri dan anti kepada agamanya, itulah pilihan mereka yang akan diangkat menjadi calon dan pemimpin mereka. Mereka akan cari dalam kalangan sosialis, komunis dan liberalis. Ini tidak termasuk melaksanakan agenda Kristian Evangelis mereka.

Saya amat mengharapkan rakyat dapat menolak parti ultra kiasu dan fahaman komunis yang dibawanya. Ultra kiasu ini berselindung di bawah sistem demokrasi untuk menyebarkan ideologi komunis yang dipegang sekian lama. Sekian lama saya bercakap, kali ini mula terbukti terserlah belangnya apabila parti ultra kiasu ini mencalonkan cucu kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) dalam PRU14. Kenapa tidak letak calon Melayu ultra kiasu yang lebih baik, seperti bekas wartawan Utusan Malaysia?

Ternyata, orang seperti bekas wartawan Utusan Malaysia yang ada jiwa Islam, yang menyertai ultra kiasu, bukanlah pilihan ultra kiasu. Tetapi yang dipilih adalah cucu pemimpin PKM berfahaman komunis. Tidak puas hati dengan pemilihan ultra kiasu komunis ini, maka Melayu ultra kiasu yang tidak terpilih itu mencabar cucu pemimpin PKM untuk berdebat bagi membuktikan dia tidak komunis.

Dakwa Melayu ultra kiasu tersebut, cucu pemimpin PKM tersebut memasuki DAP pada tahun 2016, terus diangkat menjadi Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan kini diangkat lagi sebagai calon PRU14. Ultra kiasu Melayu yang tidak tercalon itu mengatakan tindak-tanduk dan agenda-agenda yang dilakukan oleh Melayu komunis ini banyak kepada mirip agenda songsang.

Cucu pemimpin PKM tersebut menggesa semua pihak tidak menghakiminya berdasarkan neneknya, sedangkan sebelum ini, beliau menyatakan neneknya adalah idolanya dan menyifatkannya sebagai “wirawati dan pejuang bangsa”.

Sejak bila pula PKM menjadi wira pejuang kemerdekaan dan pejuang bangsa? Komunis tetap komunis. Agenda untuk menguasai Tanah Melayu amat jelas. Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah dalam Perang Dunia Kedua 1945, komunis telah keluar dari hutan untuk menguasai Tanah Melayu. Nasib baik, British cepat sampai dalam tempoh 14 hari, jika tidak pasti negara ini telah diperintah Komunis.

Sebelum ini saya turut membaca kenyataan cucu pemimpin komunis tersebut betapa beliau sangat teruja menjadi ahli parti ultra kiasu kerana perjuangan Malaysian Malaysia yang dibawa. Apakah cucu PKM ini faham akan maksud Malaysian Malaysia? Jika tidak faham mari saya ajarkan.

Malaysian Malaysia adalah perjuangan ultra kiasu sekian lama. Malaysia untuk rakyat Malaysia. Memang benar, Malaysia untuk rakyat Malaysia. Tetapi apakah kita faham maksud yang terselindung di sebalik konsep ini? Ternyata bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam maksud, mereka mahukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dihapuskan supaya semuanya menjadi sama.

Ketiga, ultra kiasu anti-Perlembagaan. Mereka tidak mahu ada perkara kelebihan yang berkaitan dengan Melayu, seperti kedudukan Islam, bahasa Melayu, kedudukan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera. Perkara ini amat penting untuk mereka melunaskan agenda Evangelis Kristian yang dibawanya. Caranya dengan memecahkan parti-parti politik Melayu yang menjadi sekutunya supaya dia dapat menguasai.

Lahirnya PKR, PAN dan PPBM adalah sebahagian perancangan mereka. Setelah parti Melayu berpecah, ultra kaisu pecahkan dalam kalangan mereka sesama parti untuk melemahkan mereka lagi. Sekali lagi berjaya. Nasib baik PAS dapat mencium baunya, maka PAS keluar dan rela bersendirian.

Pendek kata, politik Malaysia hari ini, tidak boleh berharapkan sesiapa lagi melainkan UMNO dan PAS. Bukan kerana saya terlalu menyokong kedua parti ini. Tetapi inilah parti yang masih lagi belum berjaya dikuasai ultra kiasu. Pilihan kita hanya dua, sekiranya kita menolak UMNO, maka beralihlah kepada PAS, kerana itulah sahaja pilihan yang kita ada.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Tolak calon ultra kiasu dan sekutu komunisnya: Ridhuan Tee appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Asyik Cina, Cina dan Cina..

$
0
0

KURANG seminggu, belum pun Kabinet terbentuk sepenuhnya selepas PRU14, pertubuhan Cina yang sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat Cina, Hua Zong mula mendesak agar jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan untuk mewakili orang Cina.

Pelik saya, kita mahu membina negara atau membina bangsa? Seeloknya, berikan idea untuk pembinaan negara bangsa yang lebih gemilang berteraskan Perlembagaan Persekutuan, bantu PM, Tun Mahathir. Ini tidak, dalam pemikiran mereka, asyik Cina, Cina dan Cina. Sampai bila kita mahu berubah, tatkala rakyat sudah mahukan perubahan. Bagaimana dengan bangsa lain?

Kenapa menjadi terlalu rasis?. Jika jawatan TPM diwujudkan untuk kaum Cina, bagaimana dengan kaum lain? Lebih-lebih lagi wakil Sabah dan Sarawak yang saya fikir mereka lebih layak, sebab mereka adalah penduduk asal. Pembentukan Malaysia berlaku kerana adanya Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia. Jika tidak, negara ini akan kekal dengan nama Tanah Melayu. Jagalah hati orang lain. Elok juga orang sebegini diajarkan subjek sejarah negara ini.

Jangan terlalu ultra kiasu ketika rakyat mahukan perubahan. Saya cuba elakkan istilah ini tatkala rakyat sudah mahukan perubahan. Tetapi, terpaksa juga menggunakannya. Cubalah bersikap seperti Menteri Kewangan yang baharu dilantik.

Saya begitu teruja mendengar, apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan. Ketika ditanya wartawan, akan perlantikannya sebagai menteri kanan iaitu Menteri Kewangan, yang selama ini dipegang oleh Ahli Parlimen Melayu, kali ini diberikan kepada beliau mewakili kaum Cina, beliau menjawab dalam bahasa Inggeris,

I am Malaysian, don’t see myself as Chinese, bermaksud, saya anak Malaysia, jangan lihat saya sebagai seorang Cina. Jawapan inilah yang saya nanti-nantikan selama ini bagi kumpulan yang saya labelkan sebagai ultra kiasu, bagi mengurangkan persepsi negatif saya selama ini. Saya harap jawapan ini datang daripada hatinya. Bukan sekadar nak ambil hati.

Saya tidak boleh bayangkan jika soalan ini ditanyakan kepada MCA atau Gerakan, sudah pasti jawapannya berlainan sekali. MCA dan Gerakan akan berkata, syukur sangat-sangat, sekian lama jawatan Menteri Kewangan diberikan kepada orang Melayu lebih 40 tahun yang lalu, pada kali ini kaum Cina telah diberikan kepercayaan.

Jika ramai orang Cina bersikap sebegini Menteri Kewangan ini, saya tidak perlu bimbang lagi.

Namun, kenyataan ketua Hua Zong yang mahukan jawatan TPM mula merisaukan saya. Kenapa perlu ada jawatan TPM untuk kaum Cina sahaja.

Adakah selama ini orang Cina tertindas? Sudah tentu tidak. Justeru, kenapa kenyataan ini dikeluarkan? Kata-kata sebegini hanya akan mengguris hati kaum lain, terutama orang Melayu dan minoriti lain. Apakah TPM Cina hanya akan menjaga orang Cina sahaja? Berapa puluh jawatan, TPM lain mahu diwujudkan mewakili kaum-kaum yang begitu banyak di negara ini?

Berubahlah wahai Hua Zong. Sudah sampai masanya pertubuhan rasis sebegini berubah dalam suasana rakyat mahukan perubahan. Rakyat lebih teruja untuk melihat kerajaan hari ini melakukan perubahan dan menunaikan janji manifestonya kerana ia mewakili kepentingan semua kaum, bukan satu kaum sahaja.

Kerajaan hari ini telah berjanji untuk melaksanakan 10 janji dalam masa 100 hari. Sudah tentu saya sendiri mahu melihat perkara tersebut menjadi realiti antaranya adalah,

1. Mansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST);

2. Siasat institusi-institusi yang terpalit dalam skandal;

3. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah;

4. Mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar;

5. Menyamaratakan gaji minimum;

6. Menangguhkan pembayaran semula pinjaman kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk individu yang mendapat gaji bawah RM4,000;

7. Mengkaji semula langkah memberi projek mega kepada negara-negara asing;

8. Menubuhkan pasukan bertindak untuk mengkaji memulangkan autonomi yang dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk dalam Perjanjian Malaysia 1963;

9. Menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda;

10. Memperkenalkan inisiatif jagaan kesihatan nasional

Saya juga begitu teruja untuk melihat apakah kerajaan yang diterajui PH akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Sekolah Menengah Persendirian Cina tanpa syarat sebagaimana yang turut terangkum dalam manifestonya.

Nasihat saya, jika kerajaan mahukan juga UEC ini diiktiraf, pastikan ia selari dengan falsafah dan matlamat pendidikan nasional. Syarat-syarat sebelum ini seperti yang dikenakan oleh Kementerian Pendidikan hendaklah dipatuhi. Ini termasuklah mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM. Begitu juga dengan silibus mata pelajaran lain.

Saya tidak boleh bayangkan jika kerajaan terus mengiktiraf tanpa sebarang syarat. Jika begitu keadaan, bermakna, walaupun jawatan TPM itu tidak wujud dalam erti kata yang sebenar, tetapi hakikat sebenarnya jawatan itu telah wujud, meskipun tidak kelihatan kerana kita telah tunduk kepada tuntutan Hua Zong yang begitu rasis, sedangkan rakyat mahukan perubahan ke arah pembinaan negara bangsa.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Asyik Cina, Cina dan Cina.. appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Islam lebih bahaya dari LTTE, Komunis dan Evangelis?

$
0
0

PUAK sekularis dan liberalis yang diketuai perempuan jahil berambut kuning dan puak sewaktu dengannya, sibuk mahu melancarkan petition agar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik perlantikan Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang baharu. Jawatan tersebut hendaklah dikembalikan kepada PM sebagaimana yang telah diputuskan sebelum ini. Saya harap PM tidak akan tunduk kepada tekanan puak ini.

