Quantcast
Channel: Dr Ridhuan Tee Abdullah – Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Adakah MCA tinggal di China?

$
0
0

APA nak jadi dengan pemimpin MCA ni, masih tidak sedar diri?

Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dah angkat kamu, bagi kamu jawatan menteri dan timbalan menteri, meskipun jika ikut kerusi yang dimenangi kamu tidak layak langsung, tetapi kamu tidak pernah bersyukur.

Heboh dalam kalangan netizen bercakap mengenai pemimpin MCA yang dilantik ke jawatan Kabinet, tetapi masih berbicara dalam bahasa Cina dalam laman sosial mereka.

Setelah dikritik hebat oleh netizen, baharulah selepas itu dia terjemahkan dalam bahasa Melayu  di satu lagi laman Facebook miliknya.

Rupanya selama ini dia tidak langsung menggunakan bahasa Melayu, tetapi apabila diberikan jawatan, bukan main lagi terimanya.

Jawatan Timbalan Menteri tidak selayaknya diberikan kepada pemimpin MCA ultra kiasu ini.

Sudahlah tarafnya bukan wakil rakyat, dilantik senator untuk menduduki kerusi timbalan menteri, tetapi masih tidak sedar diri.

Seperti yang saya pernah cakap, MCA ini sebenarnya, lebih Cina daripada parti Cina yang lain walaupun dia duduk dalam Barisan Nasional (BN). MCA langsung tidak menjunjung agenda negara.

Percayalah, jika isu  Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dibawa kepada MCA, MCA akan perjuangkannya lebih Cina daripada orang Cina atau parti Cina yang lain.

Menyimpan sebahagian daripada ahli MCA, terutamanya timbalan menterinya ini ibarat membela biawak hidup. Tetap ultra kiasu sampai bila-bila

Sama seperti ultra kiasu-ultra kiasu yang menolak jawatan timbalan menteri yang diberikan oleh PM dalam pelantikan kabinet baru-baru ini.

Kata ultra kiasu ini, dia tidak selayaknya mendapat jawatan timbalan menteri. Maknanya dia mahukan jawatan menteri sepenuhnya.

Hebat politik ultra kiasu. Dia tahu kerajaan hari ini agak ‘fragile’ kerana tidak mendapat majoriti yang besar.

Satu kerusi parlimen memberi makna yang besar kepada kedua belah pihak, sama ada pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Maka, mulalah buatlah perangai, seperti mengugut dan mendesak. Walaupun ultra kiasu bukan daripada parti MCA tetapi perangai ultra kiasu tetap sama.

Saya harap PM tidak perlu tunduk, carilah jer orang lain menggantikan beliau. Ramai lagi yang lebih layak.

Sikap kurang ajar ultra kiasu ini tidak hadir ketika majlis angkat sumpah di hadapan Sultan tidak boleh dimaafkan sama sekali..

Jelas menunjukkan siapa ultra kiasu ini sebenarnya. Kawan atau lawan.

Dasar tidak tahu diuntung. Datangnya kamu dahulu, merempat, kemudian dikayakan oleh sistem kerajaan yang sedia ada. Kemudian, setelah kamu kaya, kamu lupa diri.

Inilah jenis rakyat Malaysia ultra kiasu yang ada, yang dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin untuk mewakili mereka. Tak guna betul.

Namun, tidak boleh salahkan ultra kiasu ini sepenuhnya, sistem demokrasi membenarkan kita memilih seseorang walaupun ianya seorang komunis.

Sama seperti rakyat Amerika Syarikat, Donald Trumph.

Bukan salah Trumph dipilih, tetapi salah sistem demokrasi itu yang membenarkan seseorang dipilih meskipun buruk akhlaknya.

Mengaku sahajalah, kita sebenarnya telah gagal untuk melahirkan rakyat Malaysia yang patriotik, setia pada negara, sanggup mati untuk agama, bangsa dan negara. Yang ramainya adalah ultra kiasu.

Jika saya ungkit isu terbalikkan bendera, warnakan bendera dengan warna hitam, logokan bendera dengan lambang komunis dan lain-lain, pasti apa yang saya katakan itu benar belaka.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Adakah MCA tinggal di China? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Re:Mutton Pies (lleechef)


Sapos para colorear


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


INUMAN QUOTES