Quantcast
Channel: Dr Ridhuan Tee Abdullah – Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
Viewing all articles
Browse latest Browse all 121

Siapa ultra kiasu ini mahu desak VC UNIMAP dipecat?

$
0
0

NAMPAKNYA ultra kiasu begitu marah kepada UNIMAP berkaitan beberapa soalan peperiksaan subjek Hubungan Etnik, sehingga mahukan VC UNIMAP dan pensyarah yang menyediakan soalan terbabit dipecat.

Seperti saya ulas dalam ismaweb dua minggu lalu, tidak ada apa masalah dengan soalan tersebut, kecuali siapa yang makan cili, maka dialah terasa pedasnya.

Persoalannya, kenapa ultra kiasu begitu marah dan terus membangkitkan isu ini seolah-olah tiada isu lain yang lebih besar? Lebih hina lagi, mahukan VC dan pensyarah UNIMAP dipecat?

Siapa beliau? Atas kapasiti apa beliau mahu bertindak untuk mereka terlibat itu dipecat? Kesalahan atau dosa apakah yang telah dilakukan oleh VC dan pensyarah terbabit?

Pelik dan hairan? Sentuh saja Zakir Naik, ibarat cacing kepanasan. LTTE pula bagaimana? Antara Zakir dengan LTTE, mana yang lebih bahaya?

Kenapa ultra kiasu ini senyap sepi isu berkaitan dengan LTTE yang ada kaitan secara langsung dengan keganasan? Begitu juga tindakan LTTE yang membunuh sebegitu ramai orang Islam di sana?

Zakir Naik tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan supaya memusuhi orang bukan Islam terutama di Malaysia. Malah, selalu menasihatkan kita supaya menyantuni orang bukan Islam atas nama dakwah.

Justeru, bila ada soalan berkaitan dengan Zakir Naik dan dikaitkan dengan hubungan etnik, saya tidak nampak itu adalah satu kesalahan besar.

Malah, seperti yang saya katakan, pensyarah yang menyediakan soalan tersebut, patut dipuji kerana membawa soalan di luar kotak, tidak terlalu tertakluk dengan buku teks.

Begitu juga dengan soalan-soalan lain. Perkara pokok yang perlu dilihat, fakta soalan tersebut betul atau tidak. Jika betul, apa masalahnya?

Ahli Parlimen ultra kiasu yang membangkitkan isu, apa pula kepakarannya untuk campur tangan dalam bidang akademik?

Jika semua mahu diperiksa, elok juga masuk ke sekolah vernakular, sekolah persendirian, institusi pendidikan swasta dan tengok bagaimana soalan disediakan. Begitu juga dengan pengajaran serta pembelajaran mereka.

Ramai guru Melayu mengajar di sekolah berasaskan kaum ini, mengadu kepada saya mengenai betapa rasisnya tenaga pengajar mereka.

Ultra kiasu yang membangkitkan isu ini, mahukan ‘mileage’ politik. Apa juga perkara menyentuh kaum akan dipolitikkan, bagi mendapatkan pengaruh. Mereka mahu kelihatan menjadi jaguh dalam memperjuangkan etnik tertentu.

Justeru, jika semua mahu dibangkitkan, saya ingin cadangkan beberapa perkara. Pertama, buat juga audit soalan, pengajian dan pembelajaran di sekolah vernakular, sekolah persendirian berasaskan kaum dan Institusi Pendidikan swasta. Saya pasti banyak fakta pelik dan mengejutkan akan ditemui.

Kedua, jangan biarkan orang politik atau NGO rasis terlibat dalam institusi pendidikan di sekolah. Rosak habis hala tuju pendidikan.

NGO rasis ini tidak boleh dibiarkan terus campur tangan dalam hal berkaitan pendidikan. PIBG tetap PIBG, sudah termaktub dalam perlembagaan PIBG, tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal pendidikan.

Kenapa PIBG sekolah aliran kebangsaan tidak dibenarkan campur tangan dalam hal ehwal pendidikan sekolah, sedangkan sekolah vernakular boleh terlibat secara langsung? Siapa NGO rasis ini sehingga boleh menggugat kerajaan? Tolonglah lakukan penegasan sebelum terlambat.

Lebih serius lagi, NGO-NGO ini sudah jelas terbabit dalam aktiviti-aktiviti menghidupkan kembali ideologi komunis. Keadaan ini sudah berlaku sejak sebelum mereka, sehingga negara merdeka, terus berleluasa sehingga ke hari ini.

Hentikan segera campur tangan ini. Mereka hanya NGO, bukan kerajaan.

Ketiga, sudah sampai masanya, pasukan petugas ditubuhkan untuk mengkaji tugas dan fungsi Dong Zong dan Jiao Zong. Apa bidang kuasa NGO ini sehingga boleh terlibat secara langsung dalam pendidikan vernakular yang dibiayai negara?

Keempat, jika campur tangan ini berterusan, kerajaan perlu menghentikan segala bentuk bantuan dan perbelanjaan sekolah vernakular ini. Biar NGO ini yang sara semua vernakular.

Kelima, pemantauan dan siasatan hendaklah dilakukan ke atas fungsi PIBG sekolah vernakular. Kementerian Pendidikan melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hendaklah menghantar seorang pegawai untuk masuk dalam setiap mesyuarat PIBG sekolah vernakular.

Kesimpulannya, jika ultra kiasu boleh campur tangan dalam dalam hal ehwal sekolah dan universiti, kenapa kita berdiam diri dan menurut kata mereka. Justeru, sudah sampai masa kerajaan bertegas dalam soal pendidikan negara. Jangan biarlah ada unsur-unsur luar yang boleh mengganggu-gugat pendidikan negara yang mempunyai kaitan langsung dengan pembinaan negara bangsa.

Kepada VC dan pensyarah UNIMAP, jika saudara berada di jalan yang benar, pertahankan. Tidak perlu takut dengan ultra kiasu ini. Mereka inilah perosak pembinaan negara bangsa.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

The post Siapa ultra kiasu ini mahu desak VC UNIMAP dipecat? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 121