Saya bukanlah dalam kategori yang sefahaman dengan Maszlee, tetapi sebagai rakyat, saya terima pilihan rakyat dalam PRU14 dan juga perlantikan yang dibuat PM. PM lebih maklum siapa yang selayaknya memegang jawatan tersebut. Pokoknya, sudah tentu bukan perempuan pelik berambut kuning itu dan sewaktu dengannya.

Hanya kerana Mazlee Malik berlatarbelakangkan agama (Salafi) dan beberapa pandangannya mengenai Zakir Naik dan Morsi (Ikhwanul Muslimin), maka ia ditakuti. Puak-puak sekularis dan liberalis sedaya upaya mencari apa jua maklumat yang boleh mengaitkannya dengan ‘kegiatan tidak sihat’ pada pandangan mereka. Desperado dan jahat betul. Kita masih buta?

Sebenarnya, Maszlee bukan isu sangat. Dia hanya seorang individu daripada jutaan rakyat Malaysia. Bukanlah isu besar pun. Isu fundamental yang sangat takuti oleh puak-puak jahil ini adalah latar belakang beliau yang ada kaitan dengan pengajian Islam. Jika Maszlee ini dalam kalangan profesional dan tidak berlatarbelakang Islam serta liberal, rasanya tidak timbul masalah. Setahu saya, Maszlee ini memang agak liberal. Itupun mereka tidak mahu.

Ramai lagi dalam kalangan pemimpin PKR dan DAP yang berfahaman komunis dan sosialis yang pro Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) India dan pro Komunis China serta Kristian Evangelis yang jauh lebih bahaya, kenapa perkara ini tidak pernah menjadi kerisauan? Saya boleh tuding satu-persatu, tetapi saya lihat dahulu.

Berfahaman Salafi dan menyokong perjuangan Zakir Naik dan Morsi, tidak akan menjadi kita ekstremis. Islam bukan agama ekstrem tetapi berhikmah. Saya pun menyokong Zakir dan Morsi. So what? Hak masing-masing. Sokong Zakir Naik tidak boleh, sokong LTTE dan Komunis boleh? Pemikiran rimba apakah ini?

Pada saya lebih baik daripada beliau memegang fahaman Salafi daripada fahaman LTTE, Komunis, liberalis dan pemberontak, yang jauh lebih bahaya. Saya bukanlah Salafi. Tetapi sepanjang pengajian saya, Salafi hanya mahu mengikut sunnah Nabi. Sunnah jauh sekali untuk menganiaya dan menzalimi manusia. Islam Salafi Maszlee hanya mahu menyantuni rakyat Malaysia secara berhikmah, saya fikirlah.

Jika kita mengkaji sejarah perancangan jahat musuh-musuh Islam, sebenarnya mereka amat takut kepada figura berlatarbelakangkan Islam. Mereka takut negara ini menjadi sebuah negara Islam dan rakyatnya berpegang kepada Islam.

Mereka takut jika  ramai pelajar menutup aurat dan mengikut ajaran Islam. Mereka ini,  kalau boleh mahu semua pelajar Islam memakai skirt, tidak bertudung dan bergaul bebas, seperti di Barat. Pendek kata, mereka mahu menjadikan negara ini terus sekular, terpisah dengan agama, liberal dan pluralis. Apabila umat Islam sudah jahil dan jauh daripada agama, maka mudahlah untuk mereka menguasai dan memerintah suatu hari ini.

Mereka takut, jika rakyat Malaysia semakin memahami Islam, ini menyukarkan melunaskan perancangan jahat mereka untuk menguasai negara ini mengikut faham LTTE, Komunis dan Kristian Evangelis.

Pada hemat saya, masih terlalu awal untuk kita menilai Maszlee. Kita tunggu dan lihat. Bagi peluang kepada beliau untuk melakukan yang sepatutnya. Jika pendidikan Islam diberikan perhatian, ia selari dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Bukan macam perempuan rambut kuning itu, sembahyang menggunakan getaran hati. Sejauh mana hatinya bergelar. Tanyalah syaitan yang membisikkan. Saya naik menyampah tengok muka dia.

Tahniah Mazlee Malik di atas perlantikan sebagai Menteri Pendidikan baharu. Jawatan ini amat penting dalam menentukan halatuju pendidikan negara. Sudah menjadi budaya Malaysia, setiap kali menteri berubah, maka berubahlah polisinya. Setiap menteri mahu meninggalkan legasi masing-masing.

Antara perkara penting yang ditekankan oleh Mazlee ketika ditemubual adalah; konsep manusiawi dalam pendidikan, membangun potensi anak-anak, wujudkan lebih banyak sekolah berkonsepkan sekolah wawasan, beban guru dikurangkan, kuantiti pelajar atau kelas dikecilkan, tidak hanya mengejar gred atau score, bukan exam-oriented, kuasa otonomi guru, guru dipergunakan tujuan politik, mengeratkan hubungan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat, sekolah mesra pelajar dan sebagainya. Teruskan penambahbaikan ini.

Ya…memang lumrah sedap bercakap. Realitinya bagaimana? Sedar atau tidak, bahawa Sekolah Wawasan iaitu sekolah yang menggabung semua aliran telah gagal? Ia tidak mendapat perhatian perhatian orang Cina yang diketuai oleh Dong Jiao Zong, kerana gabungan atau percampuran ini akan menyebabkan orang Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina sepenuh atau menjadi Cina pisang. Kuning di luar, putih di dalam. Mereka mahu menjadi secina-cinanya.

Saya harap Maszlee mampu melakukan pembaharuan ini secara tegas mengikut konsep Sekolah Wawasan? Saya menyokong sepenuhnya, walaupun ia telah gagal. 

Begitu juga dengan pengiktirafan Sijil peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dikeluarkan oleh Sekolah Menengah Persendirian Cina. Adakah Maszlee akan lakukan?

Untuk makluman UEC adalah sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh Sekolah Persendirian Cina tanpa melalui Majlis Peperiksaan Malaysia. Mereka mahu sijil ini diiktiraf setara SPM bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam dan memasuki Perkhidmatan Awam.

Malangnya, kehendak fundamental KPM tidak pernah dipatuhi. Semua silibus pelajaran dan peperiksaan dilakukan sendiri oleh mereka. Walaupun ia diiktiraf di peringkat antarabangsa, namun dalam konteks negara kita ia dilihat sebagai sesuatu yang sangat sensitif kerana bertentangan dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara.

Sehinggakan syarat minima KPM pun mereka tidak mampu untuk penuhi, termasuk mengambil kertas Bahasa Melayu peringkat SPM dan mesti mendapat kredit untuk memenuhi kehendak perkhidmatan awam. Apakah kita mahu membenarkan pembinaan negara dalam negara. Sudah tentu tidak. Banyak lagi tuntutan ultra kiasu yang bersifat perkauman seperti pembinaan lebih banyak lagi SJKC dan SJKT. Ini tidak termasuk menambah lagi Sekolah Menengah Cina dan paling penting adalah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Tamil yang pertama. Kepada Menteri Pendidikan baharu, selamat mengkaji semua tuntutan ini. Semoga berjaya.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Islam lebih bahaya dari LTTE, Komunis dan Evangelis? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Jadilah manusia yang ada harga diri dan maruah

$
0
0

TIDAK perlu dihurung-hurung Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang dilantik. Jagalah harga diri dan maruah diri. Rezeki, ajal maut dan segalanya di tangan Allah s.w.t. Saya begitu sedih apabila ada sebahagian daripada kita kerjanya dok hurung PM dan Menteri-Menteri PH bagi mendapatkan habuan dan pangkat, walaupun sebelum ini mereka menentang.

Saya bukanlah dalam kalangan yang sealiran dengan pemimpin PH. Saya kenal sebahagian besar mereka. Tetapi bukan kerja saya hurung mereka meskipun sudah bertaraf menteri. Apa yang penting, jalankan kerja yang telah diamanahkan.

Malu orang lain tengok, bila kita seolah-olah tidak ada harga diri dan maruah, hanya mahukan kuasa dan kepentingan tertentu. Mulianya kita bukan kerana pangkat dan kuasa. Kuasa yang hanya sementara. Mulianya kita kerana iman dan takwa serta harga diri dan maruah.

Saya pun boleh lakukan sedemikian, kerana saya adalah Naib Yang diPertua PERKIM manakala Tun M adalah Yang diPertua. Paling kurang setahun enam kali kami akan bermesyuarat sejak 4 tahun yang lalu. Tetapi saya bukan jenis kaki kipas dan kaki bodek. Saya akan tegur jika ada kesilapan dan kelemahan.

Rezeki kita di tangan Allah bukan tangan manusia. Saya begitu teruja komen A. Kadir Jasin yang meluahkan rasa ‘loyanya’ terhadap golongan hartawan ‘munafik’ yang kembali menghurung PM Tun M. Beliau berkata, ramai kini muncul kembali, termasuk untuk berbuka puasa bersama PM Pakatan Harapan itu di Putrajaya. Sebelum ini mereka tidak pernah hadir dalam majlis buka puasa dan acara lain (melibatkan Mahathir).

Saya minta Kadir jangan salah mereka. Inilah budaya politik Malaysia yang telah lama bertapok. Hurung-menghurung. Kita tidak profesional seperti negara maju. Siapa pun memerintah, bisnes berjalan seperti biasa. Bukan macam kita, pasti bisnes mereka yang membangkang sebelum ini akan terancam. Berdendam dan membalas dendam. Ini bukan sifat dan akhlak Islam. Sampai bila nak maju?

Bersikap matanglah. Contohilah pemikiran negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Britian. Contoh, pemimpin mereka silih berganti parti, tetapi mereka tidak ada agenda membalas dendam. Meskipun mereka tidak Islam, tetapi akhlaknya lebih Islam daripada orang Islam. Betul kata Muhammad Abduh, nilai Islam ada pada orang bukan Islam, sedangkan bagi orang Islam, nilai agamanya semakin jauh.

