Quantcast
Channel: Dr Ridhuan Tee Abdullah – Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Siakap senohong… lama-lama jadi menteri, kata Ridhuan Tee

$
0
0

Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong, lama-lama jadi menteri

APAKAH hanya PAS saja berbohong untuk menyelamatkan parti? Apakah parti-parti lain atau orang lain tidak pernah berbohong? Sucikah kita semua daripada bohong, tipu dan dusta?

Terus terang, saya tidak 100 peratus suci. Tidak suci daripada dosa-dosa kecil, termasuk terpaksa kadang kala berbohong bagi tujuan tertentu.

Bagaimana dengan poster-poster kempen pilihan raya yang ditampal sana sini, ketika PRU14, mengatakan wakil rakyat yang bertanding mempunyai kelulusan ini dan itu. Tidakkah itu bohong dan menipu. Bapa pembohong dan bapa penipu.

Kenapa baru sekarang menafikan selepas isu bohong mengenai kelayakan menteri dan timbalan menteri itu menjadi tular? Kenapa tidak dinafikan sejak poster itu dinaikkan ketika kempen? Takkan menteri tidak tahu. Bila terkena hidung sendiri, bukan bohong, bila kena pada orang lain bohong, penipu dan sebagainya.

Mana lebih teruk bohong menyelamatkan diri dengan menyelamatkan parti. Saya fikir bohong menyelamatkan diri lebih hina daripada parti. Diri sendiri menanggung dosa, parti tidak menanggung dosa. Parti bukannya manusia.

Pemimpin ultra kiasu, tidak kira Melayu dan Cina beriya-iya menyerang PAS mengenai bohong. Apakah mereka tidak pernah berbohong selama ini dengan isteri, parti dan rakyat? Berani bersumpah? Tak usahlah nak menjadi malaikat.

Mereka yang berkahwin dua, tiga dan empat, dok pakat-pakat bohong dengan isteri-isteri untuk menyelamatkan dan mententeramkan rumah tangga masing-masing. Saya sudah masak dengan permainan mereka ini.

Apatah lagi orang politik. Orang yang paling tidak boleh dipercayai jika mengikut survey yang dibuat pada tahun 2006, antara 15 profesion kerja yang paling tidak boleh dipercayai, adalah orang politik.

Jadi, apakah PAS sahaja yang berbohong, parti lain adalah malaikat?

Apabila survery atau penyelidikan dibuat, sebahagian percaya bahawa ahli politik yang paling tidak boleh dipercayai atau paling banyak berbohong. Yang paling boleh dipercayai adalah doktor, guru, pensyarah, imam, saintis dan lain-lain. Ahli politik berada pada tahap integriti paling rendah.

Bermaksud, orang politik yang paling banyak menipu, tidak boleh dipercayai. Usahlah jadi malaikat yang berselindung di sebalik nama, keadilan, amanah dan apa jua nilai yang diletakkan dalam nama parti.

Apakah kita tidak berbohong apabila berkempen, hari ini menang pilihan raya, esok turun harga minyak. Hari ini menang pilihan raya, esok tol dihapuskan. Hari ini menang pilihan raya, esok buat jalan raya atau lebarkan jalan raya. Ini bukan sahaja berbohong, tetapi bapa pembohong. Mana mungkin perkara ini boleh dibuat sekelip mata. Semua bohong bossku.

Begitu juga kes liwat ultra kiasu ini, siapakah yang sebenarnya berbohong? Liwat atau tidak? Bagaimana pula dengan ‘Langkah Kajang’ 2014? Apakah tidak bohong. Malaikatkah ultra kiasu ini?

Ultra kiasu ini menidakkan sebarang usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor ke-14, Tan Sri Khalid Ibrahim daripada jawatannya, bagi memberi laluan kepada ultra kiasu ini.

Tidak semena-mena Adun Kajang letak jawatan untuk memberi laluan kepada ultra kiasu ini. Tuhan Maha Kaya, tiba-tiba ultra kiasu ini tidak layak bertanding kerana disabitkan kesalahan oleh mahkamah atas tuduhan Liwat 2.0. Ini tipu ke bohong?

Selain bohong, mereka turut berkomplot untuk menjatuhkan seseorang Menteri Besar yang berintegriti. Akhirnya, ultra kiasu ini terpaksa memohon maaf atas kesilapan itu kepada Khalid di mahkamah.

Dahsyat sungguh komplot yang diselubungi bohong, tipu daya dan dusta. Sebab itu jangan mengata dulang, paku serpih. Mengata orang sendiri yang lebih.

Dalam Islam, bohong itu ‘dibenarkan’ jika boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar. Apakah parti ultra kiasu Cina tidak pernah berbohong dalam memperjuangkan dan mempertahankan agenda Cina mereka.

Saya amat yakin, mesyuarat sesama mereka sendiri, berbeza dengan mesyuarat yang dihadiri oleh Melayu ultra kiasu dalam kalangan parti mereka sendiri.

Sama juga isu yang berlaku apabila seorang menteri ultra kiasu membawa isteri bersama menghadiri mesyuarat rasmi dengan menteri sejawatan di China. Bohong atau tidak kenyataan bahawa isterinya dibawa bersama atas dasar jemputan?

Jika dijemput sekalipun, sepatutnya sebagai seorang menteri, beliau sepatutnya menolak. Isterinya boleh bersama dalam acara tidak rasmi, tetapi bukan mesyuarat dua hala. Atas status apa isteri untuk duduk bersama dalam mesyuarat?

Bagaimana jika isteri turut bercakap dan memberi pandangan? Begitu juga rahsia kerajaan yang tidak sepatutnya diketahui oleh orang luar? Bohong atau tidak. Tanyalah bakal perdana menteri ultra kiasu itu.

Saya belum pernah melihat ada dalam kalangan perdana menteri kita membawa isteri ke dalam mesyuarat rasmi meskipun dijemput. Biasanya, mereka ada acara tersendiri.

Maka, benarlah apa yang dikatakan oleh seorang menteri sebelum ini, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi menteri. Tidak mustahil juga bercakap bohong tidak menjadi perdana menteri.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Siakap senohong… lama-lama jadi menteri, kata Ridhuan Tee appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 121