Ketika Obama (Demokrat) berjaya menewas McCain (Republican) 2008, McCain kata, dia akan terus menyokong Obama jika Obama berada di landasan yang betul. Obama dalam pidato kemenangan di Grant Park, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, berkata:

Senator McCain fought long and hard in this campaign. And he’s fought even longer and harder for the country that he loves. He has endured sacrifices for America that most of us cannot begin to imagine. We are better off for the service rendered by this brave and selfless leader. I congratulate him; I congratulate Governor Palin for all that they’ve achieved. And I look forward to working with them to renew this nation’s promise in the months ahead. (CNN 2008)

Lalu, McCain memberikan respon kepada Obama dengan kata-kata:

Senator Obama has achieved a great thing for himself and for his country. I applaud him for it, and offer him my sincere sympathy that his beloved grandmother did not live to see this day. Though our faith assures us she is at rest in the presence of her creator and so very proud of the good man she helped raise. Senator Obama and I have had and argued our differences, and he has prevailed. No doubt many of those differences remain. These are difficult times for our country. And I pledge to him tonight to do all in my power to help him lead us through the many challenges we face. I urge all Americans who supported me to join me in not just congratulating him, but offering our next president our good will and earnest effort to find ways to come together to find the necessary compromises to bridge our differences and help restore our prosperity, defend our security in a dangerous world, and leave our children and grandchildren a stronger, better country than we inherited. Whatever our differences, we are fellow Americans.

Lihatlah, betapa profesionalnya mereka. Yang menang tidak sombong dengan kemenangannya. Yang kalah, tidak mencari-cari alasan untuk menggugat kemenangan lawan. Menang tanpa dendam, menang tanpa merendahkan pihak lawan. Bahkan Obama mengharapkan kerjasama dengan McCain untuk melakukan perubahan bersama demi untuk Amerika Syarikat. Ada baiknya kita belajar daripada Obama dan McCain.

Ketika Umar dilantik menjadi khalifah, beliau meminta rakyat menegurnya jika melakukan kesalahan. Maka bangun seorang pemuda menghunuskan pedang seraya berkata: Pedang inilah wahai Umar yang akan membetulkan kamu, jika kamu menyeleweng. Lalu Umar menjawab: Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan kamu dalam kalangan umat Muhammad yang sanggup meluruskan Umar dengan pedangnya.

Dalam kisah yang lain, Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorang peminum arak, Umar menerima teguran tersebut dengan dada terbuka. Sahabat yang melihat merasa pelik dan janggal, lalu bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu terima teguran dia sedangkan dia seorang peminum arak? Umar menjawab: Ya, dia berdosa kerana minum arak tetapi teguran dia kepadaku adalah benar.

Pada hemat saya, menyindir mereka yang menghurung PM dan Menteri kerajaan baharu, dengan istilah hurung, munafik dan tikam belakang adalah tidak sesuai. Lebih baik kita mencontohi rakyat ketika pemerintahan para sahabat Saidina Abu Bakar, Umar dan Ali. Ambillah iktibar perbualan Saidina Ali dan rakyat. Ketika Ali memerintah, seorang rakyatnya bangun menegurkan dengan berkata, kenapa pada zaman engkau negara asyik berada dalam keadaan tidak stabil, berbanding dengan zaman Umar aman tenteram. Ali menjawab: pada zaman Umar, khalifah dapat rakyat seperti aku. Malangnya, pada zaman aku, aku dapat rakyat seperti kamu.

Ingatan saya kepada mereka yang baharu naik takhta, ambillah sekali lagi iktibar ketika Abu Bakar memegang kuasa. “Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku tidak mematuhinya keduanya maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku.”

Sepanjang perkhidmatan saya dalam sektor awam hingga kini, saya telah beberapa kali dikenakan tindakan tatatertib hanya kerana ada kalanya saya lantang mengkritik pemimpin atau menteri tertentu. Saya tetap terima dengan seadanya. Pernah saya diberikan amaran keras hanya kerana sepentas berforum bersama Tun M suatu ketika dahulu.

Saya pernah dipanggil oleh Tun M untuk berbincang mengenai betapa tenatnya rasuah di negara kita. Saya bercakap terus terang bahawa rasuah adalah lebih hina daripada makan babi. Jika tidak ada pilihan lebih baik makan babi.

Nasihat saya kepda Kabinet yang baharu dilantik, jalankan tanggungjawab dengan penuh integriti. Pastikan tidak terlibat dengan gejala yang merosakkan seperti rasuah.Tidak perlu membalas dendam dan berdendam kepada mereka yang lalu. Jika mereka salah, dakwa mereka.

Hukumlah mereka. Tetapi jangan hukum rakyat yang menyokongnya. Begitu juga 1,000 kebaikan yang dibuat, hanya dengan 1 kesilapan, habis 999 kebaikan hilang begitu sahaja. Berbaloikah politik sebegini. Dalam kata lain, kita suka orang ditimpa kesusahan. Berubahlah wahai saudaraku.

Maruah diri itulah harga diri. Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga. Harga diri tidak boleh dijual beli. Biar miskin, biar papa, tidak mengapa, asalkan ada harga diri. Tiada guna harta, ilmu di dada, berjawatan, jika tiada maruah. Tiada maruah diri, ibarat binatang yang hidup berupa manusia.

Jika sudah bersifat binatang, siapa akan hormati kita. Ingatlah! Orang yang bermaruah akhlaknya mulia, ada sifat malu. Mereka sangat takut dengan Allah. Dengan manusia tidak meminta-minta. Miskin tidak meminta-minta, kayanya berkhidmat untuk manusia.

Orang marah, dia selamba. Dendam tiada, pemaaf pula. Ketika hidup miskin, dia macam orang kaya, kerana tidak meminta-minta. Dengan siapa sahaja dia boleh berkawan, tapi dia tetap dia, kerana dia tidak melakukan kerja-kerja hina.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Jadilah manusia yang ada harga diri dan maruah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Pabila kaduk naik junjung

$
0
0

SELEPAS PH mencapai kejayaan PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan, kedengaran suara-suara sumbang dan desakan demi desakan daripada golongan minoriti atau ultra kiasu yang sangat menyakitkan hati. Ia sama sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka mahukan keadilan. Ya… semua mahukan keadilan. Tidak berkecuali. Tetapi keadilan bukan ‘fair and square’, sama rata dan sama rasa atau seorang sebiji. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, atau memberikan hak kepada yang berhak. Jika tidak faham lagi, mari berjumpa saya.

Inilah akibat apabila kaduk sudah naik junjung. Mereka terlebih perasan bahawa kejayaan PH pada PRU14 adalah kerana undi mereka. Maka masa inilah mereka mahu menuntut segala yang selama ini terbuku di hati.

Saya semakin lemas apabila Hindraf mula mendesak supaya diwujudkan tanah rancangan seperti Felda untuk orang India, membuka UiTM untuk orang India dan lain-lain lagi. Sedar diri sedikit Hindraf. Jika tidak faham erti syukur mari saya ajarkan. Tanah rancangan Felda memang ada orang India yang susah. Pergilah banci tengok.

Saya sudah cukup masak dengan strategi ultra kiasu, mereka akan desak dan tuntut seekstrem-ekstremnya. Mereka tahu ia tidak masuk akal, rakyat (pribumi) akan marah memberontak. Namun, mereka tahu kerajaan sentiasa mendengar. Mereka tahu kerajaan tidak akan memenuhi sepenuhnya tuntutan ekstrem itu.

Tetapi, mereka amat yakin kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kejayaan terbesar mereka. Itulah strategi ultra kiasu yang sebenar sejak dahulu saya perkatakan. Apakah kita buta dengan permainan licik ini?

Tidak cukup lagikah dengan universiti India yang sedia ada seperti AIMST di Merbok kepunyaan orang India (MIC). Begitu juga universiti kepunyaan orang Cina seperti KUTAR (MCA), UTAR (MCA), Universti Terbuka Wawasan (Gerakan), Kolej Universiti New Era dan lain-lain universiti swasta berasaskan etnik. Tidak ada negara di dunia ini yang memberikan kemudahan sebesar ini. Nak buat macam mana. Malaysia boleh!

Tidak ketinggalan, begitu juga dengan kuil Hindu yang berselerak hampir 300,000 buah di seluruh negara, 10 kali ganda surau dan masjid. Ini belum campur rumah ibarat lain yang menghampiri 500,000 semuanya. Masih tidak cukup lagi kah? Itu pun masih kedengaran, janji Ketua Menteri Sabah yang baharu berkata, lebih banyak gereja akan dibina di Sabah.

Saya pergi ke Sabah, saya jumpa setiap satu kilometer akan ada gereja. Masih tidak cukup? Apa sebenarnya yang berlaku?

Saya menjadi semakin keliru. Baik sungguh orang Islam (Melayu), mereka tidak akan bina surau atau masjid jika tidak ada penghuni. Ini tidak, kadangkala kita lihat penghuninya boleh dikatakan tiada, tetapi rumah ibarat berselerak. Lebih lucu lagi, jalan yang lurus terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan kepada kuil. Apakah semua ini?

Apabila surau atau masjid menghalang pembangunan atau jalan raya, mudah sahaja dirobohkan. Tetapi apabila kena kepada bukan Islam, tidak boleh dirobohkan atas nama hak asasi manusia. Jika dirobohkan juga, maka berkokoklah ultra kiasu ini memberitahu dunia, betapa zalimnya Malaysia kerana tidak menghormati hak asasi manusia. Hak asasi apa ni? Hak asasi tahi kucing?

Bertindaklah mengikut landasan apa yang betul, apa yang salah berteraskan keadilan, bukan siapa yang betul, siapa yang salah? Inilah budaya politik kita yang masih belum matang. Nak maju macam mana?

Sebab itu, saya teruja dengan kenyataan Presiden PAS dalam wawancara bersama Astro Awani, yang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas PRU14 baru-baru ini.

Ini suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen PHn itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam, walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

Beliau juga menyatakan, tidak ada masalah untuk PAS bekerjasama dengan DAP sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya. Katanya, PAS menerima semua dan mengamalkan prinsip taawun, iaitu kerjasama ke arah kebaikan dan tidak bekerjasama dalam perkara yang tidak baik. Ini baharu betul matang.

Saya juga berharap ucapan Naib Presiden Pas, Mohd Amar, diambil di luar konteks yang mengatakan, biar PH tanggung hutang UMNO sekarang ini, bila dah bersih semuanya nanti, 5 tahun datang, barulah mudah untuk PAS mengambilalih. Jika benar, ia amat menyedihkan, seolah-olah memperlihatkan kita tidak mahu mengambil tanggungjawab.

Ketika PAS mengambilalih Kelantan suatu ketika dahulu dan kini Terengganu daripada BN (UMNO), adakah PAS akan berkata, masalah atau hutang yang dicipta oleh BN dahulu kita biarkan sahaja. Tidak perlu bayar hutang tersebut kerana bukan kita punya. Ternyata PAS tidak berkata sedemikian. Inilah integriti namanya. Saya tabik PAS.

Kita perlu mengambil tanggungjawab apabila kerajaan berubah terajunya. Hutang tetapi hutang, menjadi tangungjawab kita untuk melangsaikannya, tidak kiranya siapa yang memulakan hutang tersebut. Dengan sebab itu, saya tabik kerajaan yang diterajui oleh PH mengambil pelbagai inisiatif untuk melangsaikan hutang kerajaan BN sebelum ini.

Tetapi, biarlah telus, bukan tujuan untuk membalas dendam. Beritahu keadaan sebenarnya. Benarkah hutang kerajaan diterajui BN dahulu melebihi satu trilion? Bentuk hutang yang bagaimana sehingga melebihi satu trilion. Berterus terang. Ini kerana rakyat sudah pandai menilai.

Saya fikir dalam menjayakan Persekutuan Malaysia, susah senang hari ini kita kena harungi bersama. Negeri-negeri di bawah Persekutuan yang miskin perlu dibantu. Kemiskinan tidak oleh dibiarkan hanya kerana berbeza ideologi politik. Begitu juga perbezaan agama dan bangsa. Ia mesti dibenteras hingga ke akar umbi. Jika Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa miskin, perlu bantuan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk bantu.

Sama halnya dengan Kelantan dan Terengganu. Jika kedua negeri di bawah Persekutuan ini layak mendapat royalti minyak, berikan. Jangan hukum rakyat Kelantan dan Terengganu, hanya kerana mereka memilih PAS menerajui kerajaan. Rakyat tidak bersalah. PAS pun tidak bersalah. Mereka bergerak dalam ruang lingkup demokrasi.

Rakyat telah memilih atas prinsip demokrasi. Maka hormati pilihan itu. Jangan hukum mereka kerana memilih parti yang berlainan dengan Kerajaan Pusat. Hormati sistem demokrasi berasaskan pilihan raya dalam menentukan kerajaan yang kita pilih. Jika tidak, beralih kepada sistem lain. Islam boleh menjadi alternatif, jika bukan sistem komunis menjadi pilihan.

Bertindaklah mengikut apa yang betul, apa yang salah, bukan melihat siapa betul, siapa salah? Apa yang betul?

Pertama, mereka yang telah terpilih menjadi pemimpin, menteri atau Exco, saudara semua bergelar negarawan. Negarawan tidak boleh lagi melihat kepada parti atau ahli parti sahaja. Tetapi melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan. Jika tidak, rakyat akan menghukum kamu pada masa akan datang.

Kedua, rakyat pula hendaklah sedaya upaya membantu kerajaan meringankan beban yang ditanggung. Jika kerajaan hari ini dikatakan dibebani dengan hutang. Bantu bersama. Jika bukan dengan bantuan kewangan kerana tidak mampu, kita boleh membantu dengan cara seperti bekerja keras dan bekerja penuh integriti.

Elakkan terlibat dengan salah laku, rasuah, korupsi, kroni dan sebagainya. Menjadi mata dan telinga kerajaan. Beri kritikan yang membina. Tidak kira datang daripada siapa? Pepatah Cina ada berkata, nak tahu kelemahan tanya musuh, nak tahu kebaikan tanya rakan. Tetapi bukan rakan yang membodek gila-gila kerana mahukan habuan.

Masalahnya, sekarang kita tidak berani menegur kerana takut hilang kepentingan dan jawatan. Saya teruja apabila BN gagal menerajui kerajaan selepas PRU14, terdengar suara-suara sumbang menteri sebelumnya seperti Khairy Jamaludin yang berkata, sebenarnya, sudah lama beliau mahu menegur bekas PM, Najib Razak mengenai masalah 1MDB dan isterinya, Rosmah ketika berkuasa.

Masalahnya, kenapa tidak tegur ketika itu? Kerana takut hilang kuasa kan? Takut dipecatkan? Jika kamu ketika itu sebagai menteri tidak berani menegur, siapalah aku selaku kakitangan atau ‘civil servant’ cabok mampu untuk menegur? Setiap kali kami tegur, akan datanglah surat tunjuk sebab dan tindakan disiplin. Begitulah kuatnya budaya membodek menteri yang berlaku dahulu. Saya harap ia tidak berlaku lagi masa kini.

Sudahlah Khairy, saya kenal siapa kamu? Dahulu saya pernah mengkritik kamu ketika kamu berkuasa, kamu mempersoalkan aku dengan berkata siapa aku? Sehingga aku dikenakan tindakan disiplin. Tidakkah sebaik-baiknya kamu panggil aku untuk dapatkan penjelasan.

Tetapi kamu gunakan kuasa kamu sewenang-wenang. Aku terkapai-kapai berhadapan dengan tindakan disiplin. Sekarang, siapa kamu? Siapa aku? Sudahlah. Apapun, aku masih menghormati kamu, selagi kamu sedar akan kesilapan kamu. Maaf, saya masih menggunakan perkataan siapa?

Sebelum ini, kamu juga berkata, jika nak hapuskan sekolah vernakular, maka sekolah agama mesti juga dihapuskan. Begitu juga pandangan kamu mengenai Dasar Ekonomi Baharu dan hak-hak istimewa orang Melayu. Kamu tidak percaya, betapa orang Melayu masih perlukan tongkat, sebab kamu lahir sahaja sudah bertongkat.

Pergilah ke ceruk kampung dan desa, lihat betapa daifnya mereka. Pada semua tongkat perlu dibuang, kembali kepada ‘fair and square’. Di sinilah salahnya kamu dalam menilai maksud adil.

Saya tegaskan di sini, adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya, memberikan hak kepada yang berhak atau bahasa lain, diskriminasi perlindungan itu juga adil. Jika Melayu masih perlu hak istimewa, berikan selagi mana tidak disalahgunakan. Bukan hapuskannya, kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Perkara 153.

Itu bukan bermakna bangsa lain, yang tidak disebutkan dalam Perlembagaan berkaitan hak istimewanya tidak perlu dibantu. Bantulah kerana Islam adalah agama yang adil. Tetapi dengan berkata, hapuskan hak istimewa itu, maka tidak adil namanya.

Diskriminasi perlindungan dipraktikkan di merata tempat, bukan hanya di Malaysia. Lihat contoh di India. Moga Hindraf buka mata.

Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan perlindungan yang istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur (India). Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam perkhidmatan tertentu seperti kereta api, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf.

Diskriminasi perlindungan itu dibuat bagi tujuan:

Pertama, ia dilakukan bagi membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang rakyatnya bersifat majmuk dan baharu merdeka;

Kedua,diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti;

Ketiga, Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan mengecapi keistimewaan itu sebelumnya; dan

Keempat, disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu ketika Perlembagaan digubal.

Cuba bandingkan dengan situasi di Malaysia? Masih tidak faham? Adakah ini bukan adil namanya. Ironinya, kenapa Hindraf tidak nampak semua ini. Malah, tidak mengaku pula apabila berita menjadi viral. Buka mata buka minda, mari kita menuju Malaysia baharu, dengan azam baharu.

Jika masih berlaku ketidakadilan, itu bukan salah sistem atau Perlembagaan, tetapi salahnya adalah manusia yang rakus, bernafsu besar dan jauh daripada sifat menjadi negarawan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Pabila kaduk naik junjung appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Awas! Strategi ultra kiasu memenangi hati Melayu

$
0
0

MUNGKIN ada yang mengutuk saya kerana sering kali menulis mengenai kebobrokan ultra kiasu. Pertanyaan standard mereka, sudah tidak ada jalankah untuk berdakwah kepada mereka? Terlalu mudahkah berputus asa? Sedangkan Baginda Rasulullah tidak pernah berputus asa, malah terus berdakwah tanpa henti kepada musuh-musuh Islam?

Jawapan saya, sekian lama mengenali ultra kiasu, cukuplah… Saya serahkan rakan-rakan ultra kiasu yang lain untuk berdakwah kepada mereka. PAS sudah sekian lama mencuba, tetapi masih ‘gagal’, malah semakin ultra kiasu tegar menentang sebarang percubaan untuk melaksanakan hukum Islam seperti Akta 355. Itu bukan bermakna PAS ‘gagal’ tetapi Allah mahu menunjukkan belang mereka sebenar.

“(Sesudah kamu wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?” (Al-Baqarah ayat 75)

Kini, PAN mengambilalih tanggungjawab. Saya doakan semoga PAN berjaya. Jika tidak masuk Islam pun, sekurang-kurangnya ultra kiasu lembut terhadap Islam. Mungkin kerana dakwah PAN itulah yang menyebabkan pemimpin ultra kiasu berhenti berucap, ketika bergema suara azan, seperti yang diviralkan baru-baru ini. Tahniah! Saya ucapkan. Saya harap ia ikhlas.

Apapun tindakan berhenti ketika azan berkumandang telah membuatkan hati Melayu menjadi ‘cair’. Inilah sifat Melayu yang saya puji. Mudah cair. Mudah lupa. Terpedaya. Dahulu, Melayu turut terpesona dengan urus tadbir ultra kiasu yang konon mengikut cara Khalifah Umar A Aziz. Setelah hati Melayu cair, urus tadbir Khalifah Umar entah ke mana. Hilang, senyap, sunyi dan sepi. Yang muncul adalah pesta arak dan October Fest.

Saya gariskan di sini 11 perkara sebagai panduan agar kita tidak mudah terpedaya.

Pertama, ultra kiasu mahu memerintah Malaysia suatu masa nanti. Strategi demi strategi disusun untuk mencairkan dan memenangi hati Melayu. Caranya, dengan giat berkempen mencari seramai mana yang boleh untuk orang Melayu menyertai parti mereka bagi membuktikan mereka tidak perkauman. Benarkah?

Kedua, suara mereka seperti suara keramat. Lantang, berbisa dan menikam. Hari ini sahaja kita lihat, walaupun ultra kiasu tidak memegang tampok pemimpin tertinggi negara, tetapi suara-suara mereka menampakkan bahawa merekalah yang memerintah. Banyak jawatan strategik telah terlepas kepada mereka dengan tidak perlu saya namakan.

Ketiga, mereka tidak akan mencari Melayu yang faham agama, warak dan baik akhlaknya kerana mereka tahu implikasinya dengan merujuk kepada sejarah yang ditinggalkan PAS. Maka, mereka akan pilih Melayu liberal yang selalu mengkritik dasar kerajaan, terutama yang berkaitan dengan Islam dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Keempat, ultra kiasu akan memastikan Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, Malaysia untuk rakyat Malaysia, sama rata sama rasa. Melayu seperti ini yang dilantik memegang beberapa jawatan bagi membuktikan kepada rakyat ultra kiasu bukan parti perkauman.

Kelima, antara jawatan yang digula-gulakan setakat ini adalah setiausaha politik, pegawai penerangan, senator dan sebagainya. Mereka ini akan bertindak lebih ultra kiasu daripada ultra kiasu.

Keenam, setelah yakin ultra Melayu ini akan benar-benar setia kepada ultra kiasu dan boleh dipergunakan, mereka akan dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Apabila sudah menjadi wakil mereka akan menjadi lebih Cina daripada Cina seperti mana mereka menuduh saya lebih Melayu daripada Melayu

Ketujuh, apabila ultra kiasu ini menang pilihan raya dan mendapat kerusi yang banyak, mereka akan gunakan peluang keemasan ini untuk terus mencairkan hati Melayu bagi membolehkan mereka memerintah. Antara lakonan terbaik mereka berhenti berucap ketika azan seperti yang diviralkan baru-baru ini. Sedangkan kita semua tahu, orang bukan Islam berhenti berucap ketika azan, bukan suatu perkara baharu. Perdana Menteri India, Modi pun berhentikan berucap ketika azan dilaungkan, tetapi Modi ini jugalah yang paling agresif membunuh, menganiaya dan menzalimi umat Islam di India.

Kelapan dan terbaharu, ultra kiasu melantik seorang peguam liberal menjadi setiausaha politiknya. Melayu tidak sedar ini sudah tentu akan berkata, peluang keemasan ini amat berguna untuk belajar ilmu politik daripada ultra kiasu. Sekadar mahu belajar ilmu politik, ramai lagi bekas menteri yang tidak ada kerja hari ini boleh dijadikan mentor. Tidak perlu tunggu ultra kiasu lantik.

Muslihat ultra kiasu perlu dibaca, sudah pasti setiausaha politik ini akan memberikan nasihat yang paling berguna terutama dalam melangsaikan Malaysian Malaysia yang dicita-citakan sekian lama. ‘Fair and square’. Peguam ini jugalah yang akan mempertikaikan kedudukan Islam (Perkara 3(1) hingga Perkara 12, hak istimewa Melayu dan Bumiputera (Perkara 153) serta Akta 174, yang berkaitan dengan UiTM dan institusi pendidikan Melayu Bumiputera.

Kesembilan, ketika kontroversi perlantikan Menteri Pendidikan, ultra kiasu yang paling cepat bersuara secara positif, tatkala Melayu liberal yang lain menentang. Ultra kiasu berkata, berilah kepada Dr Maszlee Malik peluang. Berita ini mendapat liputan meluas dan dijadikan hujah betapa baiknya ultra kiasu seperti Malaikat. Cair habis hati Melayu. Alahai, Melayu mudah lupa kebobrokan ultra kiasu sebelum ini yang berkata ‘langkah mayat aku jika mahu laksanakan undang-undang Islam’.

Kesepuluh, begitu juga ketika hari pertama, ultra kiasu masuk ke pejabat, sudah menjadi adat budaya Melayu akan menunggu di lobi, menteri baharu masuk kerja. Serta-merta ultra kiasu membuat siar raya. Tidak perlu sambut beliau. Pergi buat kerja untuk rakyat. Malu tidak terkira pegawai kerajaan yang menunggu. Viral sekali lagi, hati Melayu menjadi cair. Baik sungguh ultra kiasu kata hati mereka.

Kesebelas, apabila semua ini berlaku, kita pun terpedaya. Maka, semua dalam kalangan kita pakat-pakat berkata, lebih menerima pemimpin bukan Islam yang tidak rasuah daripada memilih pemimpin Islam yang korup dan rasuah. Perbandingan standard antara positif dengan negatif bagi memperlihatkan betapa hebatnya ultra kiasu.

Mereka tidak membuat perbandingan antara epal dengan epal. Tetapi dibanding epal dengan buah ketum. Antara Lim Guan Eng dengan Isa Samad. Saya pun akan pilih LGE. Cuba bandingkan antara LGE dengan Tok Pa atau bapa LGE dengan Tun M. Pasti saya pilih Tun M.

Kecualikan perbandingan itu dibuat di negara China, sudah tentu nama-nama orang Islam tidak menjadi pilihan kerana komunis tidak akan menerima. Lihatlah nasib umat Islam Uighur, saban hari dikasari, dianiayai dan dizalimi, ada yang dipaksa makan babi serta tidak ketinggalan dibunuh.

Ingatan saya kepada semua, apabila perbandingan sebegini dibuat, lihatlah sejarah kenegaraan ini dahulu yang berasaskan sistem kenegaraan Melayu. Sebaik mana pun ultra kiasu untuk menjadi Perdana Menteri misalnya, berbanding Melayu, saya tetap memilih Melayu meskipun tidak ‘sebaik’ ultra kiasu.

Kenapa negara ini ada sejarahnya. Sejarah ini perlu dihormati sama seperti sejarah Korea, China, Jepun dan sebagainya. Kerajaan Komunis China begitu zalim bertindak kepada umat Islam di China. Kenapa perbandingan tidak dibuat antara kerajaan komunis yang zalim dengan orang Cina Islam yang baik di China. Kita yang memahami sejarah, tidak akan tergamak melakukan kerana setiap negara ada asal usulnya.

Terbaharu, penghinaan mereka terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan raja-raja Melayu orang Melayu. Begitu berani sekali melalui berita angin belum lagi sahihnya. Mereka merespon kenapa duit cukai pendapatan mereka perlu dibazirkan sedemikian rupa.

Apakah ultra kiasu sengaja memejamkan mata bahawa pembayar cukai yang paling tinggi datangnya daripada GLC kerajaan bukan ultra kiasu. Kenapa ultra kiasu ini begitu berani mengatakan duit cukai merekalah yang paling banyak digunakan? Sama-sama kita fikirkan.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Awas! Strategi ultra kiasu memenangi hati Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

UMNO, PAS mesti urus perbezaan, bukan cari titik persamaan

$
0
0

PASCA PRU14 menyaksikan UMNO (BN) adalah parti yang paling menerima pukulan teruk. Ramai seolah-olah masih tidak percaya, PH boleh membentuk kerajaan. Tetapi itulah hakikat. Dalam demokrasi, kuasa rakyat menentukan segalanya.

Kekalahan BN sebenar sudah dijangkakan. Sebenarnya, rakyat hanya menunggu tarikh PRU diumumkan. Mereka sudah buat keputusan memangkah PH dan PAS, tiga bulan sebelum penetapan hari pengundian.

Lebih parah lagi, sudahlah BN tidak dapat membentuk kerajaan akibat kekalahan itu, banyak pula parti komponen BN meninggalkan pakatan itu yang bertahan lebih 60 tahun.

Pengajaran buat semua, jagalah rakyat, rakyat akan jaga kamu, kerana rakyat adalah raja dalam menentukan siapakah yang akan menerajui kerajaan dalam sistem demokrasi. Jangan khianati amanah rakyat. Jika khianati, rakyat akan membuat keputusan setiap lima tahun. Sebab itu, apabila menang, jagalah kerajaan itu sebagai satu amanah, bukan merasakan kerajaan itu bapak kita yang empunya.

Kerajaan tetap kerajaan. Ia mesti diiktiraf kewujudan kerana ia berdaulat. Justeru, tidak ada istilah kerajaan PH atau kerajaan BN. Yang ada hanya kerajaan Malaysia, kerajaan negara atau kerajaan negeri. PH dan BN adalah hanya ‘ruling party’. Parti yang mengurus dan mentadbir kerajaan. Parti-parti politik boleh datang dan pergi. Kerajaan yang akan kekal. Saya mohon agar pemberita dan wartawan supaya melaporkan berita berteraskan ilmu.

Tidak ada istilah kerajaan PH kerana PH bukan kerajaan, PH hanya ‘ruling party’ sama seperti BN dahulu. Tidak ada istilah ini projek kerajaan BN, tetapi orang yang mengaji akan menulis, ini projek kerajaan Malaysia. Begitu juga kerajaan negeri. Kerajaan adalah kerajaan.

Saya suka mengenai analogi Kata Pedang, laman sosial Ismaweb.net, dalam mengulas tewasnya BN dalam PRU14, bertajuk ‘pokok tumbang, monyet pun lari’. Ternyata, semua telah lari, terutama komponen BN di Sabah dan Sarawak. Cuma yang hanya tinggal di Semenanjung.

Saya amat yakin, parti komponen BN yang lain tidak lama lagi akan lari mengikut jejak parti komponen BN Sabah dan Sarawak iaitu MCA, MIC, MyPPP dan Gerakan. UMNO akan keseorangan. UMNO akan menjadi BN, BN itu hanyalah UMNO. Bermakna, UMNO (BN) hanya ada 54 kerusi.

Kerajaan yang diterajui PH akan menjadi kerajaan yang kuat mendapat lebih dua pertiga kerusi. Mereka boleh berbuat apa sahaja, jika mendapat mandat dua pertiga, terutama meminda Perlembagaan. Apakah bentuk Malaysia baharu yang akan dibentuk? Sebagai rakyat, saya tunggu.

Benar kata pepatah Melayu – kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis sukar diganti. PRU14 menyaksikanBN sudah tidak relevan lagi. Tidak mustahil berkubur.

Pilihan UMNO hari ini tidak lain, hanyalah PAS. Jika tidak, dalam PRU akan datang, kedua-dua parti ini akan bertembung sekali lagi di kawasan majoriti Melayu. Sudah tentu ini tidak menguntungkan. PH akan terus mencapai kemenangan yang lebih bergaya.

Persoalannya, bolehkah PAS dan UMNO bergabung atau membentuk kerajaan perpaduan. Pada hemat saya, terlalu sukar. Sejak dahulu PAS berkata, mereka hanya menerima UMNO jika UMNO menerima dasar PAS iaitu bersama menegakkan negara Islam.

Saya tidak nampak PAS akan masuk kepada UMNO selagi UMNO tidak menerima dasar PAS. Begitu juga untuk UMNO masuk PAS, juga terlalu sukar. Mungkin hubungan UMNO-PAS akan menjadi lebih baik jika Tengku Razaleigh Hamzah menerajui UMNO, kerana sebelum ini PAS-Semangat 46 pernah bersama.

Berdasarkan keputusan PRU14, banyak kerusi terutama di kawasan luar bandar dan semi bandar jika digabungkan undi PAS dan UMNO, memang PH tidak akan mendapat banyak kerusi seperti hari ini. Dek kerana pertembungan tiga penjuru ini, yang memberi kelebihan kepada PH untuk menang.

Pemimpin PAS selalu berkata. PAS sudah biasa bersusah. Kalah menang dalam PRU bukanlah matlamat PAS. Apa yang penting kepada PAS sama ada dapat bersama membentuk kerajaan atau tidak adalah, Islam didaulatkan dalam pelbagai aspek terutama syariat. Persoalannya, bagaimana Islam dapat didaulatkan tanpa ada kuasa?

Persepsi ini perlu diperbetulkan. Suka atau tidak, jika PAS mahu mendaulatkan Islam, PAS perlu menang lebih banyak kerusi bagi membolehkan mereka menguasai kerajaan. Untuk menang banyak kerusi dalam sebuah negara berbilang kaum yang mana majoriti-minoriti tidak tinggi, seperti 55-45 atau 50-50, bukan perkara mudah.

Suka atau tidak, gabungan mesti dilakukan. Tidak boleh bersendirian. Jika tidakpun dengan bukan Melayu, paling kurang sesama Melayu.

Pilihan apa lagi yang PAS ada setelah PPBM dan PAN berada dalam PH. Tidak timbul soal, jika PAS bersendirian, malaikat akan turut membantu PAS untuk menaikkan bilangan undi. Kecualilah dengan izin Allah. Rasional lah.

Justeru, tindakan segera yang perlu dibuat:

Pertama, UMNO perlu segera berbincang dengan PAS apakah kerjasama terbaik untuk menghadapi PRU15. Bagaimana hendak memastikan tidak berlaku pertandingan tiga penjuru?;

Kedua, perbincangan UMNO-PAS hendaklah fokus kepada mengurus perbezaan, bukan lagi mencari titik persamaan. Titik persamaan tidak akan ada lagi kerana setiap parti mempunyai prinsip dan perdirian masing-masing. Perbezaan yang sedia ada mesti diuruskan bagi membolehkan penyatuan atau gabungan menjadi realiti;

Ketiga, PAS hendaklah melupakan agenda untuk menegakkan negara Islam dan hudud. Manakala, UMNO pula janganlah pula terlampau kemelayuan atau hidup Melayu. Apa yang penting adalah membentuk Malaysia baharu dengan berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Formula telah ada. Perlembagaan Persekutuan sudah meletakkan kedudukan istimewa Islam, Melayu, Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan kebajikan minoriti yang lain. Maka, fokuslah semua perkara yang disebut ini;

Keempat, harta-harta UMNO yang begitu banyak bernilai berbilion ringgit ini tidak boleh lagi digunakan untuk kepentingan peribadi dan kroni tetapi hendaklah digunakan untuk merakyat. Carilah rakyat yang hidup dalam kemiskinan dan kesusahan. Bantulah mereka. Hiduplah seperti Mahatma Gandhi.

Apabila ditanya oleh rakyat kerana tidak menaiki keretapi kelas pertama, berbanding asyik kelas ketiga. Maka jawab Mahatma Gandhi, aku naik kelas tiga kerana tidak ada kelas empat. Dalam maksud, jika ada kelas yang lebih rendah, sudah tentu beliau akan memilih. Apakah UMNO sanggup susah sebegini? Tetapi itulah hakikat kehidupan.

Saya memuji sebahagian pemimpin PH yang sanggup menaiki kapal terbang tambang murah bersama rakyat marhaen, berbanding kelas pertama mengikut kelayakan. Sudah sampai masanya UMNO belajar, sebab saya lihat PAS sudah lama belajar; dan

Kelima, UMNO jangan terlalu obsess dengan lulusan Oxford dan Cambridge. Institusi ini tidak membawa erti kepada seseorang individu dan pemimpin, jika roh Islam telah mati dalam dirinya. Mulianya manusia bukan kerana nama tempat dia belajar, tetapi bergantung kepada takwa, iman dan amal.

Kesimpulan, banyak lagi muhasabah yang mahu dilontarkan. Cukuplah sekadar ini dahulu. Apa yang penting, mulakan langkah pertama dengan segera seperti kata-kata pujangga Cina, Confucius, ‘setiap kejayaan bermula dengang langkah pertama’. Berbincanglah untuk menguruskan perbezaan, pastikan akan menemui jalannya, kerana Allah sentiasa bersama orang yang benar. Maaf zahir batin.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Pokok tumbang beruk lari

The post UMNO, PAS mesti urus perbezaan, bukan cari titik persamaan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Kenapa bikini dijadikan fokus?

$
0
0

SEJAK bila berbikini menjadi norma dan dibenarkan pemakaiannya di tempat awam? Di negara Barat sekalipun, ada peraturan berbikini. Mereka hanya dibenarkan berbikini di kawasan pantai dan kolam renang. Apabila kembali ke tempat awam misalnya masuk semula ke hotel atau menaiki lif, mereka mesti memakai pakaian biasa.

Begitu juga perjalanan daripada kawasan penginapan ke pantai atau ke kolam renang, mereka tidak dibenarkan berbikini. Ini peraturan antarabangsa.

Peliknya di Malaysia, kita lebih Barat daripada Barat. Orang Barat pun terkejut melihat orang Malaysia, mula berbikini dari tempat penginapan (hotel) hingga ke kawasan pantai dan kolam. Lebih hina lagi, naik daripada kolam pun tanpa menukar pakaian, terus dengan berbikini dan menaiki lif dengan pakaian basah mereka. Apa sudah jadi dengan kita?

Sebab itu, saya mohon pimpinan kerajaan baharu negeri Terengganu supaya, kalau boleh elakkan bercakap soal bikini. Banyakkan bercakap soal kebajikan rakyat dan merangka strategi pembangunan negeri, terutama isu dadah yang sangat meruncing dan memerlukan perhatian yang sangat serius. Peningkatan penagihan baharu tertinggi di Malaysia.

Percayalah… pelancong yang datang ke sini bukan mahu berbikini, tetapi mahu melihat keindahan dan budaya masyarakat setempat.

Lebih baik fikir bagaimana untuk membuktikan Terengganu sebagai negeri terbersih di Malaysia sebagaimana yang telah disenarai oleh Kementerian Pelancongan 2017. Terenggganu negeri terbersih daripada 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Saya masih ragu-ragu apakah benar Terengganu terbersih? Sepanjang berada di sini lebih empat tahun, saya masih mencari jawapan apakah benar Terengganu negeri yang paling bersih melihat kepada persekitaran pantainya yang masih tidak memuaskan.

Yakinlah… pelancong yang datang ke sesebuah negara atau tempat bukan hendak telanjang atau berbogel. Tetapi melihat keindahan dan budaya setempat yang berbeza daripada mereka.

Mereka sudah puas berbikini dan berbogel di negara mereka. Mana mungkin mereka mahu berbogel dan berbikini di sini kecualilah kita buat tidak kisah. Mereka sudah puas minum arak di negara mereka, mana mungkin mereka mahu minum arak di sini, kecuali kita sediakan platform untuk mereka minum.

Sebab itu, saya mohon supaya kita bersikap rasional dalam bercakap soal sektor pelancongan negeri. Apa yang penting kepada saya langkah pertama yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri menjaga kebersihan seluruh negeri Terengganu, terutama kawasan pantai daripada tercemar dan kotor. Program kitar semula masih tidak lagi berjalan sejak dahulu lagi.

Teramat sedih melihat pulau dan pantai yang cantik, tercemar dengan kekotoran. Penuh sampah sarap dan botol plastik. Pergilah ke Pulau Redang untuk melihat semua itu. Sedangkan tuntutan Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Saya amat mengharapkan kerajaan Terengganu di bawah pimpinan PAS dapat merealisasikannya dan menjadi jaguh dalam soal kebersihan ini.

Bersih bukan dalam soal bersih diri, wuduk dan solat. Kebersihan hendaklah diterjemahkan dalam konteks luar dan dalam, termasuk di tandas, tempat yang disinonimkan dengan bersarangnya syaitan. Bagaimana syaitan nak lari jika kita biarkan tandas terus kotor?

Orang bukan Islam kurang faham dalam soal bersih lagi suci. Mereka tahu bersih, tetapi belum tentu suci. Tetapi kefahaman bersih mereka boleh sampai ke tahap suci. Malangnya, kita bahaskan soal bersih lagi suci, kefahaman bersih kita tidak sampai ke tahap suci.

Teramat sedih juga melihat negara Barat yang tidak Islam, tetapi jauh lebih bersih meninggalkan negara-negara Islam. Tidak ada sebuah negara Islam yang tersenarai, 40 negara terbersih di dunia, meskipun Allah kurniakan air terbersih seperti air zam-zam di tanah Arab.

Lebih menyedihkan, negara Arab Saudi, yang mana Kaabah dan makam Baginda Rasulullah SAW juga di sana, namun tidak menyahut seruan Baginda agar menjadi kebersihan sebagai sebahagian daripada iman. Arab Saudi tidak tersenarai dalam 100 negara terbersih dunia.

Kefahaman yang bagaimanakah kita anuti sebenarnya? Sedangkan Baginda Rasulullah lahir dan bermula dengan penyebaran Islam di sana. Saya tidak sama sekali menyalahkan agama Islam, kerana agama itu adalah sesuatu yang suci mulia. Yang tidak suci dan tidak mulia adalah kita sebagai umatnya yang tidak menghayati ajaran yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.

Saya fikir inilah perkara utama yang perlu dilakukan oleh kerajaan negeri Terengganu, bukan berbincang pelancong boleh berbikini atau tidak di Terengganu.

Percayalah, tidak ada agama di dunia yang membenarkan penganutnya berpakaian mencolok mata. Tiada sama sekali. Jika tidak percaya, pergilah, bacalah asas-asas hidup beragama dalam agama selain Islam seperti Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh.

Sudah tentu saya tidak perlu terangkan soal agama Sikh. Melihat kepada pakaian lelaki mereka, berserban tidak pernah lekang, sudah menunjukkan bahawa betapa mereka begitu mengambil berat soal etika berpakaian.

Bukanlah maksud saya selepas ini kita buat peraturan supaya pelancong bertudung d kawasan pantai dan kolam renang. Mereka boleh berbikini jika mereka mahu, tetapi mereka perlu memahami dan menghormati budaya dan sensitiviti masyarakat kita. Negara kita, kita yang menjadi tuan rumah, takkan tidak ada peraturan atau mahu terlebih Barat.

Sedih sangat baru-baru ini apabila bercuti di Tanjung Bidara Melaka, melihat, bukan sahaja pantainya kotor, lebih malang lagi, Tanjung Bidara Beach Resot yang saya tinggal, dipunyai oleh orang Islam, persekitarannya bukan sahaja kotor, tetapi penuh dengan semut gatal. Serangga ini merayap hingga ke bilik dengan jumlah yang begitu banyak.

Apabila saya mengadu kepada pengurusan mereka, jawapan yang tidak masuk akal, resort dekat dengan hutan dan sekarang musim hujan, semut banyak. Jika begitu keadaannya kenapa resort atau hotel orang bukan Islam tidak ada semut.

Semua ini berkaitan dengan sikap, bukan soal dekat dengan hutan atau musim hujan. Tidak mustahillah jika bukan Islam menjadi 30 terkaya daripada 40 terkaya di negara kita. Rupanya kayanya kita sibuk untuk membina rumah lebih, beristeri lebih, berkereta lebih dan semuanya lebih, bukannya untuk memastikan agar perkhidmatan menjadi lebih.

Belajar daripada Brunei. Pergilah ke sana. Lihat bagaimana orang Brunei mengajar pelancong bertamadun dan menghormati sensitiviti dan budaya setempat. Saya bukan terlalu obsess dengan Brunei, tetapi saya kagum dengan apa yang cuba dilakukan oleh mereka.

Brunei laksanakan undang-undang Islam dan pada masa sama memberikan kebebasan kepada bukan Islam dan pelancong yang datang, tetapi dalam ruang lingkup budaya setempat.

Tidak pula berkurang pelancong ke sana. Saya lihat pelancong berbondong-bondong ke Brunei. Tidak pula mereka bertanya boleh berbikini atau tidak. Berubahlah, sebelum kita diubah. Kadang kala saya jadi baik meluat apabila kita mahu menjadi lebih Barat daripada Barat.

Buanglah dalam pemikiran kita jauh-jauh bahawa pelancong yang datang mahu berbikini. Ya, mereka memang berbikini ketika di pantai dan kolam renang. Tetapi tidak berbikini sepanjang masa. Kadang kala pakaian mereka lebih bersopan daripada pakaian kita, seperti pakaian pramugari.

Kita yang terlebih Barat sehinggakan pakaian begitu singkat. Tidak malukah kita apabila pelancong menegur cara pramugari kita berpakaian pelacur? Saya teramat malu dan malu…

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Kenapa bikini dijadikan fokus? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Antara negarawan dan cendawan

$
0
0

SAYA semakin pelik melihat ultra kiasu ini. Lidah bercabang. Baru menang cakap lain. Lama sikit menang, jadi makin lain. Dahulu bila mula terlantik jadi menteri kanan, ditanya wartawan, apa perasaan jadi menteri kanan dalam kalangan orang Cina? Dia jawab, saya tidak lihat diri saya sebagai Cina, tetapi sebagai rakyat Malaysia (Malaysian). Tabik saya mendengarnya. Saya turut memuji.

Sama seperti ketika mereka memenangi Pulau Pinang PRU12 2008. Mula menang, mahu mencontohi pemerintahan Umar Abdul Aziz. Lama sikit menang, Umar Abdul Aziz dicampak entah ke mana.

Pendek kata, semakin lama menang, bukan sahaja mereka semakin lantang, tetapi semakin berani dan bongkak sehingga mencabar kedaulatan negara.

Tidak berapa lama selepas menang, menteri yang sama, heboh diperkatakan, menggunakan bahasa Cina (Mandarin) dalam akaun FB beliau. Apabila ditanya, kenapa menggunakan bahasa Cina, dia menjawab, itu akaun milik peribadi, beliau berhak atas segalanya.

Beliau ternyata tidak dapat membezakan antara diri, sebagai individu, sebagai ahli politik, sebagai ahli politik yang menang dilantik jawatan menteri, dan seterusnya menjadi negarawan.

Seorang menteri adalah seorang negarawan. Bermakna, segala apa jua tindakan, yang boleh dilihat, seharusnya tidak dapat lari daripada sifat negarawan, termasuk akaun FB. FB tidak lagi boleh dianggap milik peribadi apabila ada pengikutnya. Apatah lagi jika pengikut terdiri dalam kalangan pelbagai kaum.

Jika kita yakin dan mengakui sebagai Malaysian, bermakna kita akan menjunjung agenda negara tanpa berbelah-bahagi. Salah satu agenda negara adalah menjunjung bahasa Melayu (BM), selaku bahasa negara atau bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa yang menyatukan, sebab kita mempunyai lebih 137 bahasa di negara ini.

Jika tidak ada satu bahasa sebagai bahasa perantara, nak berkomunikasi dalam bahasa apa?

Jika Melayu bertemu Cina, India, Iban, Kadazan, Murut, Bidayuh dan lain-lain, bahasa perantara apa yang mahu digunakan jika bukan BM. Begitu juga bangsa lain bertemu dengan orang Cina. Pendek kata, penggunaan BM sebagai faktor penyatu, bukan isu kecil, tetapi teramat besar.

Tindakan menggunakan bahasa Cina dalam akaun FB, menampakkan bahawa ultra kiasu ini tidak kenal diri sendiri. Juga tidak faham apa yang selama ini disebutkan sebagai Malaysian.

Jika kita Malaysian, dalam soal bahasa, keutamaan yang perlu didaulatkan adalah, pertama BM, kedua adalah bahasa ibunda dan ketiga bahasa Inggeris dan seterusnya bahasa lain. Jika berlaku sebaliknya, kita bukan Malaysian lagi. Jauh sekali negarawan, tetapi cendawan.

Sebab itu saya suka kepada istilah yang digunakan oleh orang Cina di Indonesia. Cina di Indonesia tidak melihat diri mereka sebagai Cina, tetapi dikenali sebagai Indonesia Tionghua. Meletakkan Indonesia dahulu, kemudian baharu Cina. Sebab itu, mereka seolah-olah tidak ada beza dengan orang Indonesia.

Cina itu Indonesia, Indonesia itu Cina. Malangnya, kita letak Cina dahulu, selepas itu baharu Malaysia. Kiblat kita ke mana?

Saya mendengar kata-kata amaran daripada pemimpin Indonesia kepada orang Cina Indonesia. Jika kamu tidak mahu semangat anti-Cina berlaku, lebih baik kamu mengutamakan agenda negara, mendukung pancasila dan bahasa Indonesia. Jika kamu mengetepikan bahasa Indonesia, pasti akan berlaku gerakan antiorang Cina.

Justeru, tidak hairanlah jika penghayatan bahasa Indonesia dalam kalangan Indonesia Tionghua sangat tinggi. Kita masih jauh daripada penghayatan. Bercakap boleh atau tidak masih diragui. Peringatan ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua.

Saya teruja dengan dengan komen Adam Tanging, apabila memberikan pandangan mengenai salah atau tidak seorang menteri menggunakan bahasa Cina dalam FBnya. Katanya, memang salah.. secara tidak langsung dia mengagap kaum Cina adalah buta bahasa Kebangsaan belaka. Ini adalah satu penghinaan kepada kaum Cina.

Begitu juga dengan twitter Rhys William yang berbunyi: “Tahukah anda di Malaysia terdapat 137 bahasa-bahasa dari pelbagai suku kaum dan bangsa. Tetapi antara semua bahasa hanya satu bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Tetapi kenapa ada ramai warga negara Malaysia tak reti cakap BM ataupun malu nak cakap BM”.

Jika Rhys William orang putih, saya benar-benar rasa malu sebagai rakyat Malaysia. Lebih 60 tahun kita merdeka dan bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini, masih ada orang yang masih meletakkan bahasa ibunda di tempat pertama, berbanding bahasa kebangsaan. Orang sebegini tidak layak tinggal di sini. Mereka sepatutnya mencari tempat lain yang lebih baik.

Pernah saya kongsikan sebelum ini bagaimana Cina dari negara China berkahwin dengan Cina Malaysia. Beliau amat terkejut melihat proses pencinaan di Malaysia begitu dahsyat. Mereka di China pun tidak secina di Malaysia. Sehingga beliau menasihatkan Cina Malaysia, supaya mengutamakan agenda negara seperti BM demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Sepatutnya ketika berucap di PBB pun, kita menggunakan BM biar mereka terjemahkan. Barulah menunjukkan BM kita penting, kita benar-benar Malaysian. Saya tidak bersetuju apabila pemimpin-pemimpin negara sebelum ini berucap dalam BI dalam perhimpunan PBB.

Lebih menjelekkan jika ada yang melakukan kesalahan dalam tatabahasa ketika berucapan dalam BI. Dalam PBB melambak penterjemah. Ucaplah dalam bahasa apa sekalipun, pasti diterjemah.

Cuba lihat Presiden Turki, Erdogen, apabila berucap dan berbahas dalam forum PBB. Semua dalam bahasa Turki. Ada beliau kisah orang lain faham ke tidak? Pokoknya, apabila kita berjaya menjadikan diri kita penting. Cakap lah bahasa apapun, segala apa yang dituturkan semuanya akan dianggap penting. Kelam kabut penterjemah menterjemahkan. Tidak faham lagi?

Sebagai rakyat Malaysia yang meletakkan BM sebagai sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa negara, apabila kita menulis, berbicara dan berdiskusi, apakah bahasa yang sepatutnya diutamakan? Bahasa mengikut bangsa kita? Dalam makna, apabila kita orang Cina, maka kita meletakkan bahasa Cina dan Tamil nombor satu?

BM bukan bahasa untuk orang Melayu, tetapi bahasa negara. Saya pun orang Cina, sebagai Malaysian, hidup mati saya sebagai rakyat Malaysia adalah BM dahulu, diikuti bahasa ibunda atau BI atau Arab. Jangan pergi jauh, lihatlah kenapa hari ini tidak ramai penyanyi dan pelakon dalam kalangan bukan Melayu seperti dahulu. Misalnya seperti Andre Goh, Dj Dave, Kenny Remy dan Martin dan banyak lagi. Mereka menyanyi sehingga menerbitkan air mata.

Kenapa hari ini boleh dikatakan tiada (ada) penyanyi bukan Melayu menyanyikan lagu Melayu seperti dahulu? Jika ada pun, penghayatan kosong. Menyanyi lagu sedih, tetapi muka nampak ceria dan gembira. Saya beri contoh penyanyi Jacklyn Victor. Suara dia (vokal) memang hebat, saya tidak nafikan, tetapi apabila menyanyi lagu Melayu tidak ada penghayatan. Menyanyi lagu sedih tetapi muka nampak ceria. Lagu tidak masuk dalam jiwanya. Benarlah kata-kata bahasa jiwa bangsa.

Majoriti rakyat Malaysia tidak faham mandarin Melayu dan India. Jadi kita tulis Cina, sebenarnya kita nak tujukan kepada siapa? Jika nak tuju kepada orang Cina, apakah orang Cina yang tinggal di Malaysia masih tidak faham BM. Jika begitulah keadaannya balik lah.

Bapa kepada ultra kiasu ini pun diam sahaja. Kenapa tidak bercakap menegur anaknya dalam isu ini? Teramat malang apabila isu menjadi tular, menteri berkenaan, masih tidak mengakui kesilapannya, malah mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu, Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange adalah sesuatu yang dibenarkan.

Jika adapun orang dari negara China yang berada di sini pun, tidakkah mereka perlu bersusah sedikit untuk belajar BM. Sama seperti kita pergi ke China, apakah kita beranggapan bahawa orang Cina di sana akan berbahasa Melayu? Alangkah bodohnya kita.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Antara negarawan dan cendawan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Tutup Tahfiz, iktiraf UEC? Jahilnya…..

$
0
0

JAHIL sungguh sebahagian orang Melayu yang bergelar dan berjawatan, apabila berkata tutup sekolah tahfiz (agama) dan iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu Sekolah Persendirian Cina (UEC).

Menjadi jahil murakab apabila mahukan sekolah tahfiz ditutup. Mereka ini rakyat Malaysia ke bukan? Membaca Perlembagaan atau tidak? Peliknya, kenapa mereka tidak tidak sensitif langsung masih ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) selaku bahasa negara?

Sepatutnya, sebagai rakyat Malaysia, semuanya mesti fasih berbahasa Melayu (BM), bahasa negara, seperti keluarga Cina saya.

Persoalannya, kenapa masih ada, malah ramai dalam kalangan rakyat Malaysia, termasuk wakil rakyat, bercakap BM berterabur, sedangkan kita sudah merdeka lebih 60 tahun? Dalam keadaan sebegini pun, lebih hina lagi apabila ada mendesak kerajaan mengiktiraf UEC, meskipun ia bercanggah dengan hasrat kerajaan dan agenda pembinaan negara bangsa.

Agenda negara seperti bahasa negara (BM) mesti dikuatkuasakan dan jangan dipolitikkan. Belum pun 100 hari saya lihat kesilapan demi kesilapan telah dilakukan barisan pemimpin PH yang mengetuai kerajaan Malaysia. Mungkin disebabkan oleh ramai dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pengalaman.

Ada yang terlalu baharu dalam dunia politik. Langsung tidak pernah terlibat dalam pimpinan cawangan atau bahagian, tiba-tiba bertanding, menang, terus dilantik menjadi ketua menteri, menteri atau timbalan. Lebih malang lagi apabila bercakap tidak berlapis atau fikir dahulu sebelum meluahkan.

Saya harap dalam proses pembelajaran itu mereka akan menjadi matang. Fikir dahulu atau sebelum mengeluarkan kata-kata atau sebelum bertindak. Jika tidak, tidak sampai pun lima tahun lagi, pasti mereka akan ditukar. Rakyat Malaysia sudah bijak.

Saya tidak dapat menerima sama sekali apabila ada rakyat Malaysia tidak dapat bertutur dan memahami bahasa negara atas beberapa alasan:

Pertama, sebab mereka adalah rakyat Malaysia dan lahir di Malaysia, tidak ada alasan untuk tidak fasih BM, kecualilah mereka lahir di China atau di India; dan

Kedua, BM adalah bahasa negara, mana mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menguasainya. Apa yang mereka buat selama ini?

Kefasihan Peguam Negara baharu, Tommy Thomas dalam bahasa Melayu antara isu yang dibangkitkan pengkritiknya ketika beliau dinamakan sebagai pengganti peguam negara sebelumnya. Namun, tidak dihiraukan.

Saya sangat terkejut apabila Peguam Negara sendiri berkata beliau akan mempelajari BM yang telah ditinggalkan selama ini, lebih 40 tahun berkecimpung dalam sektor perundangan.

Kenapa ditinggalkan bahasa negara sedangkan kita tinggal dan mencari makan di sini? Orang Bangladesh yang tidak sampai setahun di sini pun boleh bertutur dan memahami BM dengan baik, kenapa kita yang bergenerasi tinggal di sini tidak dapat menguasai bahasa negara ini?

Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia? Kita resah jika mereka jahil Bahasa Inggeris (BI) dan bahasa ibunda tetapi kita tidak langsung kisah jika mereka jahil BM?

Peguam Negara yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris. Beliau berjanji akan memperbaiki kelemahan berbahasa Melayu.

Alasan beliau, ketika menjadi peguam selama 42 tahun, berurusan dengan anak guam, pada dasarnya klien komersial dan dokumen, beliau mengabaikan bahasa (Melayu) saya. Beliau berjanji akan memperbaiki BM.

Persoalannya, bolehkah bahasa dikuasai sepenuhnya dalam jangka masa singkat sementara menunggu 5 tahun lagi?

Inilah akibatnya apabila kita memandang remeh agenda negara. Sibuk berpolitik. Agenda negara menjadi percaturan politik. Apabila penegasan dibuat, maka di situ ada kepentingan politik, akhirnya agenda negara diketepikan demi mendapat undi.

Apakah kita sudah lupa, pada 10 Oktober 2009, Hakim Abdul Malik, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma’ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad menolak rayuan Anwar atas alasan memorandum rayuan difailkan Anwar dalam bahasa Inggeris adalah cacat, tidak sah dan mencabuli proses mahkamah.

Hakim tersebut berkata, keutamaan bahasa Melayu dalam mahkamah kita tidak boleh dinafikan. Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama-sama Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan semua prosiding, selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi, di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan mahkamah rendah mesti dibuat dalam bahasa kebangsaan.

Begitu juga Peraturan 101, Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994, menetapkan dokumen-dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan.

Peguam terikat dengan ketetapan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam prosiding mahkamah. Menurut penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan ketika menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Hakim Abdul Malik Ishak, Bahasa Melayu mesti digunakan bukan sahaja ketika prosiding, tetapi juga dalam memfailkan dokumen mahkamah. Kegagalan pihak perayu untuk memfailkan memorandum rayuan dalam Bahasa Melayu akan menyebabkan rekod rayuan yang difailkan oleh perayu tidak boleh digunakan.

Beliau berkata, mahkamah perlu menguatkuasakan keperluan memfailkan dokumen mahkamah dalam bahasa Melayu seperti ditetapkan undang-undang.

Memorandum rayuan dalam bahasa Inggeris yang difailkan Anwar secara terang-terangan melanggar undang-undang dan perlu ditolak. Perayu mesti memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa kebangsaan. Tiada bahasa lain akan dilayani dan tidak layak sebagai rekod rayuan.

Untuk makluman, Anwar memfailkan saman pada 26 Januari, 2006, mendakwa kenyataan Tun Mahathir yang menggelarnya sebagai seorang homoseksual adalah satu fitnah dan bertujuan mengaibkannya secara peribadi dan kapasiti rasminya sebagai bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri.

Pada 4 Julai, 2007, Mahkamah Tinggi Kuala lumpur menolak saman itu dengan kos selepas membenarkan permohonan Dr Mahathir untuk membatalkan saman itu. Anwar kemudian mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu (Bernama, 9 Disember 2009).

Saya masih yakin dengan apa yang saya tulis selama, jika dibanci selagi lagi penduduk Malaysia setiap 10 tahun, bagi tahun 2020 nanti, bukti-bukti seperti ini pasti akan berulang.

Pada 2010 apabila banci penduduk dibuat, rupa-rupanya begitu ramai rakyat Malaysia, terutama orang Cina tidak dapat bertutur dan memahami BM. Pembanci terpaksa membawa penterjemah sebagai pengantara untuk menterjemahkan BM yang disampaikan pembanci ke dalam bahasa Cina (juga India).

Wajarkah rakyat Malaysia terpaksa menterjemahkan BM selaku bahasa negara kepada rakyatnya sendiri? Pergilah ke dunia lain dan lihat. Tidak pernah ada berlaku, kecuali di Malaysia.

Inilah akibatnya apabila kita terlalu rasis dan obses dengan bangsa sendiri sehingga agenda negara ditolak ke tepi. Sistem pendidikan berasaskan kaum terus bersarang sehingga tidak boleh disentuh. NGO dan parti politik ultra kiasu lebih berkuasa daripada kerajaan. Kerajaan terpaksa tunduk untuk kekalkan kuasa.

Kajian saya ke atas orang Cina membuktikan, majoriti mereka tinggal di kawasan perumahan Cina, bersekolah Cina, mendengar dan menonton siaran radio dan TV Cina, membaca akhbar Cina dan berkawan dengan Cina. Tidak bercampur dengan orang Melayu.

Pendek kata, sosialisasi mereka terlalu kecinaan (Keindiaan). Berbeza sekali dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Apabila BM tidak ditekankan atau diwajibkan, sampai bilakah masa mereka akan menguasai dan menghayati agenda negara seperti bahasa negara.

Kita menganggap perkara ini kecil, lebih hina lagi, ada orang mencadangkan supaya menutup sekolah agama (tahfiz) dan iktiraf UEC. Wah! hebat Malaysia.

Wahai pemimpin politik! Berfikirlah, rancanglah mulai sekarang, bagaimanakah untuk memandaikan rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati agenda negara sebelum terlambat. Janganlah asyik berpolitik kerana ia akan menghancurkan negara kita pada suatu nanti.

Akhirnya, saya rasa bersyukur atas kenyataan menteri pendidikan terbaharu, akan mengkaji UEC secara holistik sebelum diiktiraf terutama melibatkan subjek BM.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Profesor Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Tutup Tahfiz, iktiraf UEC? Jahilnya….. appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Viewing all 121 articles
Browse latest